Rhys William “hilang” accent British.. biar betul?

Sebelum saya jadi “mat salleh cari makan” saya “london boy kurus jambu”🤣

Orang tanya “Rhys accent London you dah hilang ke?” Inilah buktinya… accent memang hilang dah 😅

Video dari tahun 2010 bila saya masuk dokumentari BBC masa saya tengah belajar dan kerja part-time. Masa tu saya baru umur 18 tahun…

Sekarang suara saya tak bunyi macam tu lagi kot 🤣😅

Faham tak apa saya cakap dalam video kat bawah tu?

The Fireflyz | Akan Datang..

Malaysia…England. Dua negara di mana cinta terhadap permainan bolasepak tiada tolok bandingnya

Apa terjadi bila kedua negara ini bergabung bersama?…. memperkenalkan “The Fireflyz”.

Sebuah filem yang menceritakan perjalanan dua orang guru, Cikgu Adam dan Cikgu Rhys melatih sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah pedalaman. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan berhadapan dengan pelbagai cabaran – Cikgu Adam dan Cikgu Rhys berjaya membentuk sebuah pasukan bolasepak yang dinamakan sebagai The Fireflyz.

Akan datang 2021

#Fireflyz #TheFireflyz

Throwback Teruk Dari Tahun 2015… Rhys William Cuba Masak Sambal Petai…

Cepat betul masa berlalu. Rupanya 5 tahun lepas Rhys dah buat video masak-masak kat YouTube ? Tapi tengoklah video tu macam mana haha

Pada tahun 2015 Rhys baru belajar Bahasa Melayu dan baru mula menulis dalam blog dan buat video sikit-sikit. Masa tu ada cuba buat satu video di mana Rhys masak “Sambal Petai Udang”…

Terhibur bila Rhys tengok balik sebab nampak banyak pebezaan, bukan sahaja dari sudut Bahasa Melayu (masa tu Rhys cakap pelat sangat hahaha) tapi juga dari sudut saiz badan juga – jauhnya beza dengan sekarang!

Rhys ingat masa tu selepas publish video, Rhys terus “hide-kan” video sebab rasa segan sangat tengok balik, 5 tahun kemudian baru Rhys rasa berani nak tunjuk…

Kena ingat, tahun 2015 ni Rhys belum buat video lagi dan belum betul-betul belajar Bahasa Melayu ?

Rhys harap korang semua terhibur tengok ?