senang je… mat salleh cakap melayu je terus jadi artis..

“senang je… mat salleh cakap melayu je terus jadi artis… senang betul buat duit….”


Ada juga orang persoalkan kenapa saya buat video2 dekat Malaysia dan apa purpose nya. “tak laku negara sendiri”…. “lapar perhatian”…. “nak buat duit je”… “penjajah datang balik” dan sebagainya… Sejujurnya masa mula pun tak pernah ada niat nak jadi “famous” atau jadi “artis”. Saya buat sebab saya memang suka makanan Malaysia, dan suka mempromosikan makanan Malaysia. Sampai sekarang pun saya tak anggap diri sebagai “famous” atau “artis” pun 😅


Sedar tak sedar dah lebih 5 tahun sejak video pertama saya review makanan Malaysia dikeluarkan, dan hampir 7 tahun sejak start blog “matsallehcarimakan”. Rasanya dah lebih 200 video saya pernah buat. Total views pun dah lebih 25 juta tahu 🤯


Memang saya rasa seronok nak buat. Tapi bagi saya apa yang lagi seronok adalah bila saya dapat jumpa balik dengan pemilik kedai, chef dan orang yang saya pernah buat video bersama. Ada yang dari 5 tahun lepas, ada yang dari beberapa bulan lepas. Walaupun dah lama tak jumpa, mereka masih sambut saya dengan meriah dan tangan terbuka. Macam jumpa kawan lama.


I fikir juga, siapa lah saya untuk dapat sambutan macam ni? Saya just buat video je pun. Buat video pun bukan hebat sangat tu. Tapi bila dengar mereka bercerita bahawa ada impak video tu pada perniagaan mereka, dan macam mana setelah itu bisnes berkembang maju, saya rasa sangat terharu. Ada yang kata sampai hari ni orang masih datang sebab video saya pernah buat bertahun lepas. Tak sangka ia boleh ada impak macam ni dekat orang lain. Rasa terharu sangat… rasa sebak pun ada.. 😢


Masa dapat duduk bersama dan sembang bersama adalah satu pengalaman yang sangat indah bagi saya. Dengar mereka berkongsi tentang selok-belok perjalanan perniagaan, suka-duka yang pernah mereka lalui dan pencapaian yang telah dicapai. Secara tak langsung macam dah jadi kawan dah apabila kami saling berkongsi.


Sebab ini lah saya tak pandang kalau ada yang kecam, memandang rendah atau beri komen negatif pada saya sebab saya dah nampak kesan video dan aktiviti saya di Malaysia. Dan boleh nampak sendiri apa purpose saya dan kenapa saya buat begini.


Ia akan bagi saya semangat untuk teruskan! Selagi ada rezeki di sini, saya akan masih ada di sini 🤗


Juga saya nak ucap ribuan terima kasih kepada korang semua yang baca ni dan follow dan support saya sampai ke hari ni ❤️

Soal Jawab bersama Rhys William… Bahagian 2

Haritu saya tanya “Ask me anything”… ada ramai orang hantar soalan. Dalam “ask me anything” bahagian kedua ni, saya cuba lagi sekali jawab soalan-soalan anda sebaik mungkin..

  • Rhys dah masuk Islam?
  • Rhys berkerja sebagai apa.. tak kan hanya review makanan?
  • Abang Rhys masih buat YouTube tak?
  • Boleh tak Rhys buat top 5 makanan melayu paling Rhys suka?
  • Suka makanan durian tak? Kenapa so many European didnt like the smell with durian?
  • Nasi lemak or fish and chips? (Soalan panas ni!)
  • From which city are you from?
  • Rhys nak stay Malaysia forever tak?
  • Bagaimana fasih berbahasa melayu? Kenapa Malaysia menjadi pilihan anda?
  • What makes you happy every day?
  • Dan beberapa soalan yang lain…

Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan saya 🙂

Ada lagi soalan-soalan orang nak tanya kepada saya? Follow saya di Facebook dan Instagram dan komen soalan-soalan anda – saya akan cuba sekali lagi jawab… 💁‍♂


📘 Klik sini untuk ebook “YouTube 3 Langkah” Bagaimana anda boleh menjadi seorang “YouTuber”

Soal Jawab bersama Rhys William

Haritu saya tanya “Ask me anything”… ada ramai orang hantar soalan, dan hari ni saya cuba jawab sebaik mungkin..

  • Macam mana Rhys mula tinggal di Malaysia?
  • Why do you like to stay in Malaysia?
  • Macam mana Rhys fasih Bahasa Melayu?
  • Apa plan jangka panjang Rhys, akan terus di Malaysia atau pulang ke England?
  • Favourite food/makanan kegemaran?
  • Makanan apa Rhys paling tak boleh telan?
  • Ada plan tak untuk Rhys buat Malaysia food travel show untuk channel TV di UK?
  • Family Rhys pernah marah tak sebab duduk Malaysia lama sangat?
  • Bila sebenarnya Rhys berkhawin?
  • Bila nak hiking semula?
  • Apa projek terbaru Rhys?
  • Dan beberapa soalan yang lain…

Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan saya 🙂

Ada lagi soalan-soalan orang nak tanya kepada saya? Follow saya di Facebook dan Instagram dan komen soalan-soalan anda – saya akan cuba sekali lagi jawab… 💁‍♂