3ffy’s – PORT BREAKFAST BRUNCH ALA WESTERN MANTAP !!

Hai korang! πŸ™Œ Saya baru je terjah satu lagi hidden gem di Glenmarie, Shah Alam. Nama dia 3ffy’s Restaurant, sebuah kafe yang menghidangkan menu sarapan pagi dan brunch sepanjang hari. Tapi tunggu dulu, bukan calang-calang brunch spot ni. Diorang ada latte art yang colourful dan fusion flavour Malaysia yang innovative, confirm korang akan rasa teruja! πŸ’ƒπŸ•Ί

3ffy’s, Glenmarie Shah Alam

Masuk ke 3ffy’s ni rasa macam masuk tempat lain. Vibe dia tu memang unik dan tersendiri. Warm dan inviting, korang juga boleh tengok live barista buat masterpiece dalam latte korang β˜•οΈπŸŽ¨. Staff dia friendly dan tempat dia chill sangat. Sesuai untuk korang bersantai sambil makan makanan yang sedap sedap.Β 

Jom saya tunjuk apa saya makan!

Egg Bolognese

🍳πŸ₯“ Imagine Egg Bolognese yang classic, tapi dengan twist. Korang boleh pilih antara Chicken Toast Slice atau Beef Bacon. Macam disuruh pilih antara nak dapat sejuta ringgit cash ke cek. Either way, korang menang sebab dua dua pon pilihan yang tepat! Telur dia dimasak sampai perfect, dan sos Bolognese dia sedap gila, sampai korang akan terfikir, β€œkalau boleh, macam nak minta resepi”.

Seafood Spaghetti

🍝🦐 Menu ni macam surat cinta dari lautan.. Bukan dari Starla.. Hihi Setiap helaian spaghetti dia perfect coated dengan sos yang penuh dengan rasa seafood yang fresh. Macam menyelam dalam laut, tapi instead of berenang, korang tengah makan, dan trust me, it’s a lot more fun and less salty. Siap ada dua udang besar jadi topping atas dia. Portion pon besar!

Peanut Butter Banana Pancake

πŸ₯žπŸŒ Ni superhero pancake. Dia datang untuk selamatkan korang dari breakfast yang boring dan snacks yang tak sedap. Pancake yang fluffy, peanut butter yang creamy, dan pisang yang manis, trio yang lebih iconic dari Three Musketeers. Menu yang indulgent dan satisfying, macam tengok favourite show korang kat Netflix on a Sunday. Paling tak boleh lupa la menu ni!

Selain tu, ada banyak lagi menu item menarik macam Pizza Stack. πŸ•πŸ₯ž Imagine pizza and pancake ada baby. Tu la Pizza Stack. Dish yang fun, quirky, dan Instagrammable. The Eggmond pun the best jugak. Macam macam la ada. Korang kena try sendiri! Serious tak tipu!Β 

3ffy’s Restaurant bukan saja kafe; dia brunch haven, latte art gallery, dan semestinya akan jadi hangout spot kegemaran korang lepas ni, semua dalam satu. Dia tempat yang food, art, dan good vibes come together untuk create dining experience yang sama fun macam rollercoaster ride 🎒. Setiap kali datang, boleh cuba lain-lain menu menarik. So, next time korang kat Glenmari Shah Alam, make sure singgah 3ffy’s. Nanti jangan lupa ambil gambar dan tag saya! πŸ“ΈπŸŒˆ

Lokasi:

πŸ“3ffy’s

First Floor, 3, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/ThreeffysMy

πŸ“² Instagram: https://instagram.com/threeffysmy?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@threeffysmy?_t=8e95VfnEbB3&_r=1

Mr. Churros – CHURROS PALING KETAGIH DI ABAD INI!

Apa khabar, semua! πŸ™Œ Dah ready belum? Ready untuk apa? Kena la ready sebab saya nak perkenalkan korang dengan churros paling ketagih sekali. Betul tu, kita tengah bercakap pasal Mr. Churros. Slogan dia? “The most addictive churros in town” Dan percayalah, diorang tak tipu! 😎

Mr Churros, Danau Kota

Jom kita borak pasal churros viral ni. Ini bukan churros biasa-biasa je tau. Oh tidak, churros ni adalah satu pengalaman yang sangat β€˜ooohhh yeahh’ 🍴 Setiap gigitan tu memang nikmat! Bayangkan: churros yang rangup di luar, gebu di dalam, dan masih rangup walaupun lepas 2-3 jam. Bila craving, boleh masuk mimpi makan churros ni? 😍

Tapi tunggu, ada lagi point penting nak bagitahu! Setiap churros ni datang dengan pilihan tiga sos dipping: Premium Beryl’s Milk Chocolate, Premium Caramel, and Premium Beryl’s Dark Chocolate.  Korang boleh cuba sendiri mana satu favourite korang. Untuk saya, saya paling suka Premium Caramel. Dan percayalah, sekali korang rasa, korang akan datang lagi, lagi dan lagi. Bak kata Hael Husaini, β€œTERASA DIRI INI BAGAI SUDAH DIJAMPI!” hihihi… 🀀

Sos Dipping

Sekarang, mungkin korang fikir, “Dekat mana nak dapat ni” Jangan risau, Mr. Churros ni ada banyak lokasi dan conceptnya macam grab-and-go. πŸš— Sama ada korang tengah lunch break, tengah jalan-jalan jemput anak balik sekolah ke atau tiba-tiba craving benda manis, Mr. Churros memang ngam untuk korang. Macam ada kawan setia yang sentiasa ada bila korang perlukan… cuma β€˜kawan’ yang ni korang boleh suap masuk mulut dan sedap! 🀀

Jadi, kat mana korang boleh cari churros ajaib ni? Google saja “Mr. Churros Near Me,” dan korang akan jumpa gerai terdekat dalam sekelip mata. Macam cari harta karun, tapi hartanya churros dan senang nak cari! πŸ—ΊοΈ Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Pergi dapatkan churros di Mr. Churros. Dan ingat, kalau ada orang tanya kenapa korang makan churros untuk kali ketiga minggu ini, jawab je, “Saya belanja member” 🍽️ Selamat menjamu selera! 🎊

Lokasi: 

πŸ“Mr. Churros

Danau Kota, Jln 1/23e, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur

Mereka ada 46 Cawangan di seluruh Negeri, korang boleh Google Mr.Churros near me untuk tahu cawangan yang paling dekat dengan korang!

πŸ“² Website: https://mrchurros.com.my/

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/mrchurrosofficial/

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/mrchurrosofficial/

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@mrchurrosofficial

Time For Thai – MASA UNTUK MAKANAN THAI DI SINGAPORE!

Makanan Thai luar biasa macam Time For Thai ni korang boleh jumpa dekat Singapura juga tau! Dekat Singapura pun korang boleh jumpa makanan Thai tau geng!  Baru-baru ni saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang ada pelbagai jenis makanan Thai dekat ni! πŸ˜‹ πŸ“ Time For Thai Restaurant ni memang port syurga makanan Thai dan kawasan restoran pun selesa untuk korang makan! πŸ˜βœ…

Time for Thai, Singapore

Susunan dalam dan luaran restoran pun menarik sebab ada ciri ciri rupa restoran di Thailand geng! πŸ‘‘ Apa-apa pun memang puas hati makan dekat sini sebab banyak pilihan untuk korang pilih. Untuk sesiapa yang mencari restoran masakan Thai, saya memang syorkan untuk korang makan di sini!πŸ˜‹πŸ‘‘

Tengok la ni, pelbagai jenis menu yang ada dekat Time For Thai Restaurant ni. Berbaloi kalau korang cuba banyak jenis makanan yang ada dekat sini sebab dapat rasa macam kat Thailand hehe! Saya ada pesan TIGA jenis menu yang ada dekat Time For Thai Restaurant ni πŸ‘‘

MAIN DISHπŸ‘‘

– Steamed Fish with Spicy Lemon Sauce

– Beef Noodle Soup and Tom Yum Fried Rice

– Mango Sticky Rice with Prawn Cakes

Steamed Fish with Spicy Lemon Sauce

Menu yang 1️⃣, saya cuba menu mereka yang wajib cuba dekat Time for Thai Restaurant ni iaitu Steamed Fish with Spicy Lemon Sauce πŸ πŸ‹ Bila makan, dapat rasa segar daripada ikan tu sendiri, dipadankan pula dengan rasa pedas sos lemon memang kena kombinasi rasa dia geng! πŸ˜‹βš‘ Menu ni makan dengan nasi memang ngam! Tak dinafikan kalau menu ni antara yang wajib cuba kalau singgah makan dekat Time for Thai ni πŸ½οΈπŸ’―

Beef Noodle Soup and Tom Yum Fried Rice

Menu yang 2️⃣ ni pula adalah Beef Noodle Soup and Tom Yum Fried Rice πŸœπŸ› Portion dan rasa menu ni sangat berbaloi sebab isi yang padat dan banyak! Bahan-bahan masakan yang mereka gunakan ni segar dan puas hati! Tom Yum Fried Rice ni pun dapat rasa pedas masam manis!

Mango Sticky Rice with Prawn Cakes

Menu yang terakhir dan ketiga 3️⃣ ni pula, saya pesan Mango Sticky Rice with Prawn Cakes πŸ₯­πŸ€ Kedua-dua hidangan ni kena  dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan lemak dan manis dalam menu Mango Sticky Rice tu sendir. Ini adalah kali pertama untuk saya cuba Prawn Cakes dan memang rasa lain daripada yang lain. Penggemar pencuci mulut mesti cuba kedua-dua hidangan ni!!πŸƒ

Akhir sekali, secara keseluruhan saya amat berpuas hati bila singgah makan di Time For Thai ni sebab dapat pilih pelbagai jenis menu yang ada dekat sini!! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ni, saya syorkan untuk korang cuba menu yang lain juga yang ada dekat sini!  Saya recommend Time For Thai Restaurant ni untuk sesiapa yang mencari restoran Thai di sekitar Singapura πŸ‘πŸΌ 

Lokasi:

TIME FOR THAI

πŸ“15 Cheong Chin Nam Rd, Singapore 599739

πŸ“ 11 Bidadari Park Dr, BK1-K38, Singapore 367803

πŸ“ 1 North Point Dr, B1-190, SOUTH WING OR NORTHPOINT CITY, Singapore 768019

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/timeforthaisg/ 

πŸ“² Instagram: @timeforthaisg

πŸ“² Website: https://www.timeforthai.com.sg/