Ikan Patin Temerloh

Pengembaraan Mat Salleh Cari Makan di Pantai Timur diteruskan ke Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung Malaysia. Sebut sahaja Temerloh, pasti ada yang menggambarkan Tempoyak Ikan Patin.

Tapi dalam episod kali ini, saya bukan semata-mata menjamah tempoyak, tetapi mempelajari sendiri bagaimana ikan patin diternak dan mengapa Temerloh terkenal dengan ikan patinnya yang berkualiti tinggi.

Durian sedap, tempoyak pun sedap, tapi ikan patin tempoyak paling sedap

Aku nak mengaku sesuatu.. Sebenarnya aku memang suka makan durian ?. “Hantu durian” katanya.. Tempoyak pun suka jugak ?

Hari ni abam Rhys payung korang video aku cari dan makan Ikan Patin Tempoyak yang superb.

Kalau korang tak percaya mat salleh boleh tahan durian dan tempoyak, hiburkan hari anda dengan video ni.. Barulah percaya ?

p.s. Ada tetamu istimewa tau!