Club Cari Makan!

Rasa teruja nak cakap, Alhamdulillah, Club Cari Makan dah launch secara official!

CCM Dah launch!

Mungkin ramai tertanya-tanya “apa itu Club Cari Makan?” – meh saya ceritakan 🙂

Selepas 6 tahun, saya dah kira saya dah review lebih 200 restoran, dan orang selalu jemput saya untuk review dan beri pandangan tentang restoran-restoran mereka. Club Cari Makan ditubuhkan untuk pilih “the best of the best” dan senaraikan dalam satu tempat untuk orang cari restoran dan tempat makan yang betul2 terbaik. Kita panggil restoran dan tempat makan ni Partner Club Cari Makan

Dengan partner-partner Club Cari Makan ni, buat masa sekarang saya hanya terima restoran saya sendiri suka makanan mereka, dan restoran saya sendiri akan makan. Kita nak pastikan partner2 kami adalah betul2 terbaik, dan bukan just “viral” disebabkan paid reviews atau marketing.. Restoran-restoran kami ada penilaian purata 4.5 bintang. Boleh tengok partner yang dah join sini

Untuk members Club Cari Makan pula, saya nak bina satu community orang betul2 food hunters, yang betul2 suka keluar makan2. Khas untuk members ni kami dah negotiate dengan partner-partner kami untuk bagi 10% discount khas untuk member-member Club Cari Makan. Kami dalam proses tambah makin banyak benefit untuk members, seperti Telegram exclusif, sesi makan bersama saya dan macam-macam lagi.

Konsepnya, nak connect the best of the best restaurant dengan satu komuniti betul2 food hunters macam tu.

Nampak premium juga membership card kita kan hehe

Buat masa ni sambutan dari restoran dan juga member sangat positive, dan nampak macam Club Cari Makan akan makin bertambah partner dan member 🙂 Kalau berminat nak daftar sebagai member, kami ada buka FREE membership untuk waktu tertentu sahaja. Boleh daftar di website kami sini

Untuk maklumat lanjut apa itu Club Cari Makan, boleh tengok video sini