Selepas Jerebu Dikurangkan – 5 Taman Cantik dan Menarik Dekat KL

Akhirnya jerebu dah kurangkan, dan boleh nampak pemandangan cantik dan langit biru 😀

Yang ni berita baik untuk saya, sebab saya jenis orang suka pergi luar rumah dan tempat alam. Jadi untuk meraikan jerebu dikurangkan saya akan pergi taman hujung minggu ni dan seronok kat luar.

Blog berikutnya ialah Pendapat Saya 5 Taman Cantik dan Menarik dekat Kuala Lumpur.

titiwangsa-taman1. Taman Tasik Tititwangsa

Saya suka taman ni sebab ada banyak benda dan aktiviti boleh buat kat situ. Kalau nak boleh sewa bot dan dayung sekeliling tasik tu. Lagi kalau nak boleh sewa basikal, rollerskate dan banyak lagi. Kalau berani boleh main dalam satu balon besar atas tasik (saya tak tahu nama dalam bahasa melayu, tapi dalam bahasa inggeris kita panggil itu ‘Zorb’)

Kat situ ada banyak restoran dan kedai boleh beli minuman dan ais krim. Lagi best boleh nampak pemandangan KLCC yang cantik.

FRIM2. FRIM dekat Kepong

Tempat FRIM macam satu taman negara, sebab kat sana ada banyak hutan. Saya suka pergi sana sebab boleh pergi hiking lalu hutan dan ada banyak taman dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Sana ada jambatan atas pokok (canopy walkway) memang menarik. Saya suka FRIM sebab tak jauh dari KL, tapi bila kat sana rasa macam jauh dari bandar sebab sana senyap (aman).

Taman-Putrajaya3. Putrajaya Taman Perdana Putra

Ok, saya tahu tempat ni bukan kat KL, tapi sana tak jauh sangat dari KL dan saya rasa berbaloi untuk pergi. Taman ni di atas satu bulatan yang besar, dan sebab dia macam bukit boleh nampak pemandangan seluruh putrajaya dari atas. Jangan rasa ditipu, walaupun taman tu atas bulatan dia besar sangat dan boleh jalan-jalan kat sana dan ambil masa untuk meneroka taman tu.

4. Taman KLCC

Saya ambil gambar ni bila cuti kat Malaysia kali pertama tahun 2012 :)
Saya ambil gambar ni bila cuti kat Malaysia kali pertama tahun 2012 🙂

Ok, korang mesti tahu pasal taman ni 🙂 Walaupun taman ni kecil sikit dan depan KLCC taman tu rasa aman. Taman tu cantik sangat  sebab ada pancutan dan pemandangan banyak bagunan tinggi (termasuk KLCC). Kali pertama saya datang Malaysia saya selalu pergi taman ni dan tengok KLCC, masa malam lebih cantik. Sebenarnya saya rasa taman ni satu sebab saya jatuh cinta dengan negara ni 😛

 

Taman Tasik Perdana5. Taman Tasik Perdana

Taman ni besar sangat, dan saya rasa kalau nak meneroka semua benda kat sana ambil satu atau dua hari. Yang best pasal taman ni, taman ni memang dekat pusat bandar (lebih kurang 5 minute dari Masjid Jamek naik kereta) Kat sana ada banyak jenis taman, taman burung, taman rama-rama, taman orkid, taman herba, taman kancil dan banyak lagi. Kalau nak pergi tempat lain tapi masih dalam taman, dekat sana ada Muzium Seni Islam, Muzium Polis, Planetarium, Masjid Negara. Saya suka pergi taman ni dan duduk kat sebelah tasik tu, cantik sangat.

Kalau saya ada lebih masa, nak tulis pasal taman lagi (sebab sebenarnya ada banyak kat KL). Tapi kalau saya kena pilih, yang paling favourite ‘Top 5’ saya di atas.

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ada cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih