PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN!

Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang 😋 ✅ Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Lomak Salai, Tampin, Negeri Sembilan

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! 😋

Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan … hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini 👑

Hidangan utama 👑

– Masak Lomak

– Siakap Tempoyak

Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Masak Lomak

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai🍲. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahan⚡😋🍽️

Siakap Tempoyak

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Tempoyak🥘. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! 💯 Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! 🤤

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! 🍲 Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  👍🏼Restoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! 🫱🏻‍🫲

Lokasi:

📍Lomak Salai

Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

📲 Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/

📲 Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/

📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai

Makanan Thai Luar Biasa di Singapura !!

Di Singapura pun korang boleh jumpa makanan ala Thai tau!  Baru-baru ini, saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang memang padu di Singapura ini! 😋 📍 

Restoran yang saya singgah ini ialah Restoran Lemongrass. 

Kawasan restorannya menarik dan luas, geng! 😍✅ 

Saya sempat ke Singapura semata-mata mahu mencuba beberapa menu. Memang wajib jika singgah ke Restoran Lemongrass ini! ✅

Lemongrass, Singapore

Saya tertarik dengan susunan di dalam restoran ni kerana susunannya sangat indah, selesa dan kreatif! Apabila saya sampai di sini, saya terasa seolah-olah saya berada di Thailand 👑 Semua bahan masakan yang mereka gunakan dimasak dengan sempurna, geng! Memang puas hati bila makan di sini, geng. Saya jadi rambang mata mahu pilih mana satu makanan saya mahu makan sebab terlalu banyak jenis menu yang ada!  😋

Banyak jenis menu yang ada di Lemongrass ni geng! Korang pasti tidak lapar… hehe! Saya ada pesan TIGA jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lemongrass ini 👑

Hidangan utama 👑

– Makanan Laut Ong Lai Hot Pot

– Ikan Siakap Kukus dengan sos sambal hijau

– Kari Massaman & Stik Ribeye Pad Thai bahagian rusuk

Ini adalah di antara TIGA jenis makanan yang wajib korang cuba kalau korang ada di sekitar Singapura semasa mencari restoran yang sedap. Puas hati, guys! Banyak lagi menu lain yang ada di sini, harganya berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan citarasa kita! 

Ong Lai Seafood Hot Pot

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Lemongrass ini, iaitu Makanan Laut Ong Lai Hot Pot 🍲. Walau kuahnya rasa pedas sedikit, tetapi saya masih boleh bertahan⚡ Isi lauknya pun padat. Ada banyak jenis makanan laut yang ada dalam menu ini, geng. Sotong, udang dan pelbagai lagi yang ada dalam Hot Pot ini! 🦑😋🍽️

Steamed Whole Sea Bass with Green Sauce

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Kukus dengan Sos Sambal Hijau 🥘. Mantap! Ini adalah kali pertama saya mencubanya. Ikannya segar, isi padat dan sos sambal hijaunya pun memang serasi dengan menu ini! 💯 Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati, geng! 🤤 Tidak dinafikan kalau menu ini adalah di antara yang wajib dicuba di Restoran Lemongrass ini! 

Massaman Curry and Pad Thai Ribeye

Menu ke 3️⃣, yang terakhir saya cuba ialah Kari Massaman and Stik Ribeye Pad Thai✨ Gabungan kedua-dua menu ini memang padu dan sesuai dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan Kari Massaman ini ada pelbagai jenis rasa iaitu pedas, masam dan manis. Stik Ribeye Pad Thai ini adalah kali pertama juga saya mencubanya. Rasanya memang unik, lain daripada yang lain. Istimewanya menu ini tidak terkata, geng! 👌 Untuk penggemar makanan Pad Thai, wajiblah mencuba menu ini!!🍃

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lemongrass ini. Menunya banyak dan lazat pula! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  👍🏼Restoran Lemongrass ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Makanan Thai di Singapura ini! 🫱🏻‍🫲

Lokasi:

LEMONGRASS RESTAURANT

📍476 Upper Serangoon View #02-06, Singapore 530476. 

📲 Facebook: https://www.facebook.com/lemongrassfoodie/ 

📲 Instagram: @lemongrass.foodie

📲 Website: https://qashiereats.com/Lemongrass 

Makanan-makanan Terbaik Di Langkawi – Best Food In Langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂

Dalam blog post harini saya nak ceritakan tentang makanan-makanan terbaik di Langkawi (sebelum ni saya tulis blog post tentang aktiviti-aktiviti terbaik di Langkawi)

Kalau bercuti di Langkawi, bukan sekadar aktiviti terbaik dan menarik, tapi makanan pun menarik juga. Dalam masa seminggu saya berada di sana, saya cuba beberapa restoran dan cafe. Inilah pilihan saya yang korang semua “wajib cuba” semasa di Langkawi.

Tak perlu saya taip panjang sangat, bolehlah layan video terbaru saya dan Traveloka di bawah ni

Best Food in Langkawi – Traveloka Travel Guide

Kesimpulan

nasi dagang pak malau langkawiAntara semua makanan saya cuba, yang paling best bagi saya adalah Pak Malau Nasi Dagang. Nikmatnya bila makan sambil layan view sawah padi dan gunung-ganang. Terbaik boh!

 

roti canai black pepper langkawiDan lagi satu yang menarik sekali adalah “Roti Canai Black Pepper”. Satu makanan menarik dan unik. Macam kebab tapi guna roti canai. Intinya kambing dan sayur. Last sekali banjir dgn kuah black pepper, sos cili dan mayonnaise. Lain macam kan… Kalau pergi Langkawi, kena datang cuba, tapi jangan lambat, cepat sold out sini..

 

Saya pasti di Langkawi korang semua boleh layan dan nikmat makanan best, dan korang semua akan suka sangat bercuti di sana!

Dan juga jangan lupa  kalau korang semua nak cari hotel terbaik dan murah di Langkawi, pergi ke website Traveloka di sini cheap hotels

Kalau nak stay di hotel sama dengan saya stay haritu, bolehlah klik di sini Bella Vista Waterfront Langkawi