JIBRIL : Restoran dengan Hidden Door yang pasti  buat korang teruja!

Hai semua foodies! Harini kita nak bagitahu korang satu kedai yang memang pakar dalam masakan berasaskan “butter” dan juga “salted-egg”. Restoran JIBRIL ni memang dah femes dekat Malaysia ni, pernah viral sebab pintu masuk restoran ni “hidden” terasa masuk ke alam lain lepas masuk dalam kedai dia. Tapi yang pasti, kalau korang datang makan dekat sini, vibes dia tak macam kedai biasa tau

Restoran JIBRIL
Restoran JIBRIL

Kalau korang datang ke JIBRIL ni, nak masuk pun dah terkaku sebab KAT MANA PINTU? Haaa, dekat sini dia buat konsep ala-ala Harry Potter punya hidden door tau. Tahu-tahu je korang tembus ikut dinding. Tapi lepas dah masuk korang jangan terkejut denga vibes kat sini. Betul-betul terasa macam dekat tempat lain. Interior dia mewah dengan konsep ala-ala ingeris tau..

Interior berkonsepkan barat dan hidden door

Interior berkonsepkan barat dan hidden door

Salted egg butter yang ni bukan kaleng-kaleng sebab ada lobster besar betul 🤣 🤣 Memang fresh and banyak isi lobster ni tau. Creamy and fresh je bila makan. Tak muak langsung kalau makan salted egg butter lobster ni. 

Salted Egg Butter Lobster
Salted Egg Butter Lobster

Ni pun salah satu menu yang korang kena try, sebab nasi lemak ni ada ayam, udang dengan sotong sekali. 3 in 1 tau ! Dia punya lauk tu disalut dengan butter dipasangkan pula dengan nasi lemak dia pedas so memang mantap gandingan dua ni. Rasa balance antara manis, masin dengan pedas. 😋😋😋

Nasi Lemak Butter Combo
Nasi Lemak Butter Combo

Mantao dengan Assam Thai Butter Clam ni wajib korang cuba kalau korang suka makan clam. Rasa seafood dicampur dengan butter ala-ala fusion thailand ni memang padu, lagi-lagi bila cicah dengan mantao yang crispy ka tluar, lembut dekat dalam. 

Assam Thai Butter Clam & Mantao
Assam Thai Butter Clam & Mantao

Croissant salted egg ni memang lain dari yang lain sebab salted egg tu penuh and creamy dekat dalam tau. Memang meleleh-leleh kalau dah gigit. Dessert ni recomended untuk korang yang suka manis-manis masin 🤤🤤

Salted Egg Croissant
Salted Egg Croissant

Kat sini ada banyak minuman yang special and wajib korang try. 😙 Mango cheese cake Mocktail dengan Onde-onde Mocktail rasa macam minum cake tau 🤣 Tapi memang sedap . Kalau u guys suka rasa manis ala-ala dessert memang boleh try air ni. Kalau korang suka air yg rasa premium, boleh try  Lychee Pink Lemonade and Potter 2.0. Semua minuman kat sini rasa macam premium tau. 

Macam-macam air mocktail kat sini
Macam-macam air mocktail kat sini

Selain makanan, apa yang buat saya tertarik dengan JIBRIL ni adalah cerita disebalik kemunculan JIBRIL di muka bumi Malaysia ni. JIBRIL ni diasaskan oleh 4 bekas pelajar UiTM jurusan undang-undang bernama Akmyr Ahmad Azwan, Muhammad ‘Atiqurrahman, Imran Sheik & Nurin Hasanah! Tanpa mereka ni, tak dapatlah kita merasa makan dekat JIBRIL yang terkenal ni.

Macam-macam air mocktail kat sini
Macam-macam air mocktail kat sini

JIBRIL ada 4 cawangan dekat Malaysia tau. Korang search je JIBRIL, korang buka je website diorang. So dalam tu akan ada semua cawangan and menu dia juga tau. Paling best, dekat sini tak perlu nak risau sebab memang diiktiraf Halal oleh JAKIM. So boleh makan tanpa rasa was-was lagi. Tunggu apa lagi? Tengok details diorang kat bawah and Selamat menjamu selera!

LOKASI:

JIBRIL
📍 JIBRIL SS15 (@jibrilss15)
25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

📍 JIBRIL Publika (@jibrilpublika)
D3-G3-8, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

📍 JIBRIL Bangi (@jibrilbangi)
26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

📍 JIBRIL JB (@jibriljohor)
Pusat Perdagangan Larkin, 51, Jln Geroda 2/1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

📲 Website: https://jibrilss15.com/
📲 Facebook: https://www.facebook.com/jibrilss15
📲 Instagram: @jibrilss15
📲 TikTok: @jibrilss15
📲 Twitter: @jibrilss15

Meneroka makanan tradisional British versi halal di London

Antara semua post dalam blog ni, yang paling popular ialah blog tentang London, Dan juga ramai orang mesej saya tanya saya tentang London, terutamanya tentang makanan di sana..

Tahun 2017, saya balik kampung, tapi bukan semata-mata, sebenarnya saya nak buat kajian tentang “makanan tradisional british” tapi versi halal.

Jadi, untuk orang yang ada plan nak pergi ke London, dan nak cuba rasa makanan tradisional tapi versi halal.. bolehlah tengok video siri yang di bawah ni 🙂

Fish and Chips

Fish & Chips memang terkenal sebagai makanan tradisional British. Dalam episod ini, Rhys akan membongkar rahsia di sebalik proses penyediaan hidangan terkenal ini dari ikan dan ubi kentang mentah menjadi hidangan ikonik UK.

Chippy, iaitu kedai yang menghidangkan Fish & Chips di UK boleh didapati di hampir segenap pelusuk United Kingdom. Namun hati-hati, tidak semuanya menghidangkan hidangan yang halal, kerana secara asli, bater yang digunakan dicampur dengan minuman seperti arak. Mr Fish memastikan semua makanannya dijamin halal.

Jellied Eels

Jellied Eels atau dalam Bahasa Melayu, Agar-Agar Belut merupakan makanan tradisional British yang berasal sejak abad ke-18, dan terkenal di London.

Revolusi Industri merupakan kemuncak populariti makanan ini apabila Jellied Eels menjadi makanan harian orang di London. Oleh kerana keadaan Sungai Thames yang kotor dan tercemar ketika itu, banyak spesis ikan yang tidak bertahan, kecuali belut.

Jellied Eels merupakan makanan yang mudah untuk disediakan. Belut dipotong dan dimasak dalam air dan cuka, kemudian ditambah sedikit rempah seperti buah pala dan jus lemon. Oleh kerana belut merupakan makanan yang semula jadi gelatin, belut yang dimasak mengeluarkan protein, seperti kolagen dan apabila disejukkan terhasil jeli.

Pie and Chips

Pie merupakan makanan yang sudah wujud di zaman pemerintahan Rom dan Mesir Purba. Pai tiba di England seawal abad ke-12 dan merupakan antara makanan yang paling sinonim dengan masyarakat Britain.

Walaubagaimanapun, agak sukar mencari restoran yang menghidangkan pie yang halal, kerana menjadi kebiasaan pie disediakan di pub. Rhys William​ dalam pengembaraan Mat Salleh Cari Makan​ singgah ke restoran Pie Republic​ yang menyajikan makanan Tradisional British yang dijamin Halal.

British Curry

Kari memang sinonim dengan masyarakat India, tapi tahukah anda kari sudah menjadi makanan kebangsaan United Kingdom. Selain daripada peningkatan masyarakat etnik India dan Pakistan di UK, kari merupakan makanan kegamaran Queen Victoria dan sudah mula diperkenalkan kepada rakyat UK seawal abad ke-18.

Kari di UK adalah berbeza dengan kari di India mahupun di Malaysia. Ianya telah diubah suai sesuai dengan cita rasa tempatan.

Afternoon Tea

Kalau di Malaysia kita ada sesi “mengeteh”, di UK mereka panggil Afternoon Tea!

Afternoon Tea merupakan sebahagian dari budaya United Kingdom dan menjadi amalan kebanyakan di UK, dari Istana hinggalah ke rumah-rumah rakyat biasa.

Rhys William ke Kafe Muffin Man, sebuah kafe yang terkenal di London dengan pelbagai hidangan tradisional British.

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !!

Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik?

Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar ?

Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar dimasak . Ada tetamu istimewa tau!