Lebih 10 tahun. Ribuan video. Banyak kejayaan, kegagalan dan kenangan yang tak boleh diganti.
Daripada Facebook Live yang simple, video panjang di YouTube, TikTok, sehinggalah rancangan TV sendiri, sepuluh tahun sebagai “mat salleh cari makan” memang satu perjalanan yang saya takkan lupakan.
Saya dapat menjelajah Malaysia, mendalami budaya, merasai makanan luar biasa dan berjumpa dengan ramai insan yang hebat.
Dah sampai masa untuk bersara dari video makan-makan.
Semua ini takkan berlaku tanpa korang yang menonton dan support saya. From the bottom of my heart, ribuan terima kasih untuk 10 tahun yang luar biasa 🙏❤️
Tonton video terakhir saya untuk penjelasan lebih lanjut..
Di Singapura pun korang boleh jumpa makanan ala Thai tau! Baru-baru ini, saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang memang padu di Singapura ini! 😋 📍
Restoran yang saya singgah ini ialah Restoran Lemongrass.
Kawasan restorannya menarik dan luas, geng! 😍✅
Saya sempat ke Singapura semata-mata mahu mencuba beberapa menu. Memang wajib jika singgah ke Restoran Lemongrass ini! ✅
Lemongrass, Singapore
Saya tertarik dengan susunan di dalam restoran ni kerana susunannya sangat indah, selesa dan kreatif! Apabila saya sampai di sini, saya terasa seolah-olah saya berada di Thailand 👑 Semua bahan masakan yang mereka gunakan dimasak dengan sempurna, geng! Memang puas hati bila makan di sini, geng. Saya jadi rambang mata mahu pilih mana satu makanan saya mahu makan sebab terlalu banyak jenis menu yang ada! 😋
Banyak jenis menu yang ada di Lemongrass ni geng! Korang pasti tidak lapar… hehe! Saya ada pesan TIGA jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lemongrass ini 👑
Hidangan utama 👑
– Makanan Laut Ong Lai Hot Pot
– Ikan Siakap Kukus dengan sos sambal hijau
– Kari Massaman & Stik Ribeye Pad Thai bahagian rusuk
Ini adalah di antara TIGA jenis makanan yang wajib korang cuba kalau korang ada di sekitar Singapura semasa mencari restoran yang sedap. Puas hati, guys! Banyak lagi menu lain yang ada di sini, harganya berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan citarasa kita!
Ong Lai Seafood Hot Pot
Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Lemongrass ini, iaitu Makanan Laut Ong Lai Hot Pot 🍲. Walau kuahnya rasa pedas sedikit, tetapi saya masih boleh bertahan⚡ Isi lauknya pun padat. Ada banyak jenis makanan laut yang ada dalam menu ini, geng. Sotong, udang dan pelbagai lagi yang ada dalam Hot Pot ini! 🦑😋🍽️
Steamed Whole Sea Bass with Green Sauce
Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Kukus dengan Sos Sambal Hijau 🥘. Mantap! Ini adalah kali pertama saya mencubanya. Ikannya segar, isi padat dan sos sambal hijaunya pun memang serasi dengan menu ini! 💯 Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati, geng! 🤤 Tidak dinafikan kalau menu ini adalah di antara yang wajib dicuba di Restoran Lemongrass ini!
Massaman Curry and Pad Thai Ribeye
Menu ke 3️⃣, yang terakhir saya cuba ialah Kari Massaman and Stik Ribeye Pad Thai✨ Gabungan kedua-dua menu ini memang padu dan sesuai dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan Kari Massaman ini ada pelbagai jenis rasa iaitu pedas, masam dan manis. Stik Ribeye Pad Thai ini adalah kali pertama juga saya mencubanya. Rasanya memang unik, lain daripada yang lain. Istimewanya menu ini tidak terkata, geng! 👌 Untuk penggemar makanan Pad Thai, wajiblah mencuba menu ini!!🍃
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lemongrass ini. Menunya banyak dan lazat pula! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini! 👍🏼Restoran Lemongrass ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Makanan Thai di Singapura ini! 🫱🏻🫲
Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Makanan tradisional ini terkenal di negeri-negeri pantai timur Malaysia dan juga negero-negeri selatan Thailand. Tanya sahaja warga Kelantan, pasti mereka suka kan budu dan menjadikan budu sos wajib di atas meja makan.
Saya ke kilang budu terbesar di Malaysia iaitu Budu Cap Ketereh. Kilang yang berusia 40 tahun ini diasaskan Encik Ismail. Beliau ingin menyelesaikan masalah lambakan ikan bilis ketika itu dan beliau mengusahakan pengeluaraan budu secara komersial. Bermula dengan 1-2 dozen botol sahaja sehari, hari ini kilang budu cap ketereh mengeluarkan ribuan botol sehari dan memasarkannya di seluruh Malaysia.