Lebih 10 tahun. Ribuan video. Banyak kejayaan, kegagalan dan kenangan yang tak boleh diganti.
Daripada Facebook Live yang simple, video panjang di YouTube, TikTok, sehinggalah rancangan TV sendiri, sepuluh tahun sebagai “mat salleh cari makan” memang satu perjalanan yang saya takkan lupakan.
Saya dapat menjelajah Malaysia, mendalami budaya, merasai makanan luar biasa dan berjumpa dengan ramai insan yang hebat.
Dah sampai masa untuk bersara dari video makan-makan.
Semua ini takkan berlaku tanpa korang yang menonton dan support saya. From the bottom of my heart, ribuan terima kasih untuk 10 tahun yang luar biasa 🙏❤️
Tonton video terakhir saya untuk penjelasan lebih lanjut..
Kita sudah melangkah masuk tahun 2025. 🎉 Bila tengok semula, 2024 adalah tahun yang penuh perubahan dalam perjalanan karier saya. Bermula perjalanan saya sebagai seorang “mat salleh” yang sukakan makanan lebih 10 tahun lalu 🍔📹 – buat blog, buat video, dan sekarang diberikan kepercayaan ramai “client” untuk menguruskan social media mereka sendiri!
MSCM Studios, Content Creation Experts
MSCM Studios adalah era baru untuk saya. ✨ MSCM Studios adalah “content creation experts agency”. Kami menyediakan video yang profesional, “high quality” 🎥 dan “social media management” untuk bisnes-bisnes yang nak “reach” target market mereka di social media. 📈📱
Dalam setahun ni, kami berjaya kembangkan portfolio di mana kami bukan sahaja buat content makanan sahaja lagi. 🍴 Pelbagai industri lain kami dah bekerjasama di bawah naungan MSCM Studios:
🚗 Automotive
🎭 Entertainment
🌏 Tourism
🐜 Pest Control
🪵 Flooring
🏗️ Building
💄 Cosmetic
Perubahan ini menolak saya untuk melepasi limit diri saya sendiri. 💪 Macam semua tahu, industri food and beverage memang sudah sebati dengan saya. Tapi, sekarang, saya diberi peluang dan kepercayaan untuk melebarkan sayap ke industri lain. Perasaan bangga dan syukur yang tak terhingga ini tak dapat nak digambarkan. 🙏❤️
Abang, kakak, adik-adik, harini saya nak share satu tempat yang memang boleh jatuh cinta dengan sarapan kat tengah-tengah Langkawi ni. Betul-betul, Warong Kita ni wajib korang pergi kalau nak makan sarapan yang best gila. 🌴
Warung Kita , Langkawi
Suasana nyaman dia Warung Kita dengan Pelbagai jenis lauk untuk sarapan.
Menu:
Sarapan Dengan Empat Jenis Nasi 🍚
Bayangkan je la, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kandar, dan nasi putih, semua datang dengan pelbagai lauk kampung yang memang sedap gila. Macam pertandingan sarapan Langkawi, dan kedai ni memang juara beb!
Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang menjadi menu utama di Warung Kita
Nasi Dagang Langkawi 🏝️
Langkawi mungkin jauh dari pantai timur, tapi Warong Kita ni boleh bawak pantai tu datang kat Langkawi. Nasi Dagang dia memang best gila. Kari ikan Aya dan acar timun tu dipadankan dengan nasi yang dicampur dengan santan, rasa sedap tu akan bermain dekat lidah korang dan membuat korang teringat-ingat rasa nasi dagang ni sampai ke dalam mimpi. 💃💥
Caption : Nasi Dagang dengan Kari Ikan Aya
Nasi Kandar Legenda 🌶️
Kalau korang datang Langkawi tak pekena Nasi Kandar kat Warong Kita, memang tak lengkap percutian korang! Tempat ni macam port rahsia untuk masakan kampung. Ada sambal paru (paru lembu, gais!), kari ayam, kari ikan Aya, dan yang paling menggoda, daging masak hitam (ye, dia hitam macam jiwa korang waktu malam), semua ada. Kalau korang pandai campur kuah, korang memang mantap! 😋🌮
Kari Kepala Ikan Untuk dimakan dengan Nasi DagangRendang Masak Hitam Warung KitaSambal Paru Warung Kita
Suasana:
Warong Kita ni best sangat tau guys. Dia dekat Jalan Pantai Chenang-Airport kat Langkawi, Kedah. Atmosfera dia friendly gila, rasa macam singgah makan kat rumah mak cik yang cool habis. Tempat dia pun macam kampung, tambah lagi vibe dia cozy, perfect tempat merasa budaya Malaysia sambil makan. 🍽️
Bak kata Mat Salleh, Breakfast Like A King!
Kesimpulan:
Okay, guys, cerita dia simple je: Warong Kita ni tempat magik makanan berlaku. Kalau korang nak start hari dengan sarapan Malaysia yang power atau nak makan Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang mantap, tempat ni wajib korang kunjungi. Serius, korang akan keluar dari sini dengan hati gembira dan perut kenyang. Tak payah fikir panjang, jangan tinggalkan Langkawi tanpa makan kat Warong Kita. Tempat ni macam syurga makanan dekat Langkawi! 🌟🏖️