Tentang

Hai nama saya Rhys William dan saya berasal dari UK tapi sekarang saya mentap di Malaysia.

Tahun 2012 saya lawat Malaysia untuk bercuti dan saya jatuh cinta dengan negara ni. Satu perasaan yang susah nak jelaskan dengan perkataan sebab ada pelbagai benda saya suka tentang Malaysia – terutamanya makanan!

Saya dah menetap di Malaysia sejak tahun 2013, dan rasa keputusan saya untuk pindah ke Malaysia adalah keputusan yang sangat best πŸ™‚

Bulan november 2014 saya mula perjalanan saya untuk belajar Bahasa Melayu. Saya belajar dari kawan-kawan saya, dengar radio, baca buku ‘sistem bahasa’ dan praktis bercakap dengan orang. Pada masa tu, satu kawan saya cadangkan kat saya untuk tulis blog sebagai cara untuk praktis tulisan bahasa dan macam mana susun ayat dengan betul.

Jadi, saya mula blog ni… Saya harap korang suka, dan kalau saya tulis salah boleh komen – saya masih tengah belajar lagi lah πŸ™‚