Dalam blog post ni saya nak cakap pasal bila saya pergi ke Kuching, Sarawak bulan Mei 2015. Saya nak bagitahu pasal apa2 saya buat kat sana dan bagi idea kalau awak nak pergi. Ingat, blog ni opinion saya je dan saya rekomen awak buat research sendiri sebelum pergi 🙂 Kalau ade komen boleh letak kat bawah..
Blog yang ni ada sesetengah bahagian:
1 – Jalan-jalan dan apa2 saya rekomen awak mesti tengok kat Kuching
2 – Makanan dan minuman sedap
3 – Macam mana pergi tempat kat kuching (bas, teksi ke motor)
Jalan-Jalan
Saya kat Kuching 3 hari je la, so tak ada masa untuk tengok semua tempat, tapi tempat yang berikut tempat saya rekomen, kalau awak ada masa lebih banyak bila pergi boleh pergi tempat lain juga 🙂
Kuching Waterfront
Tempat ni dekat pusat bandar, dan saya rekomen awak pergi petang/malam hujung minggu. Kat sana hujung minggu ada orang main muzik ‘live’, ada banyak tempat makan dan suasana rasa bagus. Kalau awak tak kisha jalan jauh, boleh jalan lalu jalan tepi sungai cantik. Kalau ada masa lagi, boleh naik sampan ke seberang sungai (kat sana ada kampung melayu, banyak kedai jual kek lapis) Ingat, harga naik sampan biasanya 40sen-1ringgit seorang, tapi kalau orang punya bot tahu awak bukan orang Sarawak dia nak caj harga mahal (kalau orang putih betul dia caj harga mahal) jadi saya fikir awak kena tanya harga dulu. Kalau nak lepak kat waterfront pergi ke tempat jual minuman kat sana.
Pasar Malam Siniawan
Tempat ni jauh sikit, dan ada hari sabtu malam dan hari ahad malam sahaja. Pasar ni macam pasar orang cina jual makanan. Tapi, pasar ni dekat kampung cina tradisonal, so ada bagunan dan rumah tua. Cantik, tapi jauh dari pusat bandar. Jalan tu jalan hutan (rasa macam ada hantu) dan kalau naik motor (macam saya) rasa bahaya sikit. Saya fikir kalau ada masa boleh pergi pasar ni, kalau tak ada masa tak apa la
Kampung Budaya Sarawak
Ok, tempat ni saya memang rekomen la. Jauh sikit dari pusat bandar, tapi perjalanan ke sana cantik (lalu kampung, padi dan paya). Kata sana kena bayar RM60 kalau nak masuk tapi saya rasa memang ‘worth it’ la. Kat sana dia ada rumah tradisional untuk setiap bangsa kat Sarawak (Ada rumah cina, rumah melayu, rumah melanau, rumah orang ulu, rumah iban, rumah penan, rumah bidayu macam2) Apa yang paling interesting pasal tempat ni ialah dia ada banyak makulmat pasal orang asal dan tradisi mereka. Bila kat sana saya faham idea ‘1Malaysia’ – ramai bangsa dalam satu negara. Kalau awak nak boleh tengok rumah dia, tanya dia soalan, cuba makanan tradisi orang asal dan banyak lagi. Tapi ingat, pergi pagi atau petang sebab panas gila kat sana (dan rumah tradisi tak ada aircon haha)
Semenggoh Wildlife Center
Ni pun jauh sikit dari pusat bandar Kuching (saya tahu, semua tempat jauh sikit!). Kalau awak nak tengok Orangutan dan haiwan lain ni bagus – kalau awak tak kisah tengok orang utan mungkin tempat ni tak idea bagus.. Kat sana dia ada 27 orangutan ‘semi-wild’ (maksud bukan macam zoo, tapi dia bukan 100% asal dari hutan). Hari2 pagi (pukul 9) dan petang (pukul 3) dia letak buah untuk orangutan dan kalau orangutan datang boleh tengok dia dan ambil gambar. Tapi ada satu masalah.. kadang2 kat Sarawak musim buah dan orangutan tak nak datang center tu sebab dia dah makan buah lain. Bila saya pergi (bulan 5) musim buah, so orang kat sana kat mukin orangutan tak datang. Lepas satu jam tunggu kat hutan (ada banyak nyamuk dan panas..) orangutan tak sampai 🙁 Orang guide tu kata kena keluar dan cuba petang atau hari depan. Nasib baik, sebelum kita keluar taman (saya nak minum sekejap sebelum naik motor) orang tu kata ‘ada orangutan, ada orangutan’ so kita lari balik dalam hutan untuk tengok. Ada satu orangutan je, tapi memang baik untuk tengok dia. Untuk berberapa orang kat sana (orang westerner/backpacker) ni ‘once in a lifetime experience’ la 🙂
Taman Negara Bako
Teka apa.. Tempat ni jauh dari pusat bandar juga tapi pon ‘worth it’ kalau ada masa. Bila sampai kat sana,orang kata tak boleh masuk taman negara sendiri. Saya fikir “eh apa ni la, kenapa tak boleh masuk taman negara”. Dia kata kena naik bot, sebab taman negara tu tak ada jalan raya. Ok tak ada masalah, tapi kena bayar lebih (untuk orang bukan warganegara malaysia harga RM20 masuk taman negara, RM20 seorang pergi, RM20 seorang balik – bukan mahal tapi saya tak tahu pasal harga sebelum sampai – nasib baik bawa duit cukup 😛 ) Perjalanan bot cantik, dan taman negara tu cantik sangat. Saya pergi sana sebab nak tengok Monyet Belanda, tapi saya naik bot pukul 2, dan taman tu tutup pukul 4 (bot terakhir pukul 4) so tak ada masa untuk cari Monyet Belanda. Kat sana dia ade banyak jalan hutan untuk trekking, yang jalan pendek boleh buat kurang satu jam, jalan yang panjang satu hari tak cukup. Saya rasa kalau ada 2 hari 2 malam kat sana (boleh sewa pondok atau buat kem untuk tidur) memang bagus dan boleh buat trekking, tengok monyet, pergi air terjun, lepak kat pantai – ada banyak benda relaks. Saya pergi trekking sekejap je (1 jam je) untuk tengok hutan, lepas tu naik bot ke jeti pukul 4.
Muzium Kucing (Haiwan kucing, bukan bandar Kuching)
Kalau awak suka kucing, dan nak belajar lagi pasal kucing dan nak tengok banyak lukisan dan patung kucing pergi la. Kalau awak tak kisah pasal kucing, atau tak suka kucing jangan pergi. Yang tu cukup pasal tempat ni.. serious la.. interesting, tapi bosan sikit untuk saya.
Makanan dan Minuman
Orang selalu kata ‘makanan kat Kuching sedap’, jadi saya tak boleh pergi tanpa cuba makanan tu 🙂 Berikut yang makanan dan minuman saya cuba, dan tempat saya boleh rekomen untuk makan dan minum.
Laksa Sarawak
Jadi, laksa ada kat semua negeri (biasanya saya tak suka laksa) tapi Laksa Sarawak rasa lain sikit dan saya suka. Saya tak boleh bagitahu perisa, tapi sedap. Kat Kuching, makanan laut murah so dalam laksa tu dia bagi banyak udang (5 dan atas) (kat mamak dekat rumah saya dia bagi satu je 🙁 ) Kalau nak cuba Laksa Sarawak sedap pergi ke restoran ‘Planet Sambal’
Umai
Yang ni makanan tradisi orang ‘melanau’. Makanan tu ialah ikan dan sayur ‘fermented’ dan rasa sikit macam kimchi. Saya cuba umai sotong dan rasa sedap. Kalau awak nak boleh cuba kat restoran ‘Planet Sambal’ juga.
Kolo Mee
Orang selalu kata mesti cuba kat Kuching, so saya cuba dua kali. Satu kat hawker cina, lagi satu kat restoran melayu. Kolo mee rasa macam maggi, sebab mee tu bukan tebal. Rasa ok la dan harga murah (RM3 je) so saya rasa awak kena cuba. Kalau nak cuba jenis cina, pergi ke hawker dibawah ‘old firestation’ dekat jalan masjid.
Makanan laut
Kat Kuching ada banyak restoran jual makanan laut segar, tapi ada yang satu foodcourt yang paling best dan banyak orang rekomen. Nama foodcourt tu ‘topspot foodcourt’ dan ada atas tempat letak kereta UTC Kuching. Ramai orang kat sana, dan saya faham kenapa. Makanan tu sedap gila, best saya makan kat malaysia. Harga ok juga 🙂 Kat sana dia ada banyak restoran, dan awak kena pilih apa awak nak dan dia masak segar. Saya cuba sotong masak masam manis, ikan pari masak BBQ, sayur midin (awak mesti cuba ni la). Kalau kat Kuching dan nak makanan laut sedap, tempat ni yang paling sesuai 🙂
Makanan ‘Tribal’
Saya baca satu blog, orang kata ada satu restoran jual makanan ‘Kelabit’ (dia satu gang orang asal tinggal kat highlands) Saya nak pergi sana dan cuba makanan mereka. Makanan dia memang lain dari makanan melayu – dia masak lain, guna sayur lain, semua lain la – tapi sedap. Kalau awak nak pergi, pergi ke restoran ‘Tribal Stove’ dekat Hilton Hotel Kuching. Order tribal set dia (ada makan, minum dan sup untuk RM17 je) Kalau nak cuba Tuak (rice wain dia buat sendiri macam ‘moonshine’) tapi ingat tuak tu bukan halal..
Teh C
Minum ni popular kat sana, macam 3 layer tea (sirap, susu dan teh) tapi rasa lain dari KL. Rasa sedap sebab sirap dia guna macam gula melaka so rasa lain dan lagi sedap. Saya perasan satu benda kat Kuching, bila order minum dia bagi cawan yang besar :S Tapi kalau suka minum banyak (macam saya) tak ada masalah la
Transport
Kalau awak nak makan angin macam saya (nak pergi tempat jauh dari pusat bandar) saya fikir kena pergi sendiri. Dia ada bas dan teksi tapi mahal sikit dan bukan ‘flexible’. Contoh, kalau naik teksi ke taman negara (30km) dia nak tunggu untuk awak nak balik (tak ada teksi dekat taman negara) tapi awak kena bayar dia lebih, dan kalau awak nak balik lambat lagi sikit dia nak duit lagi.
Kalau pergi jalan2 dekat pusat bandar, boleh jalan la. Saya tak suka jalan sebab orang putih rasa panas senang (kalau jalan 100m je, dah peluh) tapi kalau awak orang malaysia saya rasa boleh jalan senang. Kuching ada banyak bas, tapi saya tak guna so tak tahu kalau bagus ke tak.
Saya rekomen awak sewa kereta atau motor, sebab kalau buat macam tu awak boleh buat apa2 awak nak, bila2 awak nak. Saya sewa motor dan rasa memang murah (RM5 sehari untuk minyak!) Kalau sewa motor atau kereta boleh pergi ‘off the beaten track’ dan explore sikit. Tapi suka hati awak la.
Kalau ada duit, boleh buat tour ke semua tempat saya dah tulis. Dekat waterfront dia ada banyak kedai jual tour dan kalau pergi dengan gang kawan atau dengan keluarga harga tak mahala sangat. Banyak orang putih kat sana naik tour ke tempat luar dari pusat bandar.
Ok, saya rasa blog dah panjang so nak berhenti sekarang, harap2 awak suka blog ni dan saya bagi sesetengah idea kalau awak pergi Kuching. Kalau awak ada komen pasal bahasa Melayu saya (bagus atau tak bagus) atau ada soalan boleh letak komen kat bawah 🙂