Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan…
Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
2 tahun lepas, bila saya buat “Roadtrip” sekeling Semanjung Malaysia saya lalu Terengganu untuk satu hari je. Walaupun masa tu saya lalu musim hujan, saya rasa macam nak balik Terengganu satu hari nanti..
Akhirnya, lepas 2 tahun saya lawat Terengganu lagi 🙂 Sebab saya baru balik dari 3H2M camping di Pulau Kapas, Terengganu dengan geng hiking saya. Dalam blog post ni saya akan kongsi cerita dan pengalaman saya kat sana.
Kita naik bas dari Selayang pkl 2 pagi, dan sampai Marang, Terengganu dalam pkl 8 pagi. Nasib baik kita sampai Marang awal sikit, sebab kat sana ada pasar pagi baru buka 😛 Saya beli nasi dagang dan kuih dari pasar tu untuk sarapan. Kuah nasi dagang tu sedap sangat.
Pkl 9 pagi ferry kami sampai dan kita naik ferry ke Pulau Kapas, perjalanan cuma 30-45minit je, sebab Pulau Kapas tak jauh dari Marang.
Kita buat khemah kat LongSha Campsite, tepi pantai. Walaupun kalau buat khemah kira “basic” sikit (bukan “luxury” macam chalet) saya lebih suka khemah sebab rasa lebih “natural”. Saya pasang hammock antara dua pokok kelapa. Bestnya tidur dalam hammock tepi pantai!
Petang tu kita pergi hiking ke Berakit, disebalik pulau. Trek tu tak susah sangat, dan kita sampai dalam 45 minit. Kat sebalik pulau tak ada pasir, semua batu dan nampak cantik sangat. Kita lepak kat sini sikit dan beberapa orang berani terjun dari batu ke air. Saya rekomen kalau korang pergi Pulau Kapas, buat trekking ni sebab cantik sangat kat Berakit tu, tapi pastikan pakai kasut betul dan bawak air lebih (walaupun trekking x susah, jalan teruk sikit)
Malam ni kita buat BBQ dan main karok bersama (saya tak berani untuk nyani huhu, dengar je)
Lepas kita masak nasi lemak untuk sarapan, kita pergi snorkling kat pantai lain (kita naik bot ke sana). Walaupun tempat kita buat snorkling x cantik sgt (saya rasa coral kat Pulau Tioman lagi cantik) kita nampak banyak ikan “Nemo”.
Petang ni “free time” untuk buat aktiviti sendiri, sebenarnya saya tidur sikit petang tu sebab rasa penat sikit. Lepas tu beberapa orang (termasuk saya) meneroka pulau sikit, sementara semua orang lain lepak kat kedai minum dekat jeti.
Malam ni kita lepak dan main kad. Kita juga jumpa “Mat Dan”, yang mat salleh famous sebab boleh cakap loghat Terengganu. Mat Dan tinggal kat Pulau Kapas 6 tahun tak silap. Saya dan Mat Dan sembang sikit dalam bahasa melayu, tapi itu rasa pelik sikit haha
Nanti malam ni, kita ada surprise untuk orang lahir bulan ni (bulan Mac) Itu termasuk saya, dan semua orang lain baling kek dan tepung kat kami. Ni kali kedua saya kena surprise macam ni masa birthday saya, tak tahu kalau biasa untuk kena org dengan tepung masa birthday dia, atau mungkin kawan2 saya di malaysia jahat sikit haha 🙂 😉
Sebenarnya, ada gambar saya lepas kena tepung, tapi saya nampak macam zombie sikit jadi tak nak post kat sini..
Masa saya bangun hari ni, saya rasa sedih sikit sebab ni hari terakhir dan nanti kita balik KL. Hari ni kita cuma kemas barang dari campsite, lepas tu buat Majlis Penutup.
Masa kita naik bas, kita berhenti untuk makan kat tepi pantai dekat bandar Marang. Kat sana saya cuba makan makanan tradisi dari sana, termasuk Satar (macam otak-otak) dan Akok (satu jenis kuih) Serius sedap!
Juga kita berhenti dekat kedai jual keropok. Orang kata kalau lawat Terengganu wajib untuk beli keropok dan bawak balik ke KL 🙂
Trip ni memang ohsem dan hanya boleh jadi sebab Geng Trekkers Ohsem (geng hiking saya). Diaorang memang ohsem jugak dan saya nak ucapkan terima kasih kat diaorang untuk trip ni, termasuk makanan sedap dan gambar lawa 😀 Yang best sebab ada ramai orang baru join kami trip ni, dan walaupun tak kenal hari pertama sejak kita balik rasa macam dah lama kenal.
Kalau nak tengok gambar lagi dari sana, saya letak beberapa gambar bawah ni. Saya tak punya gambar ni, sebab dia ditangkap dari orang lain.
Kalau korang akan pergi Pulau Kapas, saya boleh rekomen pergi ke Campsite LongSha. Kalau nak tanya saya apa2 pasal sana boleh mesej saya 🙂
Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha 🙂
Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya balik sana dan saya rindu jalan2 di Pusat Bandar London huhu)
Masa saya ada kat sana ramai kawan2 saya di Malaysia tanya saya “Apa yang best kat sana?” “Boleh bagi tips kalau nak pergi sana?” Sebab itu saya nak tulis blog ni dengan beberapa tempat saya rasa menarik di London, England. Lagi bonus di bawah saya bagi tip2 sikit kalau pergi situ 😉
Ingat blog ni cuma pendapat saya je, dan mungkin orang lain akan rekomen tempat lain. Sebenarnya, saya cuba tak cakap pasal tempat memang popular atau famous sangat sebab saya rasa korang dah tahu pasal tempat tu (contoh “Buckingham Palace”) Juga saya cuba termasuk sikit pasal tempat menarik, tapi bukan popular sangat (macam “off the tourist trail” sikit)
Kalau korang ikut laluan ni korang boleh tengok 3 tempat menarik dalam satu perjalanan. Westminster, Big Ben dan London Eye. Tempat2 ni memang famous dan tempat mesti melawat di London, tapi mungkin korang tak tahu macam mana melawat tempat ni dan juga macam mana jalan kaki jalan yang menarik..
Naik tren ke stesen Westminster dan bila keluar stesen boleh nampak ‘Big Ben’ terus depan mata. Biasanya orang keluar station, ambil gambar dan balik. Tapi saya rekomen jalan2 sikit depan Big Ben dan boleh nampak beberapa tempat menarik, termasuk Houses of Parliment dan Westminster Abbey (tempat Prince William kahwin).
Lepas tu lintas jambutan Westminster (Westminster bridge) ke sebelah sungai lain. Bila tengah lintas jambutan boleh ambil gambar cantik Menara Big Ben dan London Eye.
Bila sampai di sebelah sungai lain boleh jalan kaki kanan atau kiri (kanan tak ada apa2 menarik selain dari tempat tangkap gambar Big Ben) saya rekomen pergi kiri dan jalan kaki tepi sungai ni sebab jalan ni lalu banyak tempat menarik (Embankment, South Bank, London Eye, London Aquarium dan banyak lagi). Saya memang suka jalan kaki laluan situ sebab memang cantik dan boleh lalu beberapa tempat menarik..
Ok saya tahu, korang mungkin dah tahu pasal Hyde Park, salah satu taman paling besar di London. Biasanya bila pelawat melawat sini, diaorang masuk cepat je, tapi sebab Hyde Park besar boleh ambil banyak masa kat situ.
Saya rekomen masuk Hyde Park dari pintu pagar Kensington sebab taman dekat sini lebih cantik dan lebih aman. Juga, ingat sebab cuaca kat London tak panas sangat korang boleh jalan sekeling taman sampai puas hati sebab tak perlu risau rasa panas nanti 🙂
Bonus kalau korang datang London musim winter, korang mesti melawat “Winter Wonderland” dekat Hyde Park. Itu macam pesta ria (funfair) dan ada banyak tempat boleh makan makanan sedap dan tradisional. Kalau berani boleh buat Ice Skating kat situ jugak 😀
Saya rasa jarang pelawat melawat tempat ni, sebab sebenarnya kat sana tak ada benda untuk buat (macam muzium) Tapi tempat ni memang menarik untuk jalan kaki sekeling.
Saya rekomen naik tren ke stesen “Chancery Lane” dan lepas tu jalan kaki sekeling sana. Nama tempat ni City of London dan ada banyak bagunan tua dan cantik kat sana. Sebenarnya, City of London ialah tempat paling tua di London dan ada orang duduk di sana sejak tahun 47AD! Walaupun sekarang “The City” telah menjadi tempat kaya (orang panggil sana “Financial Capital of the World”) memang menarik sebab ada bagunan memang tua disebelah bagunan baru dan cantik, jadi nampak berbeza sangat.
Saya suka jalan2 di situ dan jalan kaki lalu lorong sebelah bagunan. Kadang2 bila jalan kaki di lorong ni tiba2 sampai di bagunan cantik haha
Camden ialah salah satu kawasan “hipster” sikit di London (mungkin tak banyak hipster sekarang, tapi bila saya budak Camden memang famous untuk orang hipster 😀 )
Walaupun tempat ni famous sangat, saya mesti cakap sikit pasal tempat ni dalam blog saya. Saya tak rekomen korang pergi Pasar Camden sahaja, saya rekomen korang pergi Pasar Camden dan jalan2 sikit di Bandar Camden. Terutamanya jalan di tepi sungai sana sebab ada banyak restoran dan cafe boleh lepak dan minum kopi.
Bila pergi Pasar Camden sediakan duit sikit untuk beli souvenir sebab kat situ lagi murah dari tempat2 lain di London. Juga, Pasar Camden jual banyak benda menarik tapi pelik sikit so kalau korang rasa macam “budak hipster” mungkin boleh cari hadiah menarik kat situ untuk kawan atau keluarga di Malaysia 😛
Inilah contoh tempat semua bagunan baru dan cantik gila. Sebenarnya sebelum tahun 1980, situ hanya pelabuhan terbengkalai dan tak ada apa2 di sana. Tapi sejak 1980 kerajaan London buat program untuk membina bagunan baru dan tingkatkan kawasan sana.
Sebab itu sekarang kawasan Canary Wharf memang baru. Kalau korang suka tengok bagunan tinggi dan bercermin (macam Petronas Towers di KL) saya rekomen jalan2 sikit kat sana.
Kalau ada di docklands, korang boleh pergi ke “Stadium O2” dan naik “Emirates Airline” (kereta kabel) sebab bila tengah naik kereta kabel tu boleh nampak semua bagunan cantik di docklands macam Canary Wharf.
Bonus. Kalau korang melawat London di musim winter, dekat Canaray Wharf dia ada Iceskating jugak. Kalau pergi malam memang cantik.
Kalau ada sesiapa baca ni dan nak bagi rekomendasi atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni 🙂 Terima kasih untuk baca blog saya dan harap2 korang suka post ni..