Tempat Makan Menarik di Alor Setar

Berakhir sudah short trip 🚗 saya ke Alor Setar, Kedah. Nak tahu tak saya makan dekat mana lagi di sana? 🤔 Boleh save awal-awal info ni untuk kegunaan korang ke sana nanti 📲

Jom kita start 👇🏻

1. 📍 Petronas Tg Bendahara

Tempat WAJIB Rhys akan pergi untuk cari sarapan adalah di 📍Petronas Jln Tg Bendahara 💯 Ada banyak sangat option sarapan di sini dari kuih-kuih ke makanan berat. 🙌🏻\

2.📍 Kafe Adik Abang

Dekat sini, SEMUA lauk ada. Haa… Saya berani cakap macam tu sebab ada banyak sangat pilihan lauk. Port nasi berlauk yang memang wajib pergi. Tapi, bagi saya yang istimewa dekat sini adalah Gulai Batang Pisang 💯

3. 📍Iman Koeyteow Kerang

Koeyteow dekat sini memang berhantu. Asyik teringat-ingat je walaupon saya dah balik. Apa taknya, owner sendiri yang masak tau. Tapi, kali ni saya cuba pula Keoyteow Udang Besar 🍤 Tetap padu 👍

4. 📍Nasi Kandar Yasmeen

Nasi Kandar ni one of my favourites. 🤤 Layan betul tau.. Bau nasi tu pon dah menaikkan selera. Yang paling penting, kena ambil ayam goreng tu. Panas-panas dengan crispy lagi.. fuhhh

Bakar Akok Dengan Sabut Kelapa

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kepelbagaian kuih muih yang sangat enak. Antara kuih yang terkenal di Kelantan adalah kuih akok. Ramuannya sama sahaja dengan bahulu, yang berbeza adalah nisbah antara ramuan tersebut sahaja.

Akok merupakan sejenis kuih yang berasaskan telur, santan dan tepung. Dibancuh bersama gula melaka dan daun pandan, akok dimasak secara tradisonal menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.

Sedia maklum, kepelbagaian hidangan tradisional orang Melayu sememangnya bertunjangkan tumbuhan pokok kelapa. Menggunakan santan sebagai ramuan utama, sabut biji kelapa tersebut dijadikan pula bahan bakar. Tiada pembaziran dalam proses memasak kuih akok ini.

Saya ke gerai kuih Kak Nab, yang terletak berhadapan stesen minyak Petron, Kampung Kepulau, Tumpat untuk mempelajari proses pembuatan kuih akok.

Kawe nok make nasi kerabu…

Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi kerabu sangat sedap di KL. Saya juga cuba “kecek kelate” (cakap loghat Kelantan)

Antara nasi kerabu saya pernah makan, yang ni salah satu paling sedap. Saya suka kedai ni sebab dia masih dimasak secara asal dan tradisional. Yang penting, untuk jadikan nasi warna “biru” dia tak guna perwarna, dia masih guna “bunga telang”

Korang nak tahu maklumat lanjut pasal nasi kerabu ni, dan tengok saya kecek kelate? Jom tengok video! Tengok di bawah ni..

p.s. Juga ada guest appearance dari seorang “minah salleh” boleh cakap bahasa melayu!