Nasi Kandar 100 Tahun — Hameediyah Nasi Kandar

Restoran Hameediyah, Pulau Pinang merupakan restoran nasi kandar tertua di Malaysia. Dibuka pada tahun 1907, perniagaan ini telah diwarisi 7 generasi dan masih menjadi pilihan utama warga Pulau Pinang.

Restoran Hameediyah menyajikan hidangan terbaik seperti beriyani, murtabak dan banyak lagi. Dalam episod ini, saya bertemu pemilik restoran bertanyakan perihal sejarah perniagaan nasi kandar tertua, mempelajari resepi dan juga merasai sendiri keenakan makanan di sini.

Resepi Kari Ayam Kapitan — Hameediyah Nasi Kandar

Tak sah ke Pulau Pinang kalau tak merasai keenakan kari ayam kapitan. Rhys tidak melepaskan peluang untuk mempelajari sejarah, dan proses masak hidangan terkenal ini.

Resepi Nasi Kerabu Sedap

Nasi Kerabu merupakan hidangan yang terkenal di seluruh Kelantan. Tak sah makan nasi kerabu tanpa budu. Selepas melawat perusahaan Budu Cap Ketereh di Rantau Panjang, Kelantan, Rhys singgah ke Kampung Pulau Belacan untuk mempelajari lebih lanjut proses pembuatan Nasi Kerabu pula.

Tonton video Proses Pembuatan Budu Cap Ketereh

Nasi Kerabu Kg. Pulau Belacan: https://goo.gl/maps/Nxm3RFqQYsBe1uQw7

Senarai Harga:
Nasi Kerabu Ayam Bakar: RM 4.00
Nasi Kerabu Daging Bakar: RM 5.00
Nasi Kerabu Kambing Bakar: RM 8.00

Mat Salleh Masak Budu?

Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Makanan tradisional ini terkenal di negeri-negeri pantai timur Malaysia dan juga negero-negeri selatan Thailand. Tanya sahaja warga Kelantan, pasti mereka suka kan budu dan menjadikan budu sos wajib di atas meja makan.

Saya ke kilang budu terbesar di Malaysia iaitu Budu Cap Ketereh. Kilang yang berusia 40 tahun ini diasaskan Encik Ismail. Beliau ingin menyelesaikan masalah lambakan ikan bilis ketika itu dan beliau mengusahakan pengeluaraan budu secara komersial. Bermula dengan 1-2 dozen botol sahaja sehari, hari ini kilang budu cap ketereh mengeluarkan ribuan botol sehari dan memasarkannya di seluruh Malaysia.

Jom belajar proses pembuatan budu dan apa agaknya rasa budu? Saya suka atau tak?