Syurga Makanan: Warong Kita, Langkawi

Abang, kakak, adik-adik, harini saya nak share satu tempat yang memang boleh jatuh cinta dengan sarapan kat tengah-tengah Langkawi ni. Betul-betul, Warong Kita ni wajib korang pergi kalau nak makan sarapan yang best gila. 🌴

 Warung Kita , Langkawi
Suasana nyaman dia Warung Kita dengan Pelbagai jenis lauk untuk sarapan.

Menu:

Sarapan Dengan Empat Jenis Nasi 🍚

Bayangkan je la, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kandar, dan nasi putih, semua datang dengan pelbagai lauk kampung yang memang sedap gila. Macam pertandingan sarapan Langkawi, dan kedai ni memang juara beb!

Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang menjadi menu utama di Warung Kita

Nasi Dagang Langkawi 🏝️

Langkawi mungkin jauh dari pantai timur, tapi Warong Kita ni boleh bawak pantai tu datang kat Langkawi. Nasi Dagang dia memang best gila. Kari ikan Aya dan acar timun tu dipadankan dengan nasi yang dicampur dengan santan, rasa sedap tu akan bermain dekat lidah korang dan membuat korang teringat-ingat rasa nasi dagang ni sampai ke dalam mimpi. 💃💥

Caption : Nasi Dagang dengan Kari Ikan Aya

Nasi Kandar Legenda 🌶️

Kalau korang datang Langkawi tak pekena Nasi Kandar kat Warong Kita, memang tak lengkap percutian korang! Tempat ni macam port rahsia untuk masakan kampung. Ada sambal paru (paru lembu, gais!), kari ayam, kari ikan Aya, dan yang paling menggoda, daging masak hitam (ye, dia hitam macam jiwa korang waktu malam), semua ada. Kalau korang pandai campur kuah, korang memang mantap! 😋🌮

 Kari Kepala Ikan Untuk dimakan dengan Nasi Dagang
Rendang Masak Hitam Warung Kita
Sambal Paru Warung Kita

Suasana:

Warong Kita ni best sangat tau guys. Dia dekat Jalan Pantai Chenang-Airport kat Langkawi, Kedah. Atmosfera dia friendly gila, rasa macam singgah makan kat rumah mak cik yang cool habis. Tempat dia pun macam kampung, tambah lagi vibe dia cozy, perfect tempat merasa budaya Malaysia sambil makan. 🍽️

Bak kata Mat Salleh, Breakfast Like A King!

Kesimpulan:

Okay, guys, cerita dia simple je: Warong Kita ni tempat magik makanan berlaku. Kalau korang nak start hari dengan sarapan Malaysia yang power atau nak makan Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang mantap, tempat ni wajib korang kunjungi. Serius, korang akan keluar dari sini dengan hati gembira dan perut kenyang. Tak payah fikir panjang, jangan tinggalkan Langkawi tanpa makan kat Warong Kita. Tempat ni macam syurga makanan dekat Langkawi! 🌟🏖️

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !!

Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik?

Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar ?

Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar dimasak . Ada tetamu istimewa tau!