Mencari “Perut Buncit” di Pulau Pinang..

Ok, nama blog saya ialah “Mat Salleh Cari Makan”, tapi dah lama sejak saya post pasal jalan2 cari makan :O.. sabar ya, post hari ni tak ada apa2 selain dari makanan 😀

Introduction

Bulan lepas saya tiba2 pergi Penang sekejap untuk jalan2 situ dan makan banyak kat situ. Ramai orang kata Penang ialah tempat “heaven” untuk orang suka makan.. termasuk orang putih pun heboh2 pasal makanan Penang.. Jadi saya pergi dan tengok.. Tapi sebab saya cuma ada satu hari kat situ, saya kena makan dan cuba semua dalam satu hari (jangan cakap abang tamak! :D) Sebab itu panggil trip ni “Misi Mencari Perut Buncit”..

Bila saya sampai kat Penang, benda yang pertama saya nak buat ialah tengok seni2 di kawasan “Heritage” kat Georgetown. Itu hanya satu benda “gaya pelancong” saya buat. Masa saya kat situ saya record video ni melalui “Facebook Live”

Breakfast

Masa saya kat Penang saya duduk dekat satu homestay di kawasan “Little India” dan tuan homestay tu bagi saya recommendation untuk satu restoran untuk makan breakfast gaya “indian”

Walaupun saya dah biasa makan roti telur, saya nak cuba roti telur kat restoran tu. Sebenarnya itu betul2 sedap, sebab dia buat roti tu fresh, jadi dia rasa “fluffy”

Yang lain ialah “Idli”. Dia sebenarnya tak rasa macam apa2 (mat salleh panggil cita rasa tu “bland”) tapi dia bagi kuah, bila makan Idli dengan kuah sekali barulah rasa sedap.

Yang satu lagi saya tak ingat nama (Update. Lepas baca komen, baru tau nama makanan tu ialah “Puri”. TQ ke yang komen 🙂 ), tapi yang lain tu sangat unik sebab dalam bentuk tu kosong macam balon. Kat restoran tu dia bagi kuah dan daal, so dengan yang “balon” tu boleh isi dengan kuah dan daal tu. Sedapnya.

Brunch

Nasi Kandar Penang

Saya rasa bersalah kalau saya pergi Penang tapi tak makan Nasi Kandar Penang. Jadi saya pergi sana untuk brunch. Sebenarnya saya ada kawan cadangkan saya cuba “Nasi Kandar Beratur” dan saya memang nak cuba situ… tapi masa sampai restoran tu dia tutup. Sebenarnya dia buka malam, tapi saya ingin nak makan nasi kandar untuk lunch.

Takpe, saya cari restoran yang lain (nasib baik banyak restoran kat Penang 😀 )  Walaupun restoran tu macam biasa nasi kandar dia sedap sangat (saya cari yang dekat je, sebab yang restoran kawan cadang tutup saya takde recommendation lain). Berbanding dengan nasi kandar saya pernah makan kat KL, serious sedap.

Bagi saya, yang benda buat itu sedap ialah cara orang situ campur kuah atas nasi. Lepas order daging dan sayur, dia letak banyak jenis kuah dari banyak jenis kari atas nasi tu. Itu yang buat nasi tu lazat. Saya rasa orang kerja sana mesti belajar apa kuah2 untuk campur, sebab saya rasa kalau saya pilih kuah untuk campur tu itu tak jadi haha.

Nasi Kandar Penang

Lunch

Nasi lemak goreng

Saya ada lagi satu kawan cadangkan saya cuba “Nasi Lemak Goreng” kat situ. Menarik tu, sebab saya suka nasi lemak dan saya pun suka nasi goreng – tapi tak pernah “combine” makanan tu. Tengok video bawah (dirakamkan melalui facebook live masa saya ada kat situ)

Inilah gambar nasi lemak goreng tu. Nampak macam nasi goreng biasa kan

Lunch 2

Hokkien Mee Soup

Satu lagi makanan dicadangkan dari kawan saya ialah “hokkien mee soup”. Saya rasa saya pernah cuba, tapi tak ingat cita rasa dia. Kali ni saya nak cuba itu lagi, tapi cara unik sikit. Kali ni saya pergi restoran “vegetarian” dan cuba kat situ. Restoran tu terletak di Gurney Plaza.

Soup tu sangat unik, sebab kuah dia rasa lain sangat. Saya tak boleh tulis pasal cita rasa dia, sebab tak pernah rasa apa2 sama macam tu. Lagipun, dalam soup tu dia letak tiga jenis mee, satu yang tebal, satu macam mee biasa dan lagi satu nipis macam bihun. Unik tapi boleh tahan. Yang benda saya tak boleh tahan ialah sambal/sos merah tu (tengok gambar bawah Pedas gila! Saya ingat saya orang boleh tahan pedas, tapi ni lain macam.. Sebab itu tak makan sambal tu 😀

Vegetarian mee soup. Yang sos merah tu pedas gila

Afternoon tea

Cendol

Setakat ni, semua saya makan ialah makanan “savoury” (savoury dalam bahasa melayu tu apa ya?) so saya rasa macam nak minum something manis. Nak cari cendol. Lagi satu, cendol ialah makanan wajib cuba di Penang, kan?

Cendol dia, simple tapi sedap

Saya jumpa satu gerai di Penang Road (Jalan Penang) dengan ramai sangat orang tengah beratur.  Bila saya tengok, rupanya ada gerai buat cendol. Pakcik tu lajunya buat cendol, sebab ramai orang tunggu. Mestila sedap kalau orang sudi beratur. Saya pun beratur.

Tak lama lagi dapat cendol tu (tengok gambar atas). Perghhhhhh sedapnya cendol tu, lain macam. Susu dia rasa segar, biji cendol pun banyak. Gula tak banyak tapi cukup. Juga ada sedikit rasa masin, bagi saya yang rasa masin tu meningkat rasa dia. Sedap beb!

Gerai tu penuh dan tak ada meja. Takpela saya makan tepi jalan je

BTW, nak tanya korang. Apa perkataan sesuai untuk cendol. Orang MAKAN cendol atau orang MINUM cendol?

 

Afternoon tea 2

Kuih di belakang Pulau

Lepas semua atas tu (ingat semua ni dalam satu hari sahaja) saya rasa saya nak pergi tempat selain dari bandar di Penang. Sebab itu saya naik kereta pergi belakang Pulau. Dekat Georgetown semua macam bandar, kalau nak cari pantai atau kampung kena pergi belakang pulau sikit.

Masa “otw” pergi belakang saya nampak satu gerai depan rumah kampung jual kuih, jadi rasa macam wajib saya berhenti kereta dan beli kuih sikit. Malangnya saya takde gambar kuih tu, sebab lepas beli kuih tu, ia terus masuk perut saya. Sorry ya 😀

Walaupun pelbagai jenis kuih (termasuk favourite saya, tak tau nama  tu tapi dia hijau) semuanya segar dan rasa fresh.

Dinner nombor 1

ABC and Laksa Penang

Sudah sampai di pantai belakang pulau dan saya rasa terkejut sangat. Takde ramai orang situ, sebab dekat bandar tu ramai orang pelancong, tapi bila sampai pantai belakang pulau tak ramai sangat. Rugi la diaorang, sebab sebenarnya Penang ada pantai2 cantik sana.

Malangnya, masa saya sampai di pantai tu tiba2 hujan 🙁 Saya tak dapat relax atas pasir tu, jadi saya duduk di satu kedai dan makan lagi 😛

Lepas ni saya buat salah. Saya order ABC (ais batu campur) dan terus makan. Tapi bila hujan dan makan ABC… tak lama lagi otak beku (brainfreeze) hahaha.. Tapi berbaloi lah sebab ABC tu sedap

Inialah ABC dia, dan punca “otak beku” saya..

ABC dah buat saya “brain freeze” jadi saya nak panaskan badan sikit. Sebab itu saya order Laksa Penang.

Kalau terus terang, saya tak beberapa suka Laksa (mohon jangan kecam ya) sebab dia rasa terlalu macam ikan. Saya cuba Laksa kali pertama 2 tahun lepas tak silap, dan sejak tu tak makan Laksa lagi. Tapi, saya kat Penang kan.. tak boleh balik KL kalau tak cuba Laksa Penang.

Sebenarnya dia OK, sebenarnya lebih dari OK. Saya suka sangat Laksa kali ni. Sebab, walaupun boleh rasa ikan dalam kuah tu, rasa tu tak terlalu kuat. Bila campur dengan bahan2 lain dan mee tu, sedap. Lepas saya habiskan tu saya rasa macam saya rugi betul 2 tahun tak makan Laksa huhu

Otak dah beku dari ABC tu, saya cuba panaskan badan dengan Laksa ni

Dinner 2

Char kway teow

Ok, sekarang saya dah rasa kenyang dan macam saya dah tambah 5kg kat berat badan saya… tapi ada lagi satu makanan saya mesti cuba sebelum pulang ke KL. Char kway teow.

Saya pernah makan kway teow goreng banyak kali. Tapi beza dengan Char kway teow dan kway teow goreng ialah cara dia masak. Kadang2 kway teow biasa macam kering sikit, tapi char kway teow saya cuba di Penang ada banyak sos, dan banyak isi juga (udang, sotong dan banyak lagi saya tak tau nama) Sos dia enak, dan mee tu rasa segar pulak. Sebab banyak sos, bila habis makan saya kena hirup sos dari pinggan saya (maaf kalau tak sopan atau tak elok)

Nampak tak, banyak sos. Enaknya

Conclusion

Kenyangnya! Saya tak boleh bayangkan saya boleh makan sebanyak tu dalam satu hari. Tapi misi sudah selesai, sebab confirm perut saya dah buncit lepas tu ?

(Kali ni saya tak dapat makan pasemboq di Penang, sebab tak jumpa hari tu. Tapi saya dah makan tu dekat Kedah – tunggu update jalan2 cari makan kat Kedah nanti 🙂 )

Satu benda saya perasan masa kat Penang. Semua makanan dari semua kedai saya cuba rasa lebih sedap sikit. Mungkin sebab Penang ada reputasi untuk “food heaven” restoran dan kedai kisah pasal makanan dia, dan usaha jaga makanan dia (pendapat saya). Mesti banyak lagi makanan dan restoran untuk cuba di Penang, dan saya harap saya boleh pergi balik ke Penang tak lama lagi dan cuba cari makanan lagi.

P.S…

Masa saya berada di Penang, situ ada “Pesta Pulau Pinang”.  Ramai kawan saya cadang saya pergi situ. Walaupun itu bukan dalam plan saya, saya singgah sekejap untuk penutup trip saya di Penang sebelum balik KL.

Inilah satu video pendek saya rakam dari “Facebook live” masa saya kat pesta tu

 

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya tolong letak komen di bawah. Terima Kasih

5 tempat-tempat wajib untuk melawat dekat London, England

Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha 🙂

Saya di Tower of London
Saya di Tower of London

Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya balik sana dan saya rindu jalan2 di Pusat Bandar London huhu)

Masa saya ada kat sana ramai kawan2 saya di Malaysia tanya saya “Apa yang best kat sana?” “Boleh bagi tips kalau nak pergi sana?” Sebab itu saya nak tulis blog ni dengan beberapa tempat saya rasa menarik di London, England. Lagi bonus di bawah saya bagi tip2 sikit kalau pergi situ 😉

Ingat blog ni cuma pendapat saya je, dan mungkin orang lain akan rekomen tempat lain. Sebenarnya, saya cuba tak cakap pasal tempat memang popular atau famous sangat sebab saya rasa korang dah tahu pasal tempat tu (contoh “Buckingham Palace”) Juga saya cuba termasuk sikit pasal tempat menarik, tapi bukan popular sangat (macam “off the tourist trail” sikit)

Pendapat saya tempat menarik di London, United Kindom

1) Sungai Thames, Jalan kaki di tepi sungai

Kalau korang ikut laluan ni korang boleh tengok 3 tempat menarik dalam satu perjalanan. Westminster, Big Ben dan London Eye. Tempat2 ni memang famous dan tempat mesti melawat di London, tapi mungkin korang tak tahu macam mana melawat tempat ni dan juga macam mana jalan kaki jalan yang menarik..

Naik tren ke stesen Westminster dan bila keluar stesen boleh nampak ‘Big Ben’ terus depan mata. Biasanya orang keluar station, ambil gambar dan balik. Tapi saya rekomen jalan2 sikit depan Big Ben dan boleh nampak beberapa tempat menarik, termasuk Houses of Parliment dan Westminster Abbey (tempat Prince William kahwin).

Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya "Big Ben" bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..
Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya “Big Ben” bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..

Lepas tu lintas jambutan Westminster (Westminster bridge) ke sebelah sungai lain. Bila tengah lintas jambutan boleh ambil gambar cantik Menara Big Ben dan London Eye.

Bila sampai di sebelah sungai lain boleh jalan kaki kanan atau kiri (kanan tak ada apa2 menarik selain dari tempat tangkap gambar Big Ben) saya rekomen pergi kiri dan jalan kaki tepi sungai ni sebab jalan ni lalu banyak tempat menarik (Embankment, South Bank, London Eye, London Aquarium dan banyak lagi). Saya memang suka jalan kaki laluan situ sebab memang cantik dan boleh lalu beberapa tempat menarik..

2) Hyde Park

Ok saya tahu, korang mungkin dah tahu pasal Hyde Park, salah satu taman paling besar di London. Biasanya bila pelawat melawat sini, diaorang masuk cepat je, tapi sebab Hyde Park besar boleh ambil banyak masa kat situ.

Saya rekomen masuk Hyde Park dari pintu pagar Kensington sebab taman dekat sini lebih cantik dan lebih aman. Juga, ingat sebab cuaca kat London tak panas sangat korang boleh jalan sekeling taman sampai puas hati sebab tak perlu risau rasa panas nanti 🙂

Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park
Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park

Bonus kalau korang datang London musim winter, korang mesti melawat “Winter Wonderland” dekat Hyde Park. Itu macam pesta ria (funfair) dan ada banyak tempat boleh makan makanan sedap dan tradisional. Kalau berani boleh buat Ice Skating kat situ jugak 😀

 

3) City of London (Pusat Bandar Lama)

Saya rasa jarang pelawat melawat tempat ni, sebab sebenarnya kat sana tak ada benda untuk buat (macam muzium) Tapi tempat ni memang menarik untuk jalan kaki sekeling.

Bagunan tua di Chancery Lane City of London
Bagunan tua di Chancery Lane City of London

Saya rekomen naik tren ke stesen “Chancery Lane” dan lepas tu jalan kaki sekeling sana.  Nama tempat ni City of London dan ada banyak bagunan tua dan cantik kat sana. Sebenarnya, City of London ialah tempat paling tua di London dan ada orang duduk di sana sejak tahun 47AD! Walaupun sekarang “The City” telah menjadi tempat kaya (orang panggil sana “Financial Capital of the World”) memang menarik sebab ada bagunan memang tua disebelah bagunan baru dan cantik, jadi nampak berbeza sangat.

Saya suka jalan2 di situ dan jalan kaki lalu lorong sebelah bagunan. Kadang2 bila jalan kaki di lorong ni tiba2 sampai di bagunan cantik haha

4) Camden

Camden ialah salah satu kawasan “hipster” sikit di London (mungkin tak banyak hipster sekarang, tapi bila saya budak Camden memang famous untuk orang hipster 😀 )

Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat
Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat

Walaupun tempat ni famous sangat, saya mesti cakap sikit pasal tempat ni dalam blog saya. Saya tak rekomen korang pergi Pasar Camden sahaja, saya rekomen korang pergi Pasar Camden dan jalan2 sikit di Bandar Camden. Terutamanya jalan di tepi sungai sana sebab ada banyak restoran dan cafe boleh lepak dan minum kopi.

Bila pergi Pasar Camden sediakan duit sikit untuk beli souvenir sebab kat situ lagi murah dari tempat2 lain di London. Juga, Pasar Camden jual banyak benda menarik tapi pelik sikit so kalau korang rasa macam “budak hipster” mungkin boleh cari hadiah menarik kat situ untuk kawan atau keluarga di Malaysia 😛

5) Canary Wharf dan Docklands
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London

Inilah contoh tempat semua bagunan baru dan cantik gila. Sebenarnya sebelum tahun 1980, situ hanya pelabuhan terbengkalai dan tak ada apa2 di sana. Tapi sejak 1980 kerajaan London buat program untuk membina bagunan baru dan tingkatkan kawasan sana.

Sebab itu sekarang kawasan Canary Wharf memang baru. Kalau korang suka tengok bagunan tinggi dan bercermin (macam Petronas Towers di KL) saya rekomen jalan2 sikit kat sana.

Kalau ada di docklands, korang boleh pergi ke “Stadium O2” dan naik “Emirates Airline” (kereta kabel) sebab bila tengah naik kereta kabel tu boleh nampak semua bagunan cantik di docklands macam Canary Wharf.

Bonus. Kalau korang melawat London di musim winter, dekat Canaray Wharf dia ada Iceskating jugak. Kalau pergi malam memang cantik.

Tip2 saya bagi kalau korang nak jalan2 di London

  • Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di pusat bandar sebab dia mahal. Lebih baik kalau tinggal dekat luar sikit (tapi yang penting dekat stesen tren underground)
  • Beli travelcard setiap hari nak pergi Pusat Bandar. Inilah nasihat yang penting, sebab kadang2 jadi mahal beli ticket untuk naik tren atau bas di London. Korang boleh beli “travelcard” ni dalam RM70 sahaja. Walaupun agak mahal, korang boleh guna travelcard ni untuk unlimited free travel (perjalanan percuma tanpa had) dalam seluruh London untuk satu hari (termasuk bas, tren, DLR [mcm monorel] dan banyak lagi) Mungkin sana ade “pas pelawat” lagi murah tapi saya tak tahu sebab asal dari sana..
  • Bawak peta tren sendiri. Di London korang boleh naik tren pergi mana2 korang nak, tapi sistem tren semakin kekeliruan (tengok link ni untuk muat turun peta tren London) dan kalau korang nak tengok peta diletak di dinding dalam stesen memang susah sebab sibuk dan ramai orang lain nak tengok juga. Tapi jangan rasa keliru , sebab kalau nak pergi tempat menarik korang boleh “potong” map ni untuk zon 1-2 sahaja macam ni. Kebanyakan tempat dalam zon 1 je. Saya rekomen korang bawak map zon 1-2 sendiri dan letak dalam beg sendiri.
  • Kalau nak beli ticket untuk masuk tempat tourist (contoh “Madame Tussauds”) lebih baik kalau beli ticket dari official website dia. Ini sebab harga lebih murah dan tak perlu queue banyak untuk masuk. Juga saya nak cakap jangan beli ticket dari orang tepi jalan sana, sebab walupun harga nampak murah banyak kali orang ni buat scam dan curi duit je. Saya rekomen beli online pilihan yang best 🙂
  • Hati2 bila jalan di sana jangan bawak semua duit dalam satu dompet dan pastikan beg tutup, terutamanya bila naik tren atau bas. Di sana ramai orang ‘pickpocket’ dan ‘scammer’. Pencuri ni suka orang nampak macam tourist sebab biasanya tourist bawak banyak duit..

Kalau ada sesiapa baca ni dan nak bagi rekomendasi atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni 🙂 Terima kasih untuk baca blog saya dan harap2 korang suka post ni..