Negeri Kelantan memang terkenal dengan kepelbagaian kuih muih yang sangat enak. Antara kuih yang terkenal di Kelantan adalah kuih akok. Ramuannya sama sahaja dengan bahulu, yang berbeza adalah nisbah antara ramuan tersebut sahaja.
Akok merupakan sejenis kuih yang berasaskan telur, santan dan tepung. Dibancuh bersama gula melaka dan daun pandan, akok dimasak secara tradisonal menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.
Sedia maklum, kepelbagaian hidangan tradisional orang Melayu sememangnya bertunjangkan tumbuhan pokok kelapa. Menggunakan santan sebagai ramuan utama, sabut biji kelapa tersebut dijadikan pula bahan bakar. Tiada pembaziran dalam proses memasak kuih akok ini.
Saya ke gerai kuih Kak Nab, yang terletak berhadapan stesen minyak Petron, Kampung Kepulau, Tumpat untuk mempelajari proses pembuatan kuih akok.