Makanan-makanan Terbaik Di Langkawi – Best Food In Langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂

Dalam blog post harini saya nak ceritakan tentang makanan-makanan terbaik di Langkawi (sebelum ni saya tulis blog post tentang aktiviti-aktiviti terbaik di Langkawi)

Kalau bercuti di Langkawi, bukan sekadar aktiviti terbaik dan menarik, tapi makanan pun menarik juga. Dalam masa seminggu saya berada di sana, saya cuba beberapa restoran dan cafe. Inilah pilihan saya yang korang semua “wajib cuba” semasa di Langkawi.

Tak perlu saya taip panjang sangat, bolehlah layan video terbaru saya dan Traveloka di bawah ni

Best Food in Langkawi – Traveloka Travel Guide

Kesimpulan

nasi dagang pak malau langkawiAntara semua makanan saya cuba, yang paling best bagi saya adalah Pak Malau Nasi Dagang. Nikmatnya bila makan sambil layan view sawah padi dan gunung-ganang. Terbaik boh!

 

roti canai black pepper langkawiDan lagi satu yang menarik sekali adalah “Roti Canai Black Pepper”. Satu makanan menarik dan unik. Macam kebab tapi guna roti canai. Intinya kambing dan sayur. Last sekali banjir dgn kuah black pepper, sos cili dan mayonnaise. Lain macam kan… Kalau pergi Langkawi, kena datang cuba, tapi jangan lambat, cepat sold out sini..

 

Saya pasti di Langkawi korang semua boleh layan dan nikmat makanan best, dan korang semua akan suka sangat bercuti di sana!

Dan juga jangan lupa  kalau korang semua nak cari hotel terbaik dan murah di Langkawi, pergi ke website Traveloka di sini cheap hotels

Kalau nak stay di hotel sama dengan saya stay haritu, bolehlah klik di sini Bella Vista Waterfront Langkawi

 

Meneroka makanan tradisional British versi halal di London

Antara semua post dalam blog ni, yang paling popular ialah blog tentang London, Dan juga ramai orang mesej saya tanya saya tentang London, terutamanya tentang makanan di sana..

Tahun 2017, saya balik kampung, tapi bukan semata-mata, sebenarnya saya nak buat kajian tentang “makanan tradisional british” tapi versi halal.

Jadi, untuk orang yang ada plan nak pergi ke London, dan nak cuba rasa makanan tradisional tapi versi halal.. bolehlah tengok video siri yang di bawah ni 🙂

Fish and Chips

Fish & Chips memang terkenal sebagai makanan tradisional British. Dalam episod ini, Rhys akan membongkar rahsia di sebalik proses penyediaan hidangan terkenal ini dari ikan dan ubi kentang mentah menjadi hidangan ikonik UK.

Chippy, iaitu kedai yang menghidangkan Fish & Chips di UK boleh didapati di hampir segenap pelusuk United Kingdom. Namun hati-hati, tidak semuanya menghidangkan hidangan yang halal, kerana secara asli, bater yang digunakan dicampur dengan minuman seperti arak. Mr Fish memastikan semua makanannya dijamin halal.

Jellied Eels

Jellied Eels atau dalam Bahasa Melayu, Agar-Agar Belut merupakan makanan tradisional British yang berasal sejak abad ke-18, dan terkenal di London.

Revolusi Industri merupakan kemuncak populariti makanan ini apabila Jellied Eels menjadi makanan harian orang di London. Oleh kerana keadaan Sungai Thames yang kotor dan tercemar ketika itu, banyak spesis ikan yang tidak bertahan, kecuali belut.

Jellied Eels merupakan makanan yang mudah untuk disediakan. Belut dipotong dan dimasak dalam air dan cuka, kemudian ditambah sedikit rempah seperti buah pala dan jus lemon. Oleh kerana belut merupakan makanan yang semula jadi gelatin, belut yang dimasak mengeluarkan protein, seperti kolagen dan apabila disejukkan terhasil jeli.

Pie and Chips

Pie merupakan makanan yang sudah wujud di zaman pemerintahan Rom dan Mesir Purba. Pai tiba di England seawal abad ke-12 dan merupakan antara makanan yang paling sinonim dengan masyarakat Britain.

Walaubagaimanapun, agak sukar mencari restoran yang menghidangkan pie yang halal, kerana menjadi kebiasaan pie disediakan di pub. Rhys William​ dalam pengembaraan Mat Salleh Cari Makan​ singgah ke restoran Pie Republic​ yang menyajikan makanan Tradisional British yang dijamin Halal.

British Curry

Kari memang sinonim dengan masyarakat India, tapi tahukah anda kari sudah menjadi makanan kebangsaan United Kingdom. Selain daripada peningkatan masyarakat etnik India dan Pakistan di UK, kari merupakan makanan kegamaran Queen Victoria dan sudah mula diperkenalkan kepada rakyat UK seawal abad ke-18.

Kari di UK adalah berbeza dengan kari di India mahupun di Malaysia. Ianya telah diubah suai sesuai dengan cita rasa tempatan.

Afternoon Tea

Kalau di Malaysia kita ada sesi “mengeteh”, di UK mereka panggil Afternoon Tea!

Afternoon Tea merupakan sebahagian dari budaya United Kingdom dan menjadi amalan kebanyakan di UK, dari Istana hinggalah ke rumah-rumah rakyat biasa.

Rhys William ke Kafe Muffin Man, sebuah kafe yang terkenal di London dengan pelbagai hidangan tradisional British.

Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur

Bila saya sampai Malaysia 4 tahun lepas, makanan pertama saya makan ialah “nasi lemak”.

Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi lemak paling sedap di KL. Kalau korang duduk KL, korang mesti cuba makan kat situ!

Nama kedai tu “Nasi Lemak Wanjo” bermula operasi tahun 1963, dan kira anatara satu kedai nasi lemak tertua di Kuala Lumpur. Cara dia masak nasi lemak tak berubah sejak 1963, jadi nasi lemak dia masih rasa asal. Contohnya, dia masih masak guna tong kayu. Bila saya makan sana, confirm nasi lemak paling sedap saya pernah makan.

Korang nak tahu maklumat lanjut pasal nasi lemak ni? Jom tengok video bila saya pergi sana. Tengok di bawah ni..

Saya harap korang suka video ni, kalau ada apa2 feedback bagitau je lah, sebab ni video pertama saya buat gaya macam ni.. Cuma tolong jangan kecam ya hihi