Minggu lepas bulan Ramadhan dah sampai dan sekarang masa untuk pergi bazaar dan pasar Ramadhan untuk cari makanan.
Semalam (hari sabtu) saya nak pergi Bazaar Ramadhan dekat Masjid Jamek, dan dalam blog ni saya tulis pasal apa saya buat.
Satu tahun lepas saya pergi bazaar yang ni banyak kali, sebab saya suka beli makanan dan minuman kat bazaar ramadhan. Jadi saya fikir bazaar pertama saya pergi tahun ni, lepas bazaar ni pergi kawasan lain dan cari bazaar baru.
Satu benda saya suka pasal bulan ramadhan dan bazaar ramadhan ialah suasana kat sana. Saya tak boleh bagitahu, tapi saya suka sikap orang islam bulan ramadhan. Orang beli makanan dan tunggu untuk waktu magrib, lepas tu dia makan dengan kawan2 dan keluarga dia. Saya rasa macam ada komuniti, sebab semua orang islam buat bersama. Sebab itu saya pergi bazaar pukul 7, sebelum magrib bila orang dah sampai dan nak tunggu untuk buka puasa kat sana. Satu tahun lepas saya kat sana waktu buka puasa, dan nak buat sama tahun ni.
Tapi kalau buat macam tu ada satu hal, bukan hal serius tapi sikit je – ramai orang kat sana dan kena tunggu kalau nak beli benda – dan kadang2 makanan dah habis..
Hari tu saya pergi, saya memang nak cari kuih (saya ingat kuih dari sana sedapnya), dan satu tahun lepas ada satu makcik jual banyak jenis. Kuih saya memang suka ialah seri muka.
Tapi, tahun ni makcik tu tak ada, dan saya tak nampak peniaga jual kuih – mungkin stok dia dah habis, atau dia tak jual tahun ni. Saya jalan sepanjang pasar, termasuk dua2 belah tapi masih tak jumpa kuih tu. Saya rasa bagai dihiris dengan sembilu 🙁 (sekarang saya belajar perumpamaan bahasa dan nak praktis dalam blog saya)
Tak apa la, dia masih ada banyak tempat jual makanan yang sedap. Mungkin lain kali boleh cari la. Lepas saya fikir “hmm nak makan apa hari ni?”, saya pilih roti john (saya tahu, boleh beli kat pasar biasa la, tapi saya suka dan kat bazaar ni ada orang masak roti john segar – lebih sedap la. Selain dari tu dia ada banyak pilihan, tapi banyak orang dan saya mesti pilih cepat huhu)
Bila tengah jalan balik stesen masjid jamek, ada satu budak kecil jerit kat saya “Abang nak beli otak-otak ke?”. Pertama saya fikir tak apa, sebab dah cuba otak-otak satu kali tahun lepas dan tak suka. Tapi budak tu masak otak-otak segar, dan masih panas so saya beli. (nanti bila saya makan ia sedap gila, so nasib baik saya beli haha).
Sekarang dah nak magrib dan orang siap nak makan so saya nak balik rumah, tapi saya ingat dia ada satu pasar kecil disebelah HSBC (dekat stesen masjid jamek) dan nak tengok kat sana kalau dia ade kuih. Akhirnya saya jumpa kuih tu 🙂 🙂 Lepas tu saya balik rumah untuk makan dan rasa puas hati..
Satu hari nanti saya pergi kepada bazaar ramadhan lain, kat putrajaya kot? Kalau awak ada idea atau bazaar yang sangat bagus boleh tulis kat bawah dalam komen..