The Malayan Council – Port Selebriti Makan di Singapura!

Sewaktu pergi Singapura haritu, ramai betul yang cadangkan supaya saya makan di The Malayan Council. Ada yang kata, biasanya selebriti atau menteri selalu makan situ… 🀩 Apa yang menarik sampai ramai ke sana? Jom tengok sendiri 😎

The Malayan Council (Bussorah)

The Malayan Council memberikan suasana yang versatile.πŸ™ŒπŸ» Mereka meraikan makanan Malay-Asian dan Western fusion dalam masakan mereka. Bukan itu je, restoran Muslim owned ni hanya guna bahan-bahan premium terpilih sahaja tau! Boleh rasa vibe mewah bila makan di sini. 🌟 Kepuasan dari segi makanan, pengalaman dan layanan dijanjikan di sini.

Smoked Duck Lemak Chili Padi di The Malayan Council

Walaupun Smoked Duck Lemak Chili Padi hasil fusion Asian-Western, Lemak Chili Padi tu memang terasa keasliannya. Saya suka betul sebab dia pair sekali dengan Smoked Duck yang sangat juicy. Smoked Duck ni dimasak dengan Unagi Sauce. Ha.. nampak tak. Ada pelbagai rasa dalam satu hidangan. Tapi tetap serasi bila makan sekali. πŸ”₯


Alamak, teringat-ingat pula dengan Smoked Duck tu…. Kena datang lagi ni.

Roti Kirai Beef Ribs

Ada orang panggil Roti Kirai… Ada juga yang panggil Roti Jala.
Tapi, premium habis tau ni. Selalu cicah dengan kuah kari je kan? Dekat sini, saya makan Roti Kirai dengan Beef Ribs yang direbus dan disalut dengan sos Sapit buatan The Malayan Council sendiri. Maknanya, dekat sini je korang boleh cari hidangan dan rasa yang sama macam ni. 🀯

Paling penting, beef ribs dia tu tender sangat tau. Empuk gila..

Classic Ondeh-ondeh Cake – sangat moist!

Dah kenyang makan, mestilah kita makan dessert pulak! Saya jatuh hati dengan kek ni sebab rasanya SEMPURNA. Bila makan tu, boleh rasa hirisan gula melaka asli dan drizzle kelapa dalam dia. πŸ’― Tak lengkap kalau tak makan kek di The Malayan Council ni.

Di The Malayan Council, makanan yang disajikan melebihi expectation saya. βœ… Patut la ramai berebut datang ke sini. Kalau nak selamat, baik buat reservation awal-awal tau. Sebab memang ramai yang suka datang dan makan di sini. Saya dah tau sebabnya kenapa.

Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan signature dishes yang lain seperti:

  • Asam Pedas Seafood Aglio Olio
  • Lamb Mandhi Kabuli
  • Barramundi Truffle Porcini
  • Durian Pengat Cake
  • Chocolate Ovaltine Cake
  • Dan banyak lagi!

Kesimpulannya, patut la ramai orang ternama datang ke sini, makanannya memang premium dan susah nak cari dekat tempat lain untuk dapat rasa yang high end macam ni. Servis pon laju dan bertaraf 5 bintang. Apa lagi ada suasana dan dekorasi yang cantik membuatkan pengalaman saya di The Malayan Council terasa sempurna. Cantik juga ni kalau nak buat gathering atau small events. Ini yang kena datang lagi ni!

Siapa yang nak pergi atau ada di Singapura tu, saya recommend korang untuk datang makan di The Malayan Council!

Kalau sesiapa yang nak buat wedding, boleh try tengok lokasi di Winstedt ni. Memang sesuai sangat nak buat wedding atau event!

The Malayan Council cawangan Winstedt

πŸ“ The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7

πŸ“ The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8

πŸ“ The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37

πŸ“ The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6

πŸ“ Fullerton Outlet (Akan dibuka pada November 2022)

Selain daripada The Malayan Council, korang boleh juga try pergi ke πŸ“ The Fortune Cookie yang turut berkonsepkan makanan Chinese halal.

πŸ“ The Fortune Cookie
11 Bussorah St,
Singapore 199432
https://goo.gl/maps/Ck6uMRfHu3kPdMTN9

πŸ“² Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
πŸ“² Instagram: @themalayancouncil

Singgah makan-makan di Perak

Dalam perjalanan saya balik ke KL dari Kedah haritu, saya sempat singgah di beberapa lokasi di Perak! Mari tengok tempat-tempat yang saya singgah

πŸ“ Roti Bakar Arang Fadzil House

Ini memang lokasi sarapan terbaik di Taiping. Roti Bakar dia pon dibakar menggunakan arang. Memang special bila makan dengan telur goyang dan baked beans . Ada juga pilihan lain seperti roti bakar biasa dan Kari setπŸ”₯

Lokasi: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/Sb32jDfJLcHCukcNA

πŸ“ Doli Kueyteow Goreng

Yes! Dimasak menggunakan β˜„οΈ ARANG juga menjadi sebab tarikan utama di sini. Apabila rasa arang dan ramuan tu sudah sebati, memang terangkat rasa dia πŸ’₯

Lokasi: 5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/wN8WkD77uJsT9a6Q9

πŸ“ Nasi Bamboo Sg Klah

Siapa je yang tak tahu tempat ni. Memang lokasi utama 🏍 mat motor@rider. Saya pon selalu singgah kalau lalu Sungkai. Ada lebih 100 pilihan lauk 😱 Puas hati betul dapat makan sini 😁

Lokasi: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

https://goo.gl/maps/vrTXKVJe1n9BDPHn7

Tempat Makan Menarik di Alor Setar

Berakhir sudah short trip πŸš— saya ke Alor Setar, Kedah. Nak tahu tak saya makan dekat mana lagi di sana? πŸ€” Boleh save awal-awal info ni untuk kegunaan korang ke sana nanti πŸ“²

Jom kita start πŸ‘‡πŸ»

1. πŸ“ Petronas Tg Bendahara

Tempat WAJIB Rhys akan pergi untuk cari sarapan adalah di πŸ“Petronas Jln Tg Bendahara πŸ’― Ada banyak sangat option sarapan di sini dari kuih-kuih ke makanan berat. πŸ™ŒπŸ»\

2.πŸ“ Kafe Adik Abang

Dekat sini, SEMUA lauk ada. Haa… Saya berani cakap macam tu sebab ada banyak sangat pilihan lauk. Port nasi berlauk yang memang wajib pergi. Tapi, bagi saya yang istimewa dekat sini adalah Gulai Batang Pisang πŸ’―

3. πŸ“Iman Koeyteow Kerang

Koeyteow dekat sini memang berhantu. Asyik teringat-ingat je walaupon saya dah balik. Apa taknya, owner sendiri yang masak tau. Tapi, kali ni saya cuba pula Keoyteow Udang Besar 🍀 Tetap padu πŸ‘

4. πŸ“Nasi Kandar Yasmeen

Nasi Kandar ni one of my favourites. 🀀 Layan betul tau.. Bau nasi tu pon dah menaikkan selera. Yang paling penting, kena ambil ayam goreng tu. Panas-panas dengan crispy lagi.. fuhhh