5 tempat-tempat wajib untuk melawat dekat London, England

Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha ­čÖé

Saya di Tower of London
Saya di Tower of London

Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya balik sana dan saya rindu jalan2 di Pusat Bandar London huhu)

Masa saya ada kat sana ramai kawan2 saya di Malaysia tanya saya “Apa yang best kat sana?” “Boleh bagi tips kalau nak pergi sana?” Sebab itu saya nak tulis blog ni dengan beberapa tempat saya rasa menarik di London, England. Lagi bonus di bawah saya bagi tip2 sikit kalau pergi situ ­čśë

Ingat blog ni cuma pendapat saya je, dan mungkin orang lain akan rekomen tempat lain. Sebenarnya, saya cuba tak cakap pasal tempat memang popular atau famous sangat sebab saya rasa korang dah tahu pasal tempat tu (contoh “Buckingham Palace”) Juga saya cuba termasuk sikit pasal tempat menarik, tapi bukan popular sangat (macam “off the tourist trail” sikit)

Pendapat saya tempat menarik di London, United Kindom

1) Sungai Thames, Jalan kaki di tepi sungai

Kalau korang ikut laluan ni korang boleh tengok 3 tempat menarik dalam satu perjalanan. Westminster, Big Ben dan London Eye. Tempat2 ni memang famous dan tempat mesti melawat di London, tapi mungkin korang tak tahu macam mana melawat tempat ni dan juga macam mana jalan kaki jalan yang menarik..

Naik tren ke stesen Westminster dan bila keluar stesen boleh nampak ‘Big Ben’ terus depan mata. Biasanya orang keluar station, ambil gambar dan balik. Tapi saya rekomen jalan2 sikit depan Big Ben dan boleh nampak beberapa tempat menarik, termasuk Houses of Parliment dan Westminster Abbey (tempat Prince William kahwin).

Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya "Big Ben" bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..
Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya “Big Ben” bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..

Lepas tu lintas jambutan Westminster (Westminster bridge) ke sebelah sungai lain. Bila tengah lintas jambutan boleh ambil gambar cantik Menara Big Ben dan London Eye.

Bila sampai di sebelah sungai lain boleh jalan kaki kanan atau kiri (kanan tak ada apa2 menarik selain dari tempat tangkap gambar Big Ben) saya rekomen pergi kiri dan jalan kaki tepi sungai ni sebab jalan ni lalu banyak tempat menarik (Embankment, South Bank, London Eye, London Aquarium dan banyak lagi). Saya memang suka jalan kaki laluan situ sebab memang cantik dan boleh lalu beberapa tempat menarik..

2) Hyde Park

Ok saya tahu, korang mungkin dah tahu pasal Hyde Park, salah satu taman paling besar di London. Biasanya bila pelawat melawat sini, diaorang masuk cepat je, tapi sebab Hyde Park besar boleh ambil banyak masa kat situ.

Saya rekomen masuk Hyde Park dari pintu pagar Kensington sebab taman dekat sini lebih cantik dan lebih aman. Juga, ingat sebab cuaca kat London tak panas sangat korang boleh jalan sekeling taman sampai puas hati sebab tak perlu risau rasa panas nanti ­čÖé

Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park
Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park

Bonus kalau korang datang London musim winter, korang mesti melawat “Winter Wonderland” dekat Hyde Park. Itu macam┬ápesta ria (funfair) dan ada banyak tempat boleh makan makanan sedap dan tradisional. Kalau berani boleh buat Ice Skating┬ákat situ┬ájugak ­čśÇ

 

3) City of London (Pusat Bandar Lama)

Saya rasa jarang pelawat melawat tempat ni, sebab sebenarnya kat sana tak ada benda untuk buat (macam muzium) Tapi tempat ni memang menarik untuk jalan kaki sekeling.

Bagunan tua di Chancery Lane City of London
Bagunan tua di Chancery Lane City of London

Saya rekomen naik tren ke stesen “Chancery Lane” dan lepas tu jalan kaki sekeling sana. ┬áNama tempat ni City of London dan ada banyak bagunan tua dan cantik kat sana. Sebenarnya, City of London ialah tempat paling tua di London dan ada orang duduk di sana sejak tahun 47AD! Walaupun sekarang “The City” telah menjadi tempat kaya (orang panggil sana “Financial Capital of the World”) memang menarik sebab ada bagunan memang tua disebelah bagunan baru dan cantik, jadi┬ánampak berbeza sangat.

Saya suka jalan2 di situ dan jalan kaki lalu lorong sebelah bagunan. Kadang2 bila jalan kaki di lorong ni tiba2 sampai di bagunan cantik haha

4) Camden

Camden ialah salah satu kawasan “hipster” sikit di London (mungkin tak banyak hipster sekarang, tapi bila saya budak Camden memang famous untuk orang hipster ­čśÇ )

Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat
Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat

Walaupun tempat ni famous sangat, saya mesti cakap sikit pasal tempat ni dalam blog saya. Saya tak rekomen korang pergi Pasar Camden sahaja, saya rekomen korang pergi Pasar Camden dan jalan2 sikit di Bandar Camden. Terutamanya jalan di tepi sungai sana sebab ada banyak restoran dan cafe boleh lepak dan minum kopi.

Bila pergi Pasar Camden sediakan duit sikit untuk beli souvenir sebab kat situ lagi murah dari tempat2 lain di London. Juga, Pasar Camden jual banyak benda menarik tapi pelik sikit so kalau korang rasa macam “budak hipster” mungkin boleh cari hadiah menarik kat situ untuk kawan atau keluarga di Malaysia ­čśŤ

5) Canary Wharf dan Docklands
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London

Inilah contoh tempat semua bagunan baru dan cantik gila. Sebenarnya sebelum tahun 1980, situ hanya pelabuhan terbengkalai dan tak ada apa2 di sana. Tapi sejak 1980 kerajaan London buat program untuk membina bagunan baru dan tingkatkan kawasan sana.

Sebab itu sekarang kawasan Canary Wharf memang baru. Kalau korang suka tengok bagunan tinggi dan bercermin (macam Petronas Towers di KL) saya rekomen jalan2 sikit kat sana.

Kalau ada di docklands, korang boleh pergi ke “Stadium O2” dan naik “Emirates Airline” (kereta kabel) sebab bila tengah naik┬ákereta kabel tu boleh nampak semua bagunan cantik di docklands macam Canary Wharf.

Bonus. Kalau korang melawat London di musim winter, dekat Canaray Wharf dia ada Iceskating jugak. Kalau pergi malam memang cantik.

Tip2 saya bagi kalau korang nak jalan2 di London

  • Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di pusat bandar sebab dia mahal. Lebih baik kalau tinggal dekat luar sikit (tapi yang penting dekat stesen tren underground)
  • Beli travelcard setiap hari nak pergi Pusat Bandar. Inilah nasihat yang penting, sebab kadang2 jadi mahal beli ticket untuk naik tren atau bas di London. Korang boleh beli “travelcard” ni dalam RM70 sahaja. Walaupun agak mahal, korang boleh guna travelcard ni untuk┬áunlimited free travel (perjalanan percuma tanpa had) dalam seluruh London untuk satu hari (termasuk bas, tren, DLR [mcm monorel] dan banyak lagi) Mungkin sana ade “pas pelawat” lagi murah tapi saya tak tahu sebab asal dari sana..
  • Bawak peta tren sendiri. Di London korang boleh naik tren pergi mana2 korang nak, tapi sistem tren semakin┬ákekeliruan (tengok link┬áni untuk muat turun peta tren London) dan kalau korang nak tengok peta diletak di dinding dalam stesen memang susah sebab sibuk dan ramai orang lain nak tengok juga. Tapi jangan rasa keliru , sebab kalau nak pergi tempat menarik korang boleh “potong” map ni untuk zon 1-2 sahaja macam ni. Kebanyakan tempat dalam zon 1 je. Saya rekomen korang bawak map zon 1-2 sendiri dan letak dalam beg sendiri.
  • Kalau nak beli ticket untuk masuk tempat tourist (contoh “Madame Tussauds”) lebih baik kalau beli ticket dari official┬áwebsite dia. Ini sebab harga lebih murah dan tak perlu queue banyak untuk masuk. Juga saya nak cakap jangan beli ticket dari orang tepi jalan sana, sebab walupun harga nampak murah banyak kali orang ni buat scam dan curi duit je. Saya rekomen beli online pilihan yang best ­čÖé
  • Hati2 bila jalan di sana jangan bawak semua duit dalam satu dompet dan pastikan beg tutup, terutamanya bila naik tren atau bas. Di sana ramai orang ‘pickpocket’ dan ‘scammer’. Pencuri ni suka orang nampak macam tourist sebab biasanya tourist bawak banyak duit..

Kalau ada sesiapa baca ni dan nak bagi rekomendasi atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni ­čÖé Terima kasih untuk baca blog saya dan harap2 korang suka post ni..