Otak Otak Ikan Tenggiri

Penjelajahan saya ke Pantai Timur diteruskan lagi ke Kemaman, Terengganu. Kemaman merupakan salah satu pintu gerbang ke negeri Terengganu menjanjikan keunikkan dan pengalaman menarik untuk merasai sendiri otak-otak asli daripada isi ikan yang sebenar.

Saya bertemu Pn. Che Wan Sainah untuk mendalami cara pembuatan otak-otak asli gabungan dari isi ikan sebenar dan sambal resipi turun temurun Otak Otak Che Wan. Berbekalkan pengalaman selama 33 tahun dalam mengusahakan perusahan otak-otak dan satar, ikuti pengambaraan saya dalam siri Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur.

Rhys Makan Sambal Petai

Saya meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang . Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat.

Seawal 3 pagi, saya ke Kompleks LKIM, Kuantan untuk menimba pengalaman melihat proses borong ikan di pasar ini. Kemudiannya saya bertemu dengan pengurus restoran terkenal, Ana Ikan Bakar Petai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan makanan. Sebelum hari tamat, saya merasai sendiri keenakan juadah yang berasaskan makanan laut segar di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.

Ikan Patin Temerloh

Pengembaraan Mat Salleh Cari Makan di Pantai Timur diteruskan ke Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung Malaysia. Sebut sahaja Temerloh, pasti ada yang menggambarkan Tempoyak Ikan Patin.

Tapi dalam episod kali ini, saya bukan semata-mata menjamah tempoyak, tetapi mempelajari sendiri bagaimana ikan patin diternak dan mengapa Temerloh terkenal dengan ikan patinnya yang berkualiti tinggi.