Sushi Saga: SENSASI FUSION MALAYSIA-JEPUN YANG TAK BOLEH MISS!

Hey korang! Saya baru saja merasai pengalaman makan yang luar biasa di Sushi Saga. Bayangkan, gabungan seni sushi Jepun yang halus dengan rasa rempah ratus Malaysia yang kaya ๐Ÿฑ. Macam J-pop bertemu Irama Malaysia – unexpected, tapi memang padu!

Interior Design Sushi Saga

Bila masuk Sushi Saga, terasa โ€˜vibeโ€™ yang stylish dengan sentuhan Malaysia. Tempat ni sangat welcoming, seronok jadi tempat lepak untuk jumpa kawan lama. Staff di sini pun top-notch, layanan mereka menambahkan lagi pengalaman makan yang premium ๐ŸŒŸ:

Dekat sini semestinya kena makan sushi dia. Tapi ni TOP-3 yang Rhys rasa korang WAJIB cuba sebab takkan dapat dekat tempat lain tau! 

Nasi Lemak Sushi
Nasi Lemak Sushi

Nasi Lemak Sushi: Ini bukan nasi lemak biasa, korang ๐Ÿฅฅ. Dibungkus dalam nori, dengan topping sambal yang pedas, ikan bilis rangup, dan timun, memang plot twist dunia kuliner! Makan sushi tapi rasa tekak melayu!

Salmon Head Soup
Salmon Head Soup

Salmon Head Soup: Untuk korang yang suka cabaran pedas ๐ŸŒถ๏ธ. Kena try Salmon Head Soup ni. Kuahnya pedas, salmon yang lembut, membawa rasa ke kampung halaman. Makan ni terasa lemak salmon tu, memang UMMPH!

Japanese Pudding, Baverages and Cutlet
Japanese Pudding, Baverages and Cutlet

Japanese Pudding: Jangan lupa simpan space untuk dessert ๐Ÿฎ. Manis, lembut, dan comforting, macam nostalgia yang dibalut dengan moderniti. Rugi kalau terlepas peluang untuk makan Puding Jepun ni denga variety air dengan makanan sampingan dekat sini.

Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga
Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga

Selain menu yang saya dah cerita, Sushi Saga juga ada banyak lagi pilihan makanan yang menggiurkan. Coba lah Salmon Thick Cut yang tebal dan segar, penuh rasa ikan ๐ŸŸ. Pandan Tamago Sushi, Ebi Fry Cheese Roll dan Spicy Salmon Skin Roll pula, kombinasi sempurna antara keju yang leleh dan rangup. Kalau korang suka donburi, jangan lepaskan peluang mencuba Ebi Fry Don yang garing atau Gyudon yang penuh dengan umami. Peminat mi? Saba Teriyaki Udon dan Chashu Ramen pasti memuaskan hati korang dengan setiap suapan yang kaya rasa. Dan jangan lupa Fry Milk Stick, makanan penutup yang manis dan unik, mengakhiri makan korang dengan sempurna. Sushi Saga memang tak pernah kecewakan dengan pilihan menu yang luas dan penuh kreativiti! ๐Ÿฃ๐Ÿœ๐Ÿง€๐Ÿค

Rhys makan di Sushi Saga

Apa yang Rhys dapat simpulkan dari review kalini, Sushi Saga bukan setakat tawarkan menu yang inovatif, tapi juga commitment mereka untuk buat rasa premium dengan bahan-bahan halal memang mengagumkan ๐ŸŒŸ. Sushi Saga destinasi makanan wajib dicuba sebab apa yang korang spend kat sini memang puas hati! Sama ada korang peminat sushi atau penggemar masakan Malaysia, restoran ini akan sediakan makanan jepun yang dapat diterima โ€œtekak melayuโ€ Setiap gigitan membawa pengembaraan rasa yang menyeronokkan ๐Ÿ˜„. Korang kena try sendiri, Sushi saga ni kedai Muslim-Friendly, Semua bahan yang digunakan memang halal dan dalam proses untuk dapatkan sijil halal. Tak perlu ragu-ragu lagi  โ€“ it’s a foodie adventure yang guaranteed buat korang tersenyum kekenyangan! ๐Ÿด๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Sushi Saga

Sushi Saga, G-33A, Jalan Warisan Sentral 3, Kip Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Website: https://sushisagamy.com/

Miss Siam – Tomyam Terpaling Kaw di JB!

Sawadeekap! Saya ada jumpa port makanan Thai yang padu punya! Tomyam dia kaw weh! ๐Ÿ˜‹ ๐Ÿ“ Kat Miss Siam ni pelbagai menu makanan Thai ada tau! Tempat dia pun selesa kat sini ๐Ÿ˜โœ…. Orang kata kalau hirup kuah tomyum tu tersedak maknanya kaw kan. So korang kena datang rasa sendiri! Peminat makanan Thai lepas ni dah boleh dapat PROMO SPECIAL dan DISCOUNT 10% tau dengan join jadi Ahli Club Cari Makan (CCM) sekarang!

Miss Siam, Eco Botanic, Johor Bahru

Semua menu dekat Miss Siam ni memang padu geng sebab Chef dia memang dari Thai! Tak pelik la memang ramai yang singgah makan dekat Miss Siam ni. Suasana kedai pun memang tenang dan memang aesthetic boleh jadi port OOTD!

Dekat Miss Siam ni, saya order EMPAT jenis menu yang memang paling  terkenal di restoran ni. Kalau singgah makan dekat sini, korang wajib order SIGNATURE DISH mereka ni (Tomyum Seafood) ๐Ÿ‘‘

SIGNATURE DISH๐Ÿ‘‘

– TOMYUM SEAFOOD

OTHER MENU:

– Pad Thai with Crispy Chicken 

– Crispy Thai Basil Chicken

– Tamarind Tiger Prawns

Harga pun sangatlah berbaloi bila makan dekat Miss Siam ni, memang berbaloi dan puas hati. 

Menu yang pertama, saya cuba menu mereka yang paling terkenal dekat Miss Siam ni mestilah SIGNATURE DISH dia kan, Tomyum Seafood . Kuah Tomyam Seafood ni memang kaw dan secukup rasa pedas dan masam dari bahan-bahan yang mereka gunakan. Isi dia pun banyak  memang puas hati, wajib bertambah kalau makan!

Tomyum Seafood

Menu yang kedua ni pula, saya pesan Pad Thai with Crispy Chicken menu ni ialah hidangan yang menggunakan glass noodles dan gabungan dengan ayam memang terbaik rasa dia! Pad Thai ni ada rasa manis, masam dan memang sangat lazat. Tak hairanlah kalau menu ni antara yang terkenal dekat Miss Siam ni!

Pad Thai with Crispy Chicken

Untuk menu yang ke ketiga ni pula, saya pilih Crispy Thai Basil Chicken Memang dapat rasa bahan yang segar ada dalam menu ni. Menu ni antara yang terkenal juga di Thailand sebab rasa dia yang lazat dimasak dengan daun basil! Pertama kali saya cuba, memang secukup rasa dia dan senang kata, memang sedaplah dan korang wajib pesan ni kalau singgah ke Miss Siam ni.

Crispy Thai Basil Chicken

Akhir sekali, menu yang keempat, saya makan Tamarind Tiger Prawns. Puas hati bila tengok bila mereka hidangkan menu  ni sebab memang besar udang dia, puas hati! Bila makan tu, dapat rasa kesegaran dalam udang tu sendiri. Portion dia pun banyak, memang sesuai kalau makan dengan keluarga atau rakan-rakan.

Tamarind Tiger Prawns

Pandangan saya, menu yang disediakan di Miss Siam memang sangat puas hati dan berbaloi ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐ŸผTak dinafikan semua makanan yang terkenal di sini memang sangat recommended untuk korang pesan.๐Ÿฒ๐Ÿฅ˜๐Ÿฅ— Bukan tu sahaja, menu lain juga banyak pilihan untuk korang pilih. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan memang segar ๐Ÿฆ‘๐Ÿฆ! Memang terduduk rehat sekejap bila dah habiskan makanan mereka ni sebab kenyang ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹! Saya memang syorkan untuk korang datang makan dekat Miss Siam ni! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿผ๐Ÿ’ฏ

Untuk Info lanjut, sila ke lamanweb rasmi CCM. https://www.carimakan.my/mscm

Lokasi:

MISS SIAM

๐Ÿ“Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor

๐Ÿ“Sri Alam, Masai, Johor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/MissSiamThaiFood/

๐Ÿ“ฒ Instagram: @misssiamthaifood

๐Ÿ“ฒ Website: https://misssiam.com.my/

Pengalaman Saya Warded Covid-19

Bulan 7 tahun 2021 saya dan keluarga saya disahkan positif Covid-19 ๐Ÿค’

Sebab simptom sayaagak teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru2- atas nasihat Doctor saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali ๐Ÿค’

Selepas 10 hari warded dalam hospital dan lagi 7 hari recover di rumah akhirnya saya survivor covid-19 ๐Ÿ™Œ

Pertama sekali Rhys nak ucap berribu-ribuan terima kasih kepada semua yang komen, mesej, call dan hantar mesej dan doa pada Rhys dan keluarga. Sokongan dan kesayangan anda semua memberi saya dan keluarga saya semangat sepanjang masa ini ๐Ÿ™๐Ÿ™โค๏ธโค๏ธ Terima kasih and thank you โค๏ธโค๏ธ๐Ÿ™๐Ÿ™

Kepada semua yang bertanya soalan pasal pengalaman saya warded Covid, saya dah buat video dan cuba jawab soalan-soalan korang ๐Ÿ™Œ

  • “Macam mana Rhys kena Covid?”
  • “Apa reaction Rhys bila tahu positive covid?”
  • “Rhys kena covid stage berapa?”
  • “Simptom covid yang dialami?”
  • “Persiapan mental yang Rhys buat bila disahkan positif covid-19”
  • “Terlintas tak pasal kematian dalam fikiran?”
  • “Rhys dah vaksin ke?”
  • Dan macam-macam soalan lagiโ€ฆ

Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan sayaย ๐Ÿ™

p.s. Saya nak minta maaf kalau nampak agak penat dalam video ni. Jujur cakap saya masih belum sembuh sepenuhnya dan masih ada masalah penafasan sikit ๐Ÿ™