Makanan Thai Luar Biasa di Singapura !!

Di Singapura pun korang boleh jumpa makanan ala Thai tau!  Baru-baru ini, saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang memang padu di Singapura ini! πŸ˜‹ πŸ“ 

Restoran yang saya singgah ini ialah Restoran Lemongrass. 

Kawasan restorannya menarik dan luas, geng! πŸ˜βœ… 

Saya sempat ke Singapura semata-mata mahu mencuba beberapa menu. Memang wajib jika singgah ke Restoran Lemongrass ini! βœ…

Lemongrass, Singapore

Saya tertarik dengan susunan di dalam restoran ni kerana susunannya sangat indah, selesa dan kreatif! Apabila saya sampai di sini, saya terasa seolah-olah saya berada di Thailand πŸ‘‘ Semua bahan masakan yang mereka gunakan dimasak dengan sempurna, geng! Memang puas hati bila makan di sini, geng. Saya jadi rambang mata mahu pilih mana satu makanan saya mahu makan sebab terlalu banyak jenis menu yang ada!  πŸ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Lemongrass ni geng! Korang pasti tidak lapar… hehe! Saya ada pesan TIGA jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lemongrass ini πŸ‘‘

Hidangan utama πŸ‘‘

– Makanan Laut Ong Lai Hot Pot

– Ikan Siakap Kukus dengan sos sambal hijau

– Kari Massaman & Stik Ribeye Pad Thai bahagian rusuk

Ini adalah di antara TIGA jenis makanan yang wajib korang cuba kalau korang ada di sekitar Singapura semasa mencari restoran yang sedap. Puas hati, guys! Banyak lagi menu lain yang ada di sini, harganya berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan citarasa kita! 

Ong Lai Seafood Hot Pot

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Lemongrass ini, iaitu Makanan Laut Ong Lai Hot Pot 🍲. Walau kuahnya rasa pedas sedikit, tetapi saya masih boleh bertahan⚑ Isi lauknya pun padat. Ada banyak jenis makanan laut yang ada dalam menu ini, geng. Sotong, udang dan pelbagai lagi yang ada dalam Hot Pot ini! πŸ¦‘πŸ˜‹πŸ½οΈ

Steamed Whole Sea Bass with Green Sauce

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Kukus dengan Sos Sambal Hijau πŸ₯˜. Mantap! Ini adalah kali pertama saya mencubanya. Ikannya segar, isi padat dan sos sambal hijaunya pun memang serasi dengan menu ini! πŸ’― Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati, geng! 🀀 Tidak dinafikan kalau menu ini adalah di antara yang wajib dicuba di Restoran Lemongrass ini! 

Massaman Curry and Pad Thai Ribeye

Menu ke 3️⃣, yang terakhir saya cuba ialah Kari Massaman and Stik Ribeye Pad Thai✨ Gabungan kedua-dua menu ini memang padu dan sesuai dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan Kari Massaman ini ada pelbagai jenis rasa iaitu pedas, masam dan manis. Stik Ribeye Pad Thai ini adalah kali pertama juga saya mencubanya. Rasanya memang unik, lain daripada yang lain. Istimewanya menu ini tidak terkata, geng! πŸ‘Œ Untuk penggemar makanan Pad Thai, wajiblah mencuba menu ini!!πŸƒ

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lemongrass ini. Menunya banyak dan lazat pula! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  πŸ‘πŸΌRestoran Lemongrass ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Makanan Thai di Singapura ini! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²

Lokasi:

LEMONGRASS RESTAURANT

πŸ“476 Upper Serangoon View #02-06, Singapore 530476. 

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lemongrassfoodie/ 

πŸ“² Instagram: @lemongrass.foodie

πŸ“² Website: https://qashiereats.com/Lemongrass 

Juadah Selera Kampung Rasa PremiumΒ  di Cyberjaya!

Makanan kampung rasa premium?! Baru-baru ni saya ada jumpa restoran masakan kampung yang memang padan dengan citarasa orang melayu geng! πŸ˜‹ πŸ“ Kat Kocha Lala ni pelbagai menu makanan kampung tau! Restoran dia pun dah memang cantik, ada 2 tingkat lagi πŸ˜βœ…. Lepas ni kalau saya singgah Cyberjaya, memang akan rasa nak makan dekat sini lagi βœ…

 Kocha Lala, Cyberjaya

Bahan-bahan masakan yang dimasak dekat Kocha Lala ni memang semuanya segar dan dimasak terus bila ada pesanan. Jadi, memang dapat rasa nikmat makan bila semua bahan segar kan? Semua menu dekat Kocha Lala ni memang padu geng sebab banyak jenis makanan yang ada! Terus rambang mata nak makan yang mana. Memang seronok kalau makan dengan keluarga dan kawan-kawan! πŸ˜‹

Memang terliur bila tengok balik makanan yang saya order dekat Kocha Lala ni, saya order TIGA jenis menu yang paling kena cuba dekat Kocha Lala ni πŸ‘‘

MAIN DISHπŸ‘‘

  • Nasi Lemak bersama Sambal Sotong
  • Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak
  • Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Banyak lagi menu lain yang ada dekat restoran ni, harga pun memang berbaloi dan puas hati sebab boleh pilih banyak jenis makan yang ada dekat sini!

Menu yang 1️⃣, saya pesan menu mereka yang wajib cuba bila singgah dekat Kocha Lala ni mestilah Nasi Lemak Sambal Sotong 🍲. Sambal sotong ni memang kaw sebab ada rasa pedas dan rasa nak tambah lagi bila makan tu⚑ Sotong yang mereka gunakan pun besar dan segar memang puas hati, akan bertambah-tambah kalau makan ni! πŸ¦‘πŸ˜‹πŸ½οΈ

Nasi Lemak bersama Sambal Sotong

Menu yang 2️⃣ ni pula, saya cuba Nasi Putih bersama Ikan Jenahak TempoyakπŸ₯˜ Sejujurnya, memang puas makan ni sebab ikan pun besar dan isi padat weh! πŸ’― Kuah Ikan Jenahak Tempoyak ni ada rasa sedikit pedas πŸ”₯ manis, masam dan paling penting tekstur kuah pekat sedikit dan memang kena dengan citarasa saya 🀀 Memang tak pelik lah kalau menu ni antara yang wajib cuba dekat Kocha Lala ni!

Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak

Untuk menu yang terakhir ni pula, saya makan Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar ✨ Tak dinafikan, bila makan menu ni dapat rasa aroma udang yang segar dan tekstur kuah pun pekat, memang layan bila makan Mee Bandung niπŸ‘ŒπŸ» Untuk penggemar makanan Johor, Mee Bandung dekat Kocha Lala ni patut ada dalam senarai patut cuba kalau makan dekat restoran ni!πŸƒ

Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Akhir sekali, menu lain pun kena cuba juga terutama sekali Daging Burung Unta Masak Asam Ala Utara, pertama kali saya cuba menu ni dan memang syorkan korang untuk cuba πŸ‘πŸΌ Antara menu lain yang memang saya recommend untuk cuba ialah

  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Udang Galah Goreng Kunyit
  • Rendang Ayam Pencen
  • Oreo Goreng Kocha Lala

Pada pendapat saya sendiri, semua menu yang ada di Kocha Lala ni sangat berpuas hati dengan harga dan berbaloi dengan portion makanan dekat sini πŸ‘πŸΌIni adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain juga patut cuba.🍲 Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senangπŸ₯˜πŸ₯—! Korang memang wajib datang untuk makan dekat Restoran Kocha Lala ni! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²
Lokasi:

KOCHA LALA
πŸ“D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/kochalalakafekampung/
πŸ“² Instagram: @kochalalacyberjaya
πŸ“² Website: https://kochalala.com/

Big Fish Small Fish – Ikan Besar ke Ikan Kecil ?

Selalu kalau saya buat Q&A, mesti ada yang tanya.

β€œRhys, mana Fish & Chip yang sedap dekat London”

Jawapannya, jangan tanya saya. πŸ˜‚ Sebab saya dah tak tinggal sana lagi. Tapi, kalau korang nak makan Fish & Chip yang best dan ada pelbagai option di Singapura atau Malaysia, saya tahu dekat mana. 😎 Korang boleh pergi ke πŸ“ Big Fish Small Fish.

Big Fish Small Fish, Bugis Junction

Mereka ada banyak cawangan di Singapura dan Malaysia tapi kali ni saya pergi ke cawangan mereka di Bugis Junction, Singapura. Ada macam-macam pilihan ikan dekat sini. 🐟🐟🐟 Yang uniknya, korang boleh pilih sendiri nak ikan apa dan flavour apa. Semestinya Halal! Jom tengok apa saya makan! πŸ€—

Meriah la dekat sini. Vibe pun best.  πŸ‘πŸ»

Mix & Match Pasta

Haaa. Ini lah dia πŸ”₯ Mix & Match Pasta. Yang ni korang boleh mix & match sendiri

1️⃣ Pertama, pilih protein – Dory, Hoki, Seabass, Haddock, Seafood and Chicken

2️⃣ Kedua, pilih flavour pasta – Aglio Olio, Cream, Pomodoro, Tomato Cream

Rasa pasta tu macam ada masam-masam sikit dan rempah pun secukup rasa. Yang penting, puas hati sebab mengenyangkan bila digandingkan sekali dengan ikan tu. 🀀

Best of Both Worlds Platter

Seterusnya, saya cuba pula πŸ”₯ Best of Both Worlds Platter. Tak cukup satu, korang boleh cuba dua jenis ikan dengan platter ni. Sesuai kalau datang berdua. Tapi, untuk saya, mestilah semua ni saya punya.😝 Hehe… Seperti biasa, korang boleh custom sendiri ikan, dips, bases dan flavour mengikut selera masing-masing. πŸ’―

Signature Fish & Chips

Terakhir sekali, walaupun kita dah try hidangan lain yang awesome, πŸ”₯ Signature Fish & Chips ni janganlah dilupakan. Hidangan ini sesuai untuk satu orang makan. Bagi saya, yang lain dari yang lain di sini adalah chips dia yang sangat crispy tu. Memang terus hancur je dalam mulut. Tak terkata la sedap dia! πŸ’₯🀩

Selain daripada tu, mereka ada banyak lagi pilihan menu yang menarik seperti:
– Curry Chicken Pasta
– Battered Dory Pomodoro Pasta
– Brioche Rolls (eg: Classic Cheesy Chicken Roll, Classic Fish Roll, Korean Fried Fish Roll)
– Old School Grilled Chicken
– Grilled Snow Cod with Pilaf Rice

Jadi apa lagi? Korang boleh ajak family dan kawan datang makan sini dan try berbagai versi dan style fish & chips korang sendiri. πŸ˜‹ Jangan lupa, bukan setakat di Singapura je ada, di Malaysia pun ada. Jadi, boleh pergi ke lokasi cawangan berdekatan dengan anda. πŸ‘πŸ»

Lokasi

🐟 BIG FISH SMALL FISH – Singapore Outlets

πŸ“ Bugis Junction (HALAL CERTIFIED), 200 Victoria St, #04-05, Singapore 188021

πŸ“ Tampines Mall (HALAL CERTIFIED), 4 Tampines Central 5 #B1-K3, Singapore 529510

πŸ“ JCube (HALAL CERTIFIED), 2 Jurong East Central 1 #03-07/08, Singapore 609731

πŸ“ Suntec City Mall (HALAL Certificate is in progress), No 3 Temasek Boulevard #02-606/607, Singapore 038983

🐟 BIG FISH SMALL FISH – Malaysia Outlets

πŸ“ LG2.39, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

πŸ“ Unit LG 221C, One Utama 1 (HALAL CERTIFIED), Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

πŸ“ LG236, Lower Ground Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya Sepang, Selangor, Malaysia

πŸ“² Website: https://www.bigfishsmallfish.com/
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/sgbigfishsmallfish/
πŸ“² Instagram: @bigfishsmallfishsg