Singgah makan-makan di Perak

makanan-menarik-perak

Dalam perjalanan saya balik ke KL dari Kedah haritu, saya sempat singgah di beberapa lokasi di Perak! Mari tengok tempat-tempat yang saya singgah

📍 Roti Bakar Arang Fadzil House

Ini memang lokasi sarapan terbaik di Taiping. Roti Bakar dia pon dibakar menggunakan arang. Memang special bila makan dengan telur goyang dan baked beans . Ada juga pilihan lain seperti roti bakar biasa dan Kari set🔥

Lokasi: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/Sb32jDfJLcHCukcNA

📍 Doli Kueyteow Goreng

Yes! Dimasak menggunakan ☄️ ARANG juga menjadi sebab tarikan utama di sini. Apabila rasa arang dan ramuan tu sudah sebati, memang terangkat rasa dia 💥

Lokasi: 5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/wN8WkD77uJsT9a6Q9

📍 Nasi Bamboo Sg Klah

Siapa je yang tak tahu tempat ni. Memang lokasi utama 🏍 mat motor@rider. Saya pon selalu singgah kalau lalu Sungkai. Ada lebih 100 pilihan lauk 😱 Puas hati betul dapat makan sini 😁

Lokasi: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

https://goo.gl/maps/vrTXKVJe1n9BDPHn7

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)