Mencari “Perut Buncit” di Pulau Pinang..

Ok, nama blog saya ialah “Mat Salleh Cari Makan”, tapi dah lama sejak saya post pasal jalan2 cari makan :O.. sabar ya, post hari ni tak ada apa2 selain dari makanan 😀

Introduction

Bulan lepas saya tiba2 pergi Penang sekejap untuk jalan2 situ dan makan banyak kat situ. Ramai orang kata Penang ialah tempat “heaven” untuk orang suka makan.. termasuk orang putih pun heboh2 pasal makanan Penang.. Jadi saya pergi dan tengok.. Tapi sebab saya cuma ada satu hari kat situ, saya kena makan dan cuba semua dalam satu hari (jangan cakap abang tamak! :D) Sebab itu panggil trip ni “Misi Mencari Perut Buncit”..

Bila saya sampai kat Penang, benda yang pertama saya nak buat ialah tengok seni2 di kawasan “Heritage” kat Georgetown. Itu hanya satu benda “gaya pelancong” saya buat. Masa saya kat situ saya record video ni melalui “Facebook Live”

Breakfast

Masa saya kat Penang saya duduk dekat satu homestay di kawasan “Little India” dan tuan homestay tu bagi saya recommendation untuk satu restoran untuk makan breakfast gaya “indian”

Walaupun saya dah biasa makan roti telur, saya nak cuba roti telur kat restoran tu. Sebenarnya itu betul2 sedap, sebab dia buat roti tu fresh, jadi dia rasa “fluffy”

Yang lain ialah “Idli”. Dia sebenarnya tak rasa macam apa2 (mat salleh panggil cita rasa tu “bland”) tapi dia bagi kuah, bila makan Idli dengan kuah sekali barulah rasa sedap.

Yang satu lagi saya tak ingat nama (Update. Lepas baca komen, baru tau nama makanan tu ialah “Puri”. TQ ke yang komen 🙂 ), tapi yang lain tu sangat unik sebab dalam bentuk tu kosong macam balon. Kat restoran tu dia bagi kuah dan daal, so dengan yang “balon” tu boleh isi dengan kuah dan daal tu. Sedapnya.

Brunch

Nasi Kandar Penang

Saya rasa bersalah kalau saya pergi Penang tapi tak makan Nasi Kandar Penang. Jadi saya pergi sana untuk brunch. Sebenarnya saya ada kawan cadangkan saya cuba “Nasi Kandar Beratur” dan saya memang nak cuba situ… tapi masa sampai restoran tu dia tutup. Sebenarnya dia buka malam, tapi saya ingin nak makan nasi kandar untuk lunch.

Takpe, saya cari restoran yang lain (nasib baik banyak restoran kat Penang 😀 )  Walaupun restoran tu macam biasa nasi kandar dia sedap sangat (saya cari yang dekat je, sebab yang restoran kawan cadang tutup saya takde recommendation lain). Berbanding dengan nasi kandar saya pernah makan kat KL, serious sedap.

Bagi saya, yang benda buat itu sedap ialah cara orang situ campur kuah atas nasi. Lepas order daging dan sayur, dia letak banyak jenis kuah dari banyak jenis kari atas nasi tu. Itu yang buat nasi tu lazat. Saya rasa orang kerja sana mesti belajar apa kuah2 untuk campur, sebab saya rasa kalau saya pilih kuah untuk campur tu itu tak jadi haha.

Nasi Kandar Penang

Lunch

Nasi lemak goreng

Saya ada lagi satu kawan cadangkan saya cuba “Nasi Lemak Goreng” kat situ. Menarik tu, sebab saya suka nasi lemak dan saya pun suka nasi goreng – tapi tak pernah “combine” makanan tu. Tengok video bawah (dirakamkan melalui facebook live masa saya ada kat situ)

Inilah gambar nasi lemak goreng tu. Nampak macam nasi goreng biasa kan

Lunch 2

Hokkien Mee Soup

Satu lagi makanan dicadangkan dari kawan saya ialah “hokkien mee soup”. Saya rasa saya pernah cuba, tapi tak ingat cita rasa dia. Kali ni saya nak cuba itu lagi, tapi cara unik sikit. Kali ni saya pergi restoran “vegetarian” dan cuba kat situ. Restoran tu terletak di Gurney Plaza.

Soup tu sangat unik, sebab kuah dia rasa lain sangat. Saya tak boleh tulis pasal cita rasa dia, sebab tak pernah rasa apa2 sama macam tu. Lagipun, dalam soup tu dia letak tiga jenis mee, satu yang tebal, satu macam mee biasa dan lagi satu nipis macam bihun. Unik tapi boleh tahan. Yang benda saya tak boleh tahan ialah sambal/sos merah tu (tengok gambar bawah Pedas gila! Saya ingat saya orang boleh tahan pedas, tapi ni lain macam.. Sebab itu tak makan sambal tu 😀

Vegetarian mee soup. Yang sos merah tu pedas gila

Afternoon tea

Cendol

Setakat ni, semua saya makan ialah makanan “savoury” (savoury dalam bahasa melayu tu apa ya?) so saya rasa macam nak minum something manis. Nak cari cendol. Lagi satu, cendol ialah makanan wajib cuba di Penang, kan?

Cendol dia, simple tapi sedap

Saya jumpa satu gerai di Penang Road (Jalan Penang) dengan ramai sangat orang tengah beratur.  Bila saya tengok, rupanya ada gerai buat cendol. Pakcik tu lajunya buat cendol, sebab ramai orang tunggu. Mestila sedap kalau orang sudi beratur. Saya pun beratur.

Tak lama lagi dapat cendol tu (tengok gambar atas). Perghhhhhh sedapnya cendol tu, lain macam. Susu dia rasa segar, biji cendol pun banyak. Gula tak banyak tapi cukup. Juga ada sedikit rasa masin, bagi saya yang rasa masin tu meningkat rasa dia. Sedap beb!

Gerai tu penuh dan tak ada meja. Takpela saya makan tepi jalan je

BTW, nak tanya korang. Apa perkataan sesuai untuk cendol. Orang MAKAN cendol atau orang MINUM cendol?

 

Afternoon tea 2

Kuih di belakang Pulau

Lepas semua atas tu (ingat semua ni dalam satu hari sahaja) saya rasa saya nak pergi tempat selain dari bandar di Penang. Sebab itu saya naik kereta pergi belakang Pulau. Dekat Georgetown semua macam bandar, kalau nak cari pantai atau kampung kena pergi belakang pulau sikit.

Masa “otw” pergi belakang saya nampak satu gerai depan rumah kampung jual kuih, jadi rasa macam wajib saya berhenti kereta dan beli kuih sikit. Malangnya saya takde gambar kuih tu, sebab lepas beli kuih tu, ia terus masuk perut saya. Sorry ya 😀

Walaupun pelbagai jenis kuih (termasuk favourite saya, tak tau nama  tu tapi dia hijau) semuanya segar dan rasa fresh.

Dinner nombor 1

ABC and Laksa Penang

Sudah sampai di pantai belakang pulau dan saya rasa terkejut sangat. Takde ramai orang situ, sebab dekat bandar tu ramai orang pelancong, tapi bila sampai pantai belakang pulau tak ramai sangat. Rugi la diaorang, sebab sebenarnya Penang ada pantai2 cantik sana.

Malangnya, masa saya sampai di pantai tu tiba2 hujan 🙁 Saya tak dapat relax atas pasir tu, jadi saya duduk di satu kedai dan makan lagi 😛

Lepas ni saya buat salah. Saya order ABC (ais batu campur) dan terus makan. Tapi bila hujan dan makan ABC… tak lama lagi otak beku (brainfreeze) hahaha.. Tapi berbaloi lah sebab ABC tu sedap

Inialah ABC dia, dan punca “otak beku” saya..

ABC dah buat saya “brain freeze” jadi saya nak panaskan badan sikit. Sebab itu saya order Laksa Penang.

Kalau terus terang, saya tak beberapa suka Laksa (mohon jangan kecam ya) sebab dia rasa terlalu macam ikan. Saya cuba Laksa kali pertama 2 tahun lepas tak silap, dan sejak tu tak makan Laksa lagi. Tapi, saya kat Penang kan.. tak boleh balik KL kalau tak cuba Laksa Penang.

Sebenarnya dia OK, sebenarnya lebih dari OK. Saya suka sangat Laksa kali ni. Sebab, walaupun boleh rasa ikan dalam kuah tu, rasa tu tak terlalu kuat. Bila campur dengan bahan2 lain dan mee tu, sedap. Lepas saya habiskan tu saya rasa macam saya rugi betul 2 tahun tak makan Laksa huhu

Otak dah beku dari ABC tu, saya cuba panaskan badan dengan Laksa ni

Dinner 2

Char kway teow

Ok, sekarang saya dah rasa kenyang dan macam saya dah tambah 5kg kat berat badan saya… tapi ada lagi satu makanan saya mesti cuba sebelum pulang ke KL. Char kway teow.

Saya pernah makan kway teow goreng banyak kali. Tapi beza dengan Char kway teow dan kway teow goreng ialah cara dia masak. Kadang2 kway teow biasa macam kering sikit, tapi char kway teow saya cuba di Penang ada banyak sos, dan banyak isi juga (udang, sotong dan banyak lagi saya tak tau nama) Sos dia enak, dan mee tu rasa segar pulak. Sebab banyak sos, bila habis makan saya kena hirup sos dari pinggan saya (maaf kalau tak sopan atau tak elok)

Nampak tak, banyak sos. Enaknya

Conclusion

Kenyangnya! Saya tak boleh bayangkan saya boleh makan sebanyak tu dalam satu hari. Tapi misi sudah selesai, sebab confirm perut saya dah buncit lepas tu ?

(Kali ni saya tak dapat makan pasemboq di Penang, sebab tak jumpa hari tu. Tapi saya dah makan tu dekat Kedah – tunggu update jalan2 cari makan kat Kedah nanti 🙂 )

Satu benda saya perasan masa kat Penang. Semua makanan dari semua kedai saya cuba rasa lebih sedap sikit. Mungkin sebab Penang ada reputasi untuk “food heaven” restoran dan kedai kisah pasal makanan dia, dan usaha jaga makanan dia (pendapat saya). Mesti banyak lagi makanan dan restoran untuk cuba di Penang, dan saya harap saya boleh pergi balik ke Penang tak lama lagi dan cuba cari makanan lagi.

P.S…

Masa saya berada di Penang, situ ada “Pesta Pulau Pinang”.  Ramai kawan saya cadang saya pergi situ. Walaupun itu bukan dalam plan saya, saya singgah sekejap untuk penutup trip saya di Penang sebelum balik KL.

Inilah satu video pendek saya rakam dari “Facebook live” masa saya kat pesta tu

 

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya tolong letak komen di bawah. Terima Kasih

Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

Akhirnya, bahagian 3 dah sampai. Maafkan saya, sebab sebenarnya asalnya blog ni ialah Vlog, tapi saya baru belajar bahasa melayu masa tu dan rasa malu bila tengok Vlog tu. Jadi saya x publish dan biar bahagain tu.

Tapi sekarang, walaupun Roadtrip ni saya buat Disember 2013, dan bahagain 1 dan 2 saya tulis Disember 2014, bahgian 3 dah siap. Kat UK kita ade frasa “better late than never” (“lebih baik lewat, berbanding dengan yang tidak sampai” kan?)

Jom. Mula blog ni

Alor Setar

Lepas saya cari hotel kat Alor Setar, saya nak rehat sikit sebelum sambung roadtrip saya. Hari ni hari ke-empat, dan setiap hari pandu antara 6-10jam. Penat gila lah.

So pagi ni, saya meneroka bandar Alor Setar. Pergi Menara dia, pergi ke Kuala Kedah dan pandu sebelah pantai. Saya suka tempat tu sebab memang tanah rata, ade padi sepanjang boleh tengok dan dia hijau sangat. Confirm cantik. Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah:

Padi dekat Alor Setar, Kedah

Perlis

Lepas Alor Setar, saya pergi utara ke Perlis. Perlis ialah negeri yang paling kecil kat Malaysia kan? Dia rasa macam tu, sebab rasa macam tak ade ramai orang. Negeri kecil sangat, saya rasa macam baru-baru masuk negeri, tapi dah kat sempadan Thai 🙂

Bila dekat sempadan, saya nak pergi Thailand kejap, tapi tak boleh pandu kereta tu, sebab dia kereta sewa. Kat sana ade satu pakcik dengan taxi, dia kata dia boleh bawa saya per Pusat Membeli-belah kat Thailand untuk RM50 je. Tapi saya risau, RM50 pergi sana – berapa kalau nak balik? Biasanya orang dari UK risau banyak pasal benda macam ni, tak nak orang cekik darah kita lah 🙁

Dan, saya kena sampai Penang malam ni! Ade juah lagi!

*Nasib baik saya tak pergi Thailand, sebab hari tu dia ade 2 bom dekat sempadan kat Thailand, memang dekat Padang Besar… 

On the way dari Padang Besar kepada Kedah, saya nampak tanda untuk Gua Kelam. Saya tak pernah pergi Gua, jadi saya rasa “Ok, jom tengok Gua ni sekejap”.

Sebenarnya, kalau nak pergi Gua Kelam, kena lalu Taman Negara Wang Kelian. Taman tu cantik sangat, ade banyak Bukit/Gunung dan jalan raya lalu semua. Dan lagi, saya naik jalan salah dan sesat kat sana.

Chop sekejap. Saya nak bagitahu cerita ni kejap. Cerita ni pelik dan takut sikit. Saya sesat sangat dan tanya orang kat tepi jalan macam mana pergi Gua Kelam. Dia kata, “pergi terus, lepas tu kanan, lepas tu terus awak sampai kat Gua”

Tapi lepas saya pergi kanan, jalan tu jadi jalan kampung. Dan jalan tu jadi lebih sempit. Lepas 10 minit, saya pandu lalu jalan tanah dan hutan.

Saya fikir “Apa ni lah, ni tak jalan pergi  ke Gua Kelam kan”

Lepas ni, nak pusing balik. Tapi, jalan sempit sangat. Dan kereta tersangkut. Aduh….

Sesat kat Wang Kelian
Sesat kat Wang Kelian

 

Saya kelaur kereta nak ambil gambar.. tapi rasa macam tempat tu tak selamat sangat. Kita memang dekat sempadan Thailand, tak ade orang lain dan ade gunung dan bukit kat sebelah. Yang ni pertama kali saya rasa takut sikit kat negara ni. Saya kat ‘middle of nowhere’…

*Tapi benda yang palik takut ialah benda yang ni. Awal tahun 2015, berita Malaysia dan Antarabangsa dilaporkan kat Wang Kelian tu dia ade ‘kem penyeludupan manusia’ dan ramai orang meninngal dunia kat sana. Tempat kem tu kurang 500 meter dari tempat kereta saya tersangkut. Rasa macam gigil lah :O Mungkin sebab itu saya rasa tak selesa bila keluar kereta kat sana..*

Lepas kereta belum tersangkut, saya balik ke jalan utama dan pandu balik ke jalan raya. Lepas 15 minit baru nampak tanda ‘Gua Kelam’ 🙂

Gua Kelam Perlis
Masuk ke Gua Kelam ‘The Cave of Darkness’

Gua Kelam ialah tempat yang menarik, dan saya suka tempat tu. Apa yang menarik ialah lepas masuk gua tu, lepas jalan untuk 10 minit sampai kat sebelah lain bukit – dan kat sana ada taman. Ade kolam, ade kerusi, ada sungai, pun ade orang tengah buat piknik kat sana. Tapi kena lalu gua yang gelap dan kelam untuk sampai sana. Macam taman tu ‘Secret Garden’. Kelakar lah haha

Lepas Gua Kelam saya terus pandu kepada Penang. Berhenti sekejap kat satu tempat tepi jalan. Tempat tu memang cantik, ada tasik yang besar dan gunung kat belakang tu. Saya tak sempat ambil gambar, tapi saya boleh ingat pemandangan tu untuk selamanya.

Saya rasa bahagian ni dah panjang, dan ada banyak cerita. Saya boleh teruskan cerita Roadtrip saya dalam bahagian 4.

Saya nak mengaku. Saya memang suka negeri Perlis. Negeri tu ialah negeri hijau, ada banyak hutan, padang, pokok dan benda lain hijau.  Rasa macam alam kat sana. Dan lagi, kat sana senyup. Saya memang suka negeri tu dan saya harap saya boleh balik sana satu hari nanti, tengoklah mungkin satu hari nanti saya cuba duduk kat sana…

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Cover image dari Marufish – Flikr