Rot Thai Steamboat & Grill – PORT BUFFET BERBALOI GILA DI KL !!!

Hey, geng cari makan! Haritu saya berpeluang pergi ke Rot Thai Steamboat & Grill yang mantap ni. Siapa sini tengah craving nak makan soup atau tom panas panas dengan grill yang sedap-sedap sebab dekat sini ada dan memang harga mampu milik dan berbaloi punya! 🌶️🥢

Rot Thai Steamboat & Grill

Masuk je Rot Thai ni, macam masuk karnival makanan Thai pun ada. Cahaya terang, suasana selesa yang boleh buat korang rasa macam kat rumah sendiri, dan staf di sini? Friendly gila, macam member-member je. 😄 Kemudahan tandas dan surau juga disediakan. Memang terbaik!

Apa lagi.. Jom makan…

Steamboat (Tom Yam)

Pertama kali, korang boleh pilih base steamboat apa yang korang nak pilih sama ada Tomyam atau Sup. Kali ni tekak saya memang teringin nak makan Tom Yam jadi saya pilih Tom Yam. Tak mengecewakan. Kena rasa dia! 🍜🎢

Grill!

Nah, ini dia acara utamanya! Korang jadi chef sendiri dengan grill meja korang. Pilih dari pelbagai jenis daging – ayam, daging lembu, makanan laut, semuanya ada! Daging-daging ni dimarinade dengan sempurna, so jangan risau sebab rasa dia memang on-point! 💃🕺

Pelbagai jenis sos

Kita nak cerita pasal pelbagai jenis sos yang ada kat sini! Dari sos cili Thai yang pedas giler sos manis pun ada, semuanya ada. Saya tak pasti nama untuk setiap sos ni tapi korang boleh je ambil semua dan rasa sendiri mana yang paling best untuk korang dip dengan grill korang masak tu! 🌟🍴

Dessert

Jangan tinggalkan ruang untuk pencuci mulut! Ada pelbagai jenis kuih tradisional, pencuci mulut yang memikat, buah-buahan yang buat korang rasa ‘sihat’ sikit lepas makan banyak, dan juga sandwich (sebab kenapa tak?). Ice cream pun ada dan semestinya > Mango sticky rice – wajib ada 😋🥭

Muka tak sabar nak makan tapi camera man suruh posing.. hihi

Kesimpulannya, Rot Thai Steamboat & Grill ni wajib korang singgah kalau korang peminat steamboat & grill. Apa taknya, menu macam ni wajib ada dalam jadual bulanan untuk chill makan dengan family atau kawan-kawan. Santai-santai je makan di sini. Tak perlu rushing. Yang penting balik dengan senang hati dan perut kenyang… 🤗🇹🇭🍽️

Lokasi:

ROT THAI STEAMBOAT & GRILL

📍Lot B-G04, G360, Jalan Makmur, Taman Sri Gombak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📍No.19.G, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 1, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

📍No 72-0 Block J , platinum walk, No 2, Jln Langkawi, Setapak, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📍G-35 , Maxim citylights, off, Jln Sentul Pasar, Taman Pelangi, 51000 sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📍1-2-1, Wisma Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

📲 Facebook: https://www.facebook.com/rotthaibuffetgombak

📲 Instagram: https://www.instagram.com/rotthaibuffet_gombak/

Misi mencari nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur

Bila saya sampai Malaysia 4 tahun lepas, makanan pertama saya makan ialah “nasi lemak”.

Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi lemak paling sedap di KL. Kalau korang duduk KL, korang mesti cuba makan kat situ!

Nama kedai tu “Nasi Lemak Wanjo” bermula operasi tahun 1963, dan kira anatara satu kedai nasi lemak tertua di Kuala Lumpur. Cara dia masak nasi lemak tak berubah sejak 1963, jadi nasi lemak dia masih rasa asal. Contohnya, dia masih masak guna tong kayu. Bila saya makan sana, confirm nasi lemak paling sedap saya pernah makan.

Korang nak tahu maklumat lanjut pasal nasi lemak ni? Jom tengok video bila saya pergi sana. Tengok di bawah ni..

Saya harap korang suka video ni, kalau ada apa2 feedback bagitau je lah, sebab ni video pertama saya buat gaya macam ni.. Cuma tolong jangan kecam ya hihi