PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN!

Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang 😋 ✅ Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Lomak Salai, Tampin, Negeri Sembilan

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! 😋

Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan … hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini 👑

Hidangan utama 👑

– Masak Lomak

– Siakap Tempoyak

Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Masak Lomak

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai🍲. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahan⚡😋🍽️

Siakap Tempoyak

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Tempoyak🥘. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! 💯 Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! 🤤

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! 🍲 Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  👍🏼Restoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! 🫱🏻‍🫲

Lokasi:

📍Lomak Salai

Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

📲 Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/

📲 Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/

📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai