Cafe Lot. 15 (Nilai) – TEMPAT PALING MANTAP NAK LARI DARI KESIBUKAN KOTA !!

Hai semua, penggemar makanan! Hari ni, saya bawak korang jalan-jalan makan kat Nilai, dan jangan risau, tak payah banyak cakap pun dah boleh faham apa pasal Cafe Lot. 15 ni best. Mari kita terjah tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan sedap ni dengan suasana yang memikat.

Cafe Lot.15, Nilai

First impression memang penting, kan? Kalau korang datang ke Cafe Lot. 15, korang akan nampak perbezaan antara jalan lama Nilai yang sibuk dengan kafe yang tenang ni. ๐Ÿ˜„ Dari luar, kedai ni nampak biasa je, tapi bila masuk dalam, korang akan disambut dengan suasana yang sangat berbeza. Ada dekorasi aesthetic yang cantik, cahaya ngam sangat (INSTAGRAMMABLE!), dan staff yang mesra. Tempat yang sesuai untuk makan dengan tenang atau bersembang dengan kawan sambil makan makanan yang sedap sedap.

Sekarang, mari kita cakap pasal benda paling penting sekali – makanan! ๐ŸŒŸ Cafe Lot. 15 ada menu yang pelbagai dan sedap giler. Tengoklah gambar-gambar makanan ni:

Burger: Sappy-go & Bowl: Spicy Butter Katsu

Bayangkan gigit Burger: Sappy-go ๐Ÿ”dengan daging yang juicy, sayur segar, dan sos rahsia yang buat korang teruja. Betul-betul best, tau! Lagi satu, diorang take makanan diorang serius, di mana dia pastikan setiap hidangan mempunyai rating minimum 7/10 dalam bahagian kelezatan! Kalau korang suka pedas, Bowl: Spicy Butter Katsu ๐Ÿ› ni pilihan terbaik. Bowl ni ada katsu yang lembut dan sos butter yang pedas. Walaupun pedas, rasa dia tetap memikat selera!

Pasta Lio lio

Untuk peminat pasta, kena cuba ni. Pasta: Lio lio ๐Ÿ ni tak kering, herby, dan memang sedap habis. Udang dekat atas dia pun fresh rasa dia! Satu lagi, sesuai sangat dengan tekak orang Nogori sebab boleh tahan โ€˜podehโ€™! hehe Hidangan ni memang buat korang craving lagi.

Strudel, Tokeru Cheesecake & Drinks

๐Ÿฐ Jangan lupa simpan ruang perut untuk pencuci mulut! Duo Strudel & Tokeru Cheesecake ni memang best gila. Strudel yang rangup bertemu dengan cheesecake yang lembut, satu gabungan yang sedap sangat. Minuman di sini juga menarik. Ini dia Strawberry Matcha, Butterbeer, Latte Panas โ˜•๐Ÿน Tak kira sama ada korang minum Strawberry Matcha yang menyegarkan, Butterbeer yang unik, atau Latte Panas yang ngam dengan lidah, pasti ada sesuatu untuk memuaskan dahaga korang.

Amboi.. Strudel nak sama besar dengan muka saya.. hihi

Secara ringkasnya, Cafe Lot. 15 bukan sahaja sebuah kafe; ia merupakan pengalaman yang meninggalkan kesan. Tempat yang sempurna untuk escape dari keadaan kesibukan bandar dan menikmati makanan yang superb! Kalau korang ke Nilai dan cari tempat makan, inilah tempatnya. Gambar-gambar boleh cerita banyak, tapi pengalaman Cafe Lot. 15 yang sebenar akan buat korang teruja. So, apa lagi? Ambil kamera dan sediakan perut yang kosong, terus ke kafe yang menarik ini! ๐Ÿ“ธ๐Ÿฝ๏ธ

๐Ÿ“ Cafe Lot.15

15, Jalan Besar Nilai, Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/lot15cafe/

๐Ÿ“ฒ Instagram: @lot.15_cafe

๐Ÿ“ฒ TikTok: https://www.tiktok.com/@lot15cafe

PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN!

Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang ๐Ÿ˜‹ โœ… Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Lomak Salai, Tampin, Negeri Sembilan

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! ๐Ÿ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan โ€ฆ hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini ๐Ÿ‘‘

Hidangan utama ๐Ÿ‘‘

– Masak Lomak

– Siakap Tempoyak

Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Masak Lomak

Menu 1๏ธโƒฃ, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai๐Ÿฒ. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahanโšก๐Ÿ˜‹๐Ÿฝ๏ธ

Siakap Tempoyak

Menu ke 2๏ธโƒฃ ini pula adalah Ikan Siakap Tempoyak๐Ÿฅ˜. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! ๐Ÿ’ฏ Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! ๐Ÿคค

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! ๐Ÿฒ Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  ๐Ÿ‘๐ŸผRestoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ

Lokasi:

๐Ÿ“Lomak Salai

Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/

๐Ÿ“ฒ TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai