Kena Tipu Bila Mendaki Gunung Ledang..

saya di puncak gunung ledang
Saya di puncak Gunung Ledang, Johor

Saya baru balik dari Gunung Ledang daypack dan saya nak bagi nasihat untuk orang lain berminat hiking kat situ. Hati2 bila naik sebab 3 kali saya kena tipu.. ?

 

 

kfc gunung ledang
Laluan KFC, tapi tempat ni confirm bukan restoran KFC!

Yang pertama, orang kata kat situ ada “KFC” masa nak naik. Saya ingat itu restoran KFC, tapi sebenarnya KFC tu maksud “Killer For Climbers” – kawansan curam kena pacak 90 darjah untuk 30min-1jam. Gila kalau nak naik situ, sebab saya cuma nak singgah situ dan makan ayam goreng KFC tapi tiba2 kena buat rock climbing pulak.. ?

Kali kedua, lepas habis mendaki KFC tu sampai dekat tempat nama dia “Gua Kambing”. Dulu rasa tempat tu saya boleh cari kambing besar untuk Raya Haji ni tapi bila sampai situ rupanya gua sahaja – langsung tak ada kambing. Tak apa, walaupun kecewa sikit saya teruskan jalan je.. ?

Kali ketiga dan terakhir. Lepas 6 jam hiking dah rasa pewai akhirnya saya sampai kat puncak Gunung Ledang. Walaupun saya nak rehat, saya pun rasa macam nak terus jumpa Puteri Gunung Ledang tu. Orang kata dia seorang perempuan yang cantik sangat dan dia duduk atas gunung tu. Saya mula misi mencari dia, dan tengok semua puncak situ tapi tak jumpa puteri tu. Kecewa sangat dan hati saya sakit sebab memang nak jumpa puteri tu minta nombor whatsapp dia.. ?

tangga curam kat gunung ledang
Tangga curam dekat puncak Gunung Ledang

Jadi, nasihat saya untuk orang lain nak naik Gunung Ledang ni hati2 korang tak kena tipu jugak. Ingat KFC tu bukan restoran, Gua Kambing tak ada kambing langsung dan Puteri Gunung Ledang dah pindah rumah ke gunung lain kot..

#gurauje #jangankecam ?

Lepas Menakluk Semua Puncak Bukit Tabur, Saya Nak Kongsi Tip2 Dari Pengalaman Saya

EDIT:

Perhatian semua, sejak tahun 2017 semua puncak Bukit Tabur adalah DITUTUP atas arahan Pejabat Hutan Daerah Selangor. Maksudnya tidak boleh naik mana-mana puncak di Bukit Tabur buat sementara waktu. Jika masuk, boleh dikenakan denda sehingga RM5000 ataupun penjara. Blog ini adalah tulisan saya dari tahun 2016 bila semua puncak masih buka.

Attention, since 2017 all of Bukit Tabur’s hills have been closed by the Selangor Forestry Office and it is not possible to enter any of the hills during this time. If you enter illegally, you face the possibility of a fine and potential prison sentence. This blog is my writings from 2016 when the hills were still open for visitors.

Bukit Tabur ialah satu kumpulan bukit dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur. Bukit Tabur ada 5 bukit/puncak, semua merupakan genting quartz. Bukit Tabur ialah satu tempat sangat popular untuk hikers dari seluruh Lembah Klang, sebab di atas Bukit ada pemandangan cantik.

Dalam blog post ni, saya akan kongsi informasi sikit pasal setiap puncak Bukit Tabur dengan tip2 dari pengalaman saya.  Dulu saya nak kongsi gambar2 dari Bukit Tabur:

Walaupun pemandangan dari Bukit Tabur cantik, dan hiking kat sana tak mencabar sangat, Bukit Tabur ialah bahaya. Itu bahaya sebab ada banyak tempat curam, dan kalau orang tak hati2 aksiden boleh terjadi. Juga, ada banyak kes org jatuh dari atas Bukit Tabur. Sebab itu, saya rekomen sesiapa nak naik sana naik dengan orang ada pengalaman hiking, dan lagi bila naik hati2 dan jangan ambil risiko.

Sebelum saya nak cakap pasal setiap Bukit Tabur, saya nak share barang wajib dibawak ke semua puncak Bukit Tabur (dari pendapat saya):

  • Torch (lampu) – Kalau naik sebelum sunrise ini perlu
  • Air mineral – Atas bukit cuaca panas, yang penting boleh “keep hydrated”
  • Makanan ringan – Kadang2 ada beratur atas, dan kalau tunggu lama jadi lapar
  • Glove – batu2 situ tajam, jadi pakai glove untuk jaga tangan
  • Kasut dengan tapak kuat (strong grip) – kebanyakan trek Bukit Tabur termasuk panjat batu, jadi kasut sesuai mesti pakai (jangan pakai slipar)
  • Permit – semua Bukit Tabur terletak dalam hutan simpanan jadi daftar untuk permit wajib (kalau tak ambil permit, kena denda RM5,000..)

Ok, jom, saya akan cakap pasal setiap puncak Bukit Tabur. Bermula dengan yang puncak saya naik pertama..

Bukit Tabur West

Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati

Tempoh naik sampai ke puncak: 3 jam

Tempoh pergi balik: 4 jam (sebab turun lalu trek lain)

Benda positif:

  • Pemandangan cantik dari atas
  • Ramai orang naik, senang cari orang untuk guide
  • Trek jelas

Benda negatif:

  • Paling bahaya, Bukit Tabur West ada banyak tempat curam
  • Ramai orang naik, hujung minggu boleh jadi macam mall di atas (kadang2 kena tunggu 30minute lebih untuk turun batu)
  • Jauh, kalau nak sampai puncak makan 3 jam lebih, sampai 4 jam pergi balik

Summary

Bukit Tabur West ialah puncak Bukit Tabur yang paling popular dan yang paling tinggi. Ini sebab ada banyak tempat dengan view cantik, dan banyak tempat boleh ambil gambar lawa. Juga paling popular, Tabur West yang paling bahaya sebab ada banyak tempat curam (kena panjat batu). Juga hanya Tabur West ada ranger minta permit sebelum naik (walaupun permit wajib untuk semua puncak, cuma ada ranger check dekat pintu masuk ke Tabur West)

Juga Tabur West makan stamina orang sebab trail tu naik turun, naik turun lebih dari 5 kali sebelum sampai puncak. Kalau nak lihat pemandangan cantik, tapi tak nak sampai puncak atau tak nak lalu tempat curam dan bahaya, Tabur West ada satu puncak tipu lebih kurang 45minute dari pintu masuk. Sini boleh ambil gambar lepas tu patah balik ke pintu masuk.

Kalau nak teruskan ke puncak, lebih senang turun lalu trek lain. Di hujung bukit ada trek turun lalu kebun orang, lepas tu sampai dekat parking.

Tip2 untuk Tabur West

  • Lepas turun, boleh mandi dekat kolam air jernih dekat taman rekreasi bawah bukit ni.
  • Bawak air dan makanan lebih sebab atas bukit panas sangat, dan kadang2 kena beratur.

Bukit Tabur East

Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati (bukan tempat sama dengan Bukit Tabur West tapi dekat je, Bukit Tabur East ikut paip besar)

Tempoh naik sampai ke puncak:  1.5 jam

Tempoh pergi balik:  2 jam (sebab turun lalu trek lain)

Benda positif:

  • Pemandangan cantik dari atas
  • Ramai orang naik, senang cari orang untuk guide
  • Trek jelas

Benda negatif:

  • Ada satu tempat curam sangat dan ada tali, susah untuk orang gayat
  • Ramai orang naik, hujung minggu boleh jadi macam mall di atas (kadang2 kena tunggu 30minute lebih untuk turun batu)
  • Kat puncak tak boleh muat ramai orang, jadi rasa “crowded”

Summary

Bukit Tabur East ialah satu puncak Bukit Tabur terletak sebelah Bukit Tabur West. View dari atas cantik sangat, dan kalau nak ambil gambar profile cantik ada banyak tempat sesuai masa naik. Bukit Tabur East juga trek senang, dan cuma ada satu tempat kena panjat batu dan pakai tali.

Trek ke puncak kira santai, sebab tak susah sangat. Trek turun juga santai tapi juah sikit, dan masa turun lalu kebun dan kawasan perumahan.

Tip2 untuk Tabur East

  • Lepas turun, boleh mandi dekat kolam air jernih dekat taman rekreasi bawah bukit ni. Kolam ni sama dengan Bukit Tabur West, tapi ada tempat masuk lain (atau kalau rajin, naik kereta ke pintu masuk Tabur West dan park kat situ, lepas tu turun ke kolam)
  • Walaupun ada banyak tempat untuk gambar, hati2 bila ambil.

Bukit Tabur Far East

Lokasi pintu masuk: Kawasan pembinaan, belakang Zoo Negara. Park kat situ lepas tu lalu kebun.

Tempoh naik sampai ke puncak:  45 minit

Tempoh pergi balik:  1.5 jam (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)

Benda positif:

  • Trek senang dan tak jauh
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Tak curam, dan ada cuma satu tempat kena panjat batu
  • Boleh tapau Tabur Far Extreme masa sama

Benda negatif

  • Dulu, lepas lalu kebun kena naik bukit lalu jalan hutan, walaupun tak berbatu curam sikit dan makan tenaga

Summary

Bukit tabur far east kira yang paling senang (pendapat saya) Boleh sampai puncak dalam 45minit sahaja. Kebanyakan trek jalan hutan, dan untuk 30minit pertama pacak sikit, lepas tu naik batu sikit dan dah sampai atas.

Masa saya naik pertama saya tak percaya dah sampai puncak, sebab memang cepat. Permandangan cantik juga sebab boleh nampak Empangan Klang Gates, dan kalau sampai awal pagi semua berkabus.

Kalau rajin lepas turun dari Far East boleh terus sambung ke Tabur Extreme juga. Satu barang nasihat saya kasi, masa naik Bukit Tabur Far East tolong jangan masuk kawasan orang kat situ. Situ ada banyak anjing2 garang dan kalau group kecil anjing tu akan serang (saya pernah kena sekali sampai halau anjing dengan “selfie stick” saya) Saya rekomen lepas keluar tempat pembinaan ( masuk pintu pagar hijau) jalan straight je sampai lagi pintu pagar hijau, lepas tu jalan straight je sampai nampak trek pacak kat kanan. Kalau buat macam ni, korang boleh elak anjing tu dan terus sampai kebun tanpa lalu kawasan anjing. Sebab tempat masuk sama dengan Extreme, nasihat ni boleh guna kalau naik Extreme juga.

Tip2 untuk Tabur Far East

  • Cuba elak kawasan anjing masa naik dan turun
  • Walaupun tak curam sangat, hati2 masa naik tempat bertali. Satu orang dalam geng saya pernah jatuh masa turun sebab tali putus (nasib baik dia ok)
  • Kalau orang suka lepak dalam hammock, bawak hammock sebab ada dua pokok sesuai untuk pasang hammock di puncak.
  • Lepas naik bukit (trek jalan hutan) dan sampai simpang belok ke kiri untuk naik Far East, ke kanan untuk Extreme

Bukit Tabur Extreme

Lokasi pintu masuk:

  1. Kalau lau Bukit Tabur Far East: Kawasan pembinaan, belakang Zoo Negara. Park kat situ lepas tu lalu kebun.
  2. Kalau lalu Bukit Tabur Extra: Laluan ATV, Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)

Tempoh naik sampai ke puncak:  2 jam lebih

Tempoh pergi balik:  3 jam lebih (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Far East atau Tabur Extra masa sama)

Benda positif:

  • Permandangan dari atas cantik sebab ada 360 degree view
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Boleh tapau Tabur Far East atau Tabur Extra masa naik

Benda negatif

  • Memang extreme sebab trek jauh dan guna banyak tenaga
  • Kalau naik dari Extra agak bahaya masa naik

Summary

Bukit Tabur Extreme memang kira extreme kalau naik dari Bukit Tabur Far East, sebab jalan jauh sangat dan masa naik rasa senang penat. Trek tu bukan berbatu macam Tabur lain, tapi jalan hutan.

Trek tu cuma ada satu tempat bertali dan situ bukan curam sangat. Bukit Tabur Extreme ada permandangan paling cantik di semua Bukit Tabur (pendapat saya) sebab boleh nampak tulang belakang Tabur East dan Tabur West dari atas. Pendapatan saya, lebih baik kalau tapau Extreme dengan Far East atau Extreme dengan Extra, sebab Extreme terletak antara dua2. Kalau naik dari Far East perjalanan makan 2 jam lebih dari parking, kalau dari Extra makan lebih kurang 2 jam juga dari parking.

Tip2 untuk Tabur Extreme

  • Pastikan bawak cukup air dan makanan sebab jalan jauh dan lalu hutan
  • Hati2 bila naik tempat bertali, sebab tali tu dah tua sikit dan tak secure
  • Tapau dengan Tabur Far East atau Tabur Extra masa naik

Bukit Tabur Extra

Lokasi pintu masuk:  Laluan ATV, Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)

Tempoh naik sampai ke puncak:  1 jam

Tempoh pergi balik:  2 jam lebih (turun lalu trek ATV, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)

Benda positif:

  • Trek senang
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Boleh tapau Tabur Extreme masa naik

Benda negatif

  • Bila mula trek, banyak trek dan banyak simpang, senang jadi sesat kalau tak pergi dengan orang pernah pergi
  • Trek tak jelas sangat, sebab tak ramai orang naik
  • Permandangan dari atas tak cantik sangat, sebab semua berhutan

Summary

Bukit Tabur Extra juga dipanggil “Bukit Batu Gajah” dan dia terletak belakang Kampung Kemensah.

Biasanya ni yang Tabur orang buat terakhir untuk dapat “graduate” sahaja. Bukit Tabur Extra sahaja tak beberapa menarik sebab tak ada permandangan dari puncak, semua berhutan dan pokok2.

Trek dia buat saya keliru sangat sebab ada banyak jalan/trek di situ, tapi bila jumpa trek betul boleh sampai puncak dalam 1 jam sahaja.

Saya rekomen tapau Extra sekali dengan Extreme kalau nak dapat permandangan cantik. Dari Extra ke Extreme trek jelas dan tak sampai sejam. Tapi kena hati2 masa naik sebab banyak tempat curam dan kena pakai tali. Berbanding dengan trek Far East ke Extreme, tak jauh tapi lagi bahaya. Saya rekomen kalau naik Tabur Extra, patut pergi dengan orang pernah naik, sebab macam saya cakap tadi ada banyak trek dan senang jadi sesat situ.

Tip2 untuk Tabur Extra

  • Pastikan pergi dengan orang pernah pergi, sebab ada banyak trek dan dia tak jelas sangat
  • Turun lalu laluan ATV, sebab lagi senang

Conclusion

Semua Bukit Tabur ada benda positif dan negatif, tapi semua berbaloi untuk naik kalau korang rajin. Ada orang pernah tapau semua dalam satu trip, tapi saya rasa yang tu agak mencabar, jadi lebih baik buat setiap bukit induvidi (selain dari Extreme dan Far East atau Extra)

Dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari yang paling senang sampai yang paling susah:

  1. Bukit Tabur Far East (paling senang)
  2. Bukit Tabur Extra
  3. Bukit Tabur East
  4. Bukit Tabur West
  5. Bukit Tabur Extreme (paling susah)

Juga, dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari permandangan yang paling cantik sampai yang paling tak cantik:

  1. Bukit Tabur Extreme (paling cantik)
  2. Bukit Tabur Far East
  3. Bukit Tabur East
  4. Bukit Tabur West
  5. Bukit Tabur Extra (paling tak cantik)

Saya harap blog ni boleh tolong orang lain naik Bukit Tabur. Lagi sekali saya nak ingatkan korang, Bukit Tabur agak bahaya jadi tolong jangan ambil risiko dan pastikan naik dengan orang pengalaman hiking 🙂 Selamat mendaki!

Bukit (Gunung) Kutu – Lumpur, Jatuh, Golek dan Banyak Lebah

Sebelum saya mula tulis cerita ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang pergi Bukit Kutu dan Bukit Tabur dengan saya.  Saya rasa macam diterima kat group korang dan tak sabar nak pergi hiking dengan korang tak lama lagi 🙂

Bukit Kutu ialah satu Gunung dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tapi saya nak jelaskan kejap, walaupun namanya “Bukit” dia memang bukan bukit, dia macam Gunung. Biasanya kalau Bukit lebih dari ketinggian 600m, dia dipanggil Gunung. Bukit Kutu ialah 1053m tinggi, so confirm dia Gunung. Saya tak tahu kenapa orang panggil dia bukit, tapi baca online ramai orang tak tahu jugak. Cerita berikut cerita pasal hari tu saya naik bukit ni..

Bukit Kutu lebih kurang 1 jam dari KL, dan kalau nak sampai kat puncak sebelum tengah hari (bila cauca panas) mesti mula hike awal pagi. Geng kita jumpa kat kaki bukit pukul 6 pagi, maksudnya saya kena bangun awal! Tak biasa bangun awal macam ni, tapi masa awal pagi tu memang baik. Kalau orang bangun awal dia ada banyak masa hari tu untuk ambil semua peluang hari tu boleh bagi.

sungai kaki bukit kutu
Lintas sungai dekat kaki Bukit Kutu

Bila kita mula hike tu, saya tak tahu apa nak jangka, sebab ni kali pertama saya naik gunung kat negara ni. Captain geng kita cakap trail tu tak susah sangat, dan kita boleh naik dalam 3 jam sahaja. Kurang 5 minit lepas mula hike, kita sampai kat satu jambatan atas sungai, tapi jambatan tu rosak dan awak kena pilih- cuba lintas jambatan, atau nak lintas lalu sungai tapi basahkan kasut dan kaki. Geng kita pilih untuk lintas jambatan, dan walaupun licin sangat nasib baik orang tak jatuh. Tapi jambatan ni macam petanda apa lagi halangan ada kat hike ni, sebab kurang 10 minit lagi kita kena lintas lagi satu sungai, tapi sungai ni tak ada jambatan. Lepas tu kaki dan kasut dah basah lah tapi tak ada hal hehe.

trail bukit kutu
Trail jadi curam dan licin sikit

Untuk lagi 40minit trail tu ok sangat, dia menaik sikit dan berlumpur sikit (sebab kat sana hujan pagi tadi hari tu). Sebab itu saya fikir “Kalau trek macam ni tak susah sangat kan”. Tapi saya salah, memang salah haha. Tak lama lagi trail sampai kat tempat curam, dan kalau nak naik kena guna akar pokok macam tangga.

Bila naik trail ni, jalan tu jadi lebih sempit, dan tak lama lagi boleh muat satu orang sahaja. Kat sini ada banyak buluh jatuh atas trail, so mesti merangkak di bawah buluh tu dan jadi kotor dan berlumpur sangat. Menarik sangat, sebab pengalaman ni rasa macam trekking hutan asli hehe.

batu tedung bukit kutu
Batu Tedung besar sangat, dan tak boleh muat dalam satu gambar huhu

Tiba2 lepas keluar dari tempat buluh, ternampak satu batu besar antara pokok. Batu Tedung. Dia batu yang besar melengkung macam kepala ular tedung, dan di bawah tu macam gua. Akhirnya kita dah sampai kat Checkpoint 5 (C5) dan boleh rehat sikit kat sini. Ada berita baik bila orang lain lalu, ada cuma 40minit lagi untuk sampai kat puncak. Woohoo kita dah dekat! 😀

Kita lepak kat sana sekejap dan kumpul tenaga sementara tunggu untuk orang kat belakang group kita. Walaupun ada pelbagai orang kat group kita (orang ada pengalaman banyak hiking, dan newbies macam saya) semua nampak macam nak rehat sekejap haha 😉

Tapi kat sini ada sarang lebah kat atap batu tu. Dan saya tak tahu kenapa tapi lebah2 tu memang suka saya, saya kira lebih dari 20 lebah terbang sekeliling kepala saya dan dia duduk kat kaki saya. Takut lah mungkin dia sengat saya tapi nasib baik tak (tapi untuk seluruh hike tu, setiap kali kita berhenti ada lebah2 terbang sekeliling saya. Peliknya..)

Lepas C5 kena lalu hutan buluh lagi, dan kat sini memang susah untuk lalu sebab ada banyak pokok menghalangi trail. Bercabar sikit lah. Bila lalu jatuh banyak kali dan kasut dah kotor sangat. Trail rasa macam ambil masa lama, tapi akhirnya kita sampai dekat puncak. Dan kat sini kembaraan jadi lebih menarik..

Gambar lama dan gambar baru tempat bakar dan cerobong bukit kutu
Gambar lama dan gambar baru tempat bakar api dan cerobong Bukit Kutu

Kat puncak Bukit Kutu ada satu padang kecil, dan kat padang tu ada runtuhan rumah british. Sekarang tinggal cerobong, tangga dan tempat bakar api sahaja. Pelik gila, sebab saya tak faham macam mana orang tinggal kat rumah tu pergi rumah dia.. Dia mesti hike untuk 3 jam setiap hari ke apa? Sebab kat sana tak ada jalan raya pergi atas bukit.

Lepas saya ambil gambar  (kanan), saya rasa macam semua tenaga dah habis dan nak rehat dan makan sebelum turun gunung, tapi orang kat group kita cakap kita belum kat puncak lagi, dan ada sikit lagi kena naik untuk sampai kat puncak. Saya suruh kaki saya untuk jalan dan kita naik ke puncak.

Atas puncak tu memang cantik, sebab boleh nampak pemandangan banyak gunung, tasik dan hutan. Walaupun hari tu ada awan tebal dan jerebu sikit, pemandagannya cantik.

Naik tangga pergi atas batu, gayat gila
Naik tangga pergi atas batu, gayat gila

Kat atas puncak tu ada batu besar dengan tangga boleh naik, kat atas sana boleh ambil gambar kalau berani. Takut dan gayat gila atas batu tu sebab tinggi sangat. Saya ambil gambar sekejap lepas tu terus turun batu..

Kalau nak tengok, dekat puncak tu dia ada lagi satu runtuhan hospital, tapi kena lalu hutan. Saya rasa tak ramai orang pergi sana sebab trail tu sempit sangat dan walaupun kat puncak ada lebih dari 50 orang lain, kat runtuhan hospital tak ada orang lain. Kat sana macam seram sikit sebab ada rutuhan dalam hutan dan tak ada ramai orang, nasib baik tak nampak hantu 😀

Lepas kita makan lunch, kita mula turun. Tapi hujan baru mula, dan sebab ada ramai geng lain naik bukit hari tu trail memang licin dan curam. Mesti baik2 dan jaga2 bila turn sebab senang untuk jatuh. Sebenarnya mula2 memang tak jatuh dan baik2 banyak, tapi lepas jatuh satu ke dua kali tak kisah sangat, dan kat tempat memang curam saya cuba meluncur untuk turun. Kalau korang nak pergi sana, saya bagi nasihat, pakai kasut ada cengkaman sebab memang licin bila turun. Saya tak boleh kira berapa kali saya jatuh dan golek, dan semua orang kat geng kita jatuh (selain dari 2 orang, mungkin diaorang pakar seimbang haha)

Kita turn dalam 2.5 jam dan sampai kat sungai kat kaki bukit dan mandi kat sana, sugai tu sejuk tapi segar sangat. Lepas tu kita tunggu untuk semua geng kita sampai, sebab bila hujan geng kita dipisahkan sikit. Tapi nasib baik semua sampai kat kaki bukit selamat 😀

Statistik bila kita naik bukit kutu
Statistik bila kita naik bukit kutu

Hari tu best sangat, walaupun kaki saya berlumpur dan basah, dan esoknya otot dan kaki sakit. Bercabar tapi berbaloi 😀

Kalau korang nak pergi Bukit(Gunung) Kutu saya boleh rekomen!

Saya atas puncak Bukit Kutu
Saya atas puncak Bukit Kutu
Geng kita atas puncak Bukit Kutu
Geng kita atas puncak Bukit Kutu