5 tempat-tempat wajib untuk melawat dekat London, England

Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha šŸ™‚

Saya di Tower of London
Saya di Tower of London

Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya balik sana dan saya rindu jalan2 di Pusat Bandar London huhu)

Masa saya ada kat sana ramai kawan2 saya di Malaysia tanya saya “Apa yang best kat sana?” “Boleh bagi tips kalau nak pergi sana?” Sebab itu saya nak tulis blog ni dengan beberapa tempat saya rasa menarik di London, England. Lagi bonus di bawah saya bagi tip2 sikit kalau pergi situ šŸ˜‰

Ingat blog ni cuma pendapat saya je, dan mungkin orang lain akan rekomen tempat lain. Sebenarnya, saya cuba tak cakap pasal tempat memang popular atau famous sangat sebab saya rasa korang dah tahu pasal tempat tu (contoh “Buckingham Palace”) Juga saya cuba termasuk sikit pasal tempat menarik, tapi bukan popular sangat (macam “off the tourist trail” sikit)

Pendapat saya tempat menarik di London, United Kindom

1) Sungai Thames, Jalan kaki di tepi sungai

Kalau korang ikut laluan ni korang boleh tengok 3 tempat menarik dalam satu perjalanan. Westminster, Big Ben dan London Eye. Tempat2 ni memang famous dan tempat mesti melawat di London, tapi mungkin korang tak tahu macam mana melawat tempat ni dan juga macam mana jalan kaki jalan yang menarik..

Naik tren ke stesen Westminster dan bila keluar stesen boleh nampak ‘Big Ben’ terus depan mata. Biasanya orang keluar station, ambil gambar dan balik. Tapi saya rekomen jalan2 sikit depan Big Ben dan boleh nampak beberapa tempat menarik, termasuk Houses of Parliment dan Westminster Abbey (tempat Prince William kahwin).

Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya "Big Ben" bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..
Gambar Big Ben diambil dari jambatan Westminster. Sebenarnya “Big Ben” bukan nama untuk menara atau jam tapi nama untuk loceng besar dalam menara tu..

Lepas tu lintas jambutan Westminster (Westminster bridge) ke sebelah sungai lain. Bila tengah lintas jambutan boleh ambil gambar cantik Menara Big Ben dan London Eye.

Bila sampai diĀ sebelah sungai lain boleh jalan kaki kanan atau kiri (kanan tak ada apa2 menarik selain dari tempat tangkap gambar Big Ben) saya rekomen pergi kiri dan jalan kaki tepi sungai ni sebab jalan ni lalu banyak tempat menarik (Embankment, South Bank, London Eye, London Aquarium dan banyak lagi). Saya memang suka jalan kaki laluan situ sebab memang cantik dan boleh lalu beberapa tempat menarik..

2) Hyde Park

Ok saya tahu, korang mungkinĀ dah tahu pasal Hyde Park, salah satu taman paling besar di London. Biasanya bila pelawat melawat sini, diaorang masuk cepat je, tapi sebab Hyde Park besar boleh ambil banyak masa kat situ.

Saya rekomen masuk Hyde Park dari pintu pagar Kensington sebab taman dekat sini lebih cantik dan lebih aman. Juga, ingat sebab cuaca kat London tak panas sangat korang boleh jalan sekeling taman sampai puas hati sebab tak perlu risau rasa panas nanti šŸ™‚

Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park
Kalau datang musim winter, korang mesti melawat Winter Wonderland di Hyde Park

Bonus kalau korang datang London musim winter, korang mesti melawat “Winter Wonderland” dekat Hyde Park. Itu macamĀ pesta ria (funfair) dan ada banyak tempat boleh makan makanan sedap dan tradisional. Kalau berani boleh buat Ice SkatingĀ kat situĀ jugak šŸ˜€

 

3) City of London (Pusat Bandar Lama)

Saya rasa jarang pelawat melawat tempat ni, sebab sebenarnya kat sana tak ada benda untuk buat (macam muzium) Tapi tempat ni memang menarik untuk jalan kaki sekeling.

Bagunan tua di Chancery Lane City of London
Bagunan tua di Chancery Lane City of London

Saya rekomen naik tren ke stesen “Chancery Lane” dan lepas tu jalan kaki sekeling sana. Ā Nama tempat ni City of London dan ada banyak bagunan tua dan cantik kat sana. Sebenarnya, City of London ialah tempat paling tua di London dan ada orang duduk di sana sejak tahun 47AD! Walaupun sekarang “The City” telah menjadi tempat kaya (orang panggil sana “Financial Capital of the World”) memang menarik sebab ada bagunan memang tua disebelah bagunan baru dan cantik, jadiĀ nampak berbeza sangat.

Saya suka jalan2 di situ dan jalan kaki lalu lorong sebelah bagunan. Kadang2 bila jalan kaki di lorong ni tiba2Ā sampai di bagunan cantik haha

4) Camden

Camden ialah salah satu kawasan “hipster” sikit di London (mungkin tak banyak hipster sekarang, tapi bila saya budak Camden memang famous untuk orang hipster šŸ˜€ )

Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat
Pasar Camden di London, memang popular dan ramai orang tapi berbaloi untuk melawat

Walaupun tempat ni famous sangat, saya mesti cakap sikit pasal tempat ni dalam blog saya. Saya tak rekomen korang pergi Pasar Camden sahaja, saya rekomen korang pergi Pasar Camden dan jalan2 sikit di Bandar Camden. Terutamanya jalan di tepi sungai sana sebab ada banyak restoran dan cafe boleh lepak dan minum kopi.

Bila pergi Pasar Camden sediakan duit sikit untuk beli souvenir sebab kat situ lagi murah dari tempat2 lain di London. Juga, Pasar Camden jual banyak benda menarik tapi pelik sikit so kalau korang rasa macam “budak hipster” mungkin boleh cari hadiah menarik kat situ untuk kawan atau keluarga di Malaysia šŸ˜›

5) Canary Wharf dan Docklands
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London
Bagunan cantik dan baru di Canary Wharf, London

Inilah contoh tempat semua bagunan baru dan cantik gila. Sebenarnya sebelum tahun 1980, situ hanyaĀ pelabuhanĀ terbengkalai dan tak ada apa2 di sana. Tapi sejak 1980 kerajaan London buat program untuk membina bagunan baru dan tingkatkan kawasan sana.

Sebab itu sekarang kawasan Canary Wharf memang baru. Kalau korang suka tengok bagunan tinggi dan bercermin (macam Petronas Towers di KL) saya rekomen jalan2 sikit kat sana.

Kalau ada di docklands, korang boleh pergi ke “Stadium O2” dan naik “Emirates Airline” (kereta kabel) sebab bila tengah naikĀ kereta kabel tu boleh nampak semua bagunan cantik di docklands macam Canary Wharf.

Bonus. Kalau korang melawat London di musim winter, dekat Canaray Wharf dia ada Iceskating jugak. Kalau pergi malam memang cantik.

Tip2 saya bagi kalau korang nak jalan2 di London

  • Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di pusat bandar sebab dia mahal. Lebih baik kalau tinggal dekat luar sikit (tapi yang penting dekat stesen tren underground)
  • Beli travelcard setiap hari nak pergi Pusat Bandar. Inilah nasihat yang penting, sebab kadang2 jadi mahal beli ticket untuk naik tren atau bas di London. Korang boleh beli “travelcard” ni dalam RM70 sahaja. Walaupun agak mahal, korang boleh guna travelcard ni untukĀ unlimited free travel (perjalanan percuma tanpa had) dalam seluruh London untuk satu hari (termasuk bas, tren, DLR [mcm monorel] dan banyak lagi) Mungkin sana ade “pas pelawat” lagi murah tapi saya tak tahu sebab asal dari sana..
  • Bawak peta tren sendiri. Di London korang boleh naik tren pergi mana2 korang nak, tapi sistem tren semakinĀ kekeliruan (tengok linkĀ ni untuk muat turun peta tren London) dan kalau korang nak tengok peta diletak di dinding dalam stesen memang susah sebab sibuk dan ramai orang lain nak tengok juga. Tapi jangan rasa keliru , sebab kalau nak pergi tempat menarik korang boleh “potong” map ni untuk zon 1-2 sahaja macam ni. Kebanyakan tempat dalam zon 1 je. Saya rekomen korang bawak map zon 1-2 sendiri dan letak dalam beg sendiri.
  • Kalau nak beli ticket untuk masuk tempat tourist (contoh “Madame Tussauds”) lebih baik kalau beli ticket dari officialĀ website dia. Ini sebab harga lebih murah dan tak perlu queue banyak untuk masuk. Juga saya nak cakap jangan beli ticket dari orang tepi jalan sana, sebab walupun harga nampak murah banyak kali orang ni buat scam dan curi duit je. Saya rekomen beli online pilihan yang best šŸ™‚
  • Hati2 bila jalan di sana jangan bawak semua duit dalam satu dompet dan pastikan beg tutup, terutamanya bila naik tren atau bas. Di sana ramai orang ‘pickpocket’ dan ‘scammer’. Pencuri ni suka orang nampak macam tourist sebab biasanya tourist bawak banyak duit..

Kalau ada sesiapa baca ni dan nak bagi rekomendasi atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni šŸ™‚ Terima kasih untuk baca blog saya dan harap2 korang suka post ni..

Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

Akhirnya, bahagian 3 dah sampai. Maafkan saya, sebab sebenarnya asalnya blog ni ialah Vlog, tapi saya baru belajar bahasa melayu masa tu dan rasa malu bila tengok Vlog tu. Jadi saya x publish dan biar bahagain tu.

Tapi sekarang, walaupun Roadtrip ni saya buat Disember 2013, dan bahagain 1 dan 2 saya tulis Disember 2014, bahgian 3 dah siap. Kat UK kita adeĀ frasa “better late than never” (“lebih baik lewat, berbanding dengan yang tidak sampai” kan?)

Jom. Mula blog ni

Alor Setar

Lepas saya cari hotel kat Alor Setar, saya nak rehat sikit sebelum sambung roadtrip saya. Hari ni hari ke-empat, dan setiap hari pandu antara 6-10jam. Penat gila lah.

So pagi ni, saya meneroka bandar Alor Setar. Pergi Menara dia, pergi ke Kuala Kedah dan pandu sebelah pantai. Saya suka tempat tu sebab memang tanah rata, ade padi sepanjang boleh tengok dan dia hijau sangat. Confirm cantik. Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah:

Padi dekat Alor Setar, Kedah

Perlis

Lepas Alor Setar, saya pergi utara ke Perlis. Perlis ialah negeri yang paling kecil kat Malaysia kan? Dia rasa macam tu, sebab rasa macam tak ade ramai orang. Negeri kecil sangat, saya rasa macam baru-baru masuk negeri, tapi dah kat sempadan Thai šŸ™‚

Bila dekat sempadan, saya nak pergi Thailand kejap, tapi tak boleh pandu kereta tu, sebab dia kereta sewa. Kat sana ade satu pakcik dengan taxi, dia kata dia boleh bawa saya per Pusat Membeli-belah kat Thailand untuk RM50 je. Tapi saya risau, RM50 pergi sana – berapa kalau nak balik? Biasanya orang dari UK risau banyak pasal benda macam ni, tak nak orang cekik darah kitaĀ lah šŸ™

Dan, saya kena sampai Penang malam ni! Ade juah lagi!

*Nasib baik saya tak pergi Thailand, sebab hari tu dia ade 2 bom dekat sempadan kat Thailand, memang dekat Padang Besar…Ā 

On the way dari Padang Besar kepada Kedah, saya nampak tanda untuk Gua Kelam. Saya tak pernah pergi Gua, jadi saya rasa “Ok, jom tengok Gua ni sekejap”.

Sebenarnya, kalau nak pergi Gua Kelam, kena lalu Taman Negara Wang Kelian. Taman tu cantik sangat, ade banyak Bukit/Gunung dan jalan raya lalu semua. Dan lagi, saya naik jalan salah dan sesat kat sana.

Chop sekejap. Saya nak bagitahu cerita ni kejap. Cerita ni pelik dan takut sikit. Saya sesat sangat dan tanya orang kat tepi jalan macam mana pergi Gua Kelam. Dia kata, “pergi terus, lepas tu kanan, lepas tu terus awak sampai kat Gua”

Tapi lepas saya pergi kanan, jalan tu jadi jalan kampung. Dan jalan tu jadi lebih sempit. Lepas 10 minit, saya pandu lalu jalan tanah dan hutan.

Saya fikir “Apa ni lah, ni tak jalan pergi Ā ke Gua Kelam kan”

Lepas ni, nak pusing balik. Tapi, jalan sempit sangat. Dan kereta tersangkut. Aduh….

Sesat kat Wang Kelian
Sesat kat Wang Kelian

 

Saya kelaur kereta nak ambil gambar.. tapi rasa macam tempat tu tak selamat sangat. Kita memang dekat sempadan Thailand, tak ade orang lain dan ade gunung dan bukit kat sebelah. Yang ni pertama kali saya rasa takut sikit kat negara ni. Saya kat ‘middle of nowhere’…

*Tapi benda yang palik takut ialah benda yang ni. Awal tahun 2015, berita Malaysia dan Antarabangsa dilaporkan kat Wang Kelian tu dia ade ‘kemĀ penyeludupan manusia’ dan ramai orang meninngal dunia kat sana. Tempat kem tu kurangĀ 500 meter dari tempat kereta saya tersangkut. Rasa macam gigil lah :O Mungkin sebab itu saya rasa tak selesa bila keluar kereta kat sana..*

Lepas kereta belum tersangkut, saya balik ke jalan utama dan pandu balik ke jalan raya. Lepas 15 minit baru nampak tanda ‘Gua Kelam’ šŸ™‚

Gua Kelam Perlis
Masuk ke Gua Kelam ‘The Cave of Darkness’

Gua Kelam ialah tempat yang menarik, dan saya suka tempat tu. Apa yang menarik ialah lepas masuk gua tu, lepas jalan untuk 10 minit sampai kat sebelah lain bukit – dan kat sana ada taman. Ade kolam, ade kerusi, ada sungai, punĀ ade orang tengah buat piknik kat sana. Tapi kena lalu gua yang gelap dan kelam untuk sampai sana. Macam taman tu ‘Secret Garden’. Kelakar lah haha

Lepas Gua Kelam saya terus pandu kepada Penang. Berhenti sekejap kat satu tempat tepi jalan. Tempat tu memang cantik, ada tasik yang besar dan gunung kat belakang tu. Saya tak sempat ambil gambar, tapi saya boleh ingat pemandangan tu untuk selamanya.

Saya rasa bahagian ni dah panjang, dan ada banyak cerita. Saya boleh teruskan cerita Roadtrip saya dalam bahagian 4.

Saya nakĀ mengaku. Saya memang suka negeri Perlis. Negeri tu ialah negeri hijau, ada banyak hutan, padang, pokok dan benda lain hijau. Ā Rasa macam alam kat sana. Dan lagi, kat sana senyup. Saya memang suka negeri tu dan saya harap saya boleh balik sana satu hari nanti, tengoklah mungkin satu hari nanti saya cuba duduk kat sana…

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Cover image dari Marufish – Flikr

 

Makan angin kat Kuching

Dalam blog post ni saya nak cakap pasal bila saya pergi ke Kuching, Sarawak bulan Mei 2015. Saya nak bagitahu pasal apa2 saya buat kat sana dan bagi idea kalau awak nak pergi. Ingat, blog ni opinion saya je dan saya rekomen awak buat research sendiri sebelum pergi šŸ™‚ Kalau ade komen boleh letak kat bawah..

Blog yang ni ada sesetengah bahagian:

1 – Jalan-jalan dan apa2 saya rekomen awak mesti tengok kat Kuching

2 – Makanan dan minuman sedap

3 – Macam mana pergi tempat kat kuching (bas, teksi ke motor)

 

Jalan-Jalan

Saya kat Kuching 3 hari je la, so tak ada masa untuk tengok semua tempat, tapi tempat yang berikut tempat saya rekomen, kalau awak ada masa lebih banyak bila pergi boleh pergi tempat lain juga šŸ™‚

Kuching Waterfront

Bagunan yang cantik kat tepi Sungai Sarawak
Bagunan yang cantik kat tepi Sungai Sarawak

Tempat ni dekat pusat bandar, dan saya rekomen awak pergi petang/malam hujung minggu. Kat sana hujung minggu ada orang main muzik ‘live’, ada banyak tempat makan danĀ suasana rasa bagus. Kalau awak tak kisha jalan jauh, boleh jalan lalu jalan tepi sungai cantik. Kalau ada masa lagi, boleh naik sampan ke seberang sungaiĀ (kat sana ada kampung melayu, banyak kedai jual kek lapis) Ingat, harga naik sampan biasanya 40sen-1ringgit seorang, tapi kalau orang punya bot tahu awak bukan orang Sarawak dia nak caj harga mahal (kalau orang putih betul dia caj harga mahal) jadi saya fikir awak kena tanya harga dulu. Kalau nak lepak kat waterfront pergi ke tempat jual minuman kat sana.

Pasar Malam Siniawan

Pasar malam Siniawan, jauh dari pusat bandar Kuching tapi interesting
Pasar malam Siniawan, jauh dari pusat bandar Kuching tapi interesting

Tempat ni jauh sikit, dan ada hari sabtu malam dan hari ahad malam sahaja. Pasar ni macam pasar orang cina jual makanan. Tapi, pasar ni dekat kampung cina tradisonal, so ada bagunan dan rumah tua. Cantik, tapi jauh dari pusat bandar. Jalan tu jalan hutan (rasa macam ada hantu) dan kalau naik motor (macam saya) rasa bahaya sikit. Saya fikir kalau ada masa boleh pergi pasar ni, kalau tak ada masa tak apa la

Kampung Budaya Sarawak

Rumah Orang Ulu kat Kampung Budaya Sarawak. Dia main ā€˜Sape’ (Borneo Guitar)
Rumah Orang Ulu kat Kampung Budaya Sarawak. Dia main ā€˜Sape’ (Borneo Guitar)

Ok, tempat ni saya memang rekomen la. Jauh sikit dari pusat bandar, tapi perjalanan ke sana cantik (lalu kampung, padi dan paya). Kata sana kena bayar RM60 kalau nak masuk tapi saya rasaĀ memang ‘worth it’ la. Kat sana dia ada rumah tradisional untuk setiap bangsa kat Sarawak (Ada rumah cina, rumah melayu, rumah melanau, rumah orang ulu, rumah iban, rumah penan, rumah bidayu macam2) Apa yang paling interesting pasal tempat ni ialah dia ada banyak makulmat pasal orang asal dan tradisi mereka. Bila kat sana saya fahamĀ idea ‘1Malaysia’ – ramai bangsa dalam satu negara. Kalau awak nak boleh tengok rumah dia, tanya dia soalan, cuba makanan tradisi orang asal dan banyak lagi. Tapi ingat, pergi pagi atau petang sebab panas gila kat sana (dan rumah tradisi tak ada aircon haha)

Semenggoh Wildlife Center

Nama orangutan dia ā€˜Baka’
Nama orangutan dia ā€˜Baka’

Ni pun jauh sikit dari pusat bandar Kuching (saya tahu, semua tempat jauh sikit!). Kalau awak nak tengok Orangutan dan haiwan lain ni bagus – kalau awak tak kisah tengok orang utan mungkin tempat ni tak idea bagus.. Kat sana dia ada 27 orangutan ‘semi-wild’ (maksud bukan macam zoo, tapi dia bukan 100% asal dari hutan). Hari2 pagi (pukul 9) dan petang (pukul 3) dia letak buah untuk orangutan dan kalau orangutan datang boleh tengok dia dan ambil gambar. Tapi ada satu masalah.. kadang2 kat Sarawak musim buah dan orangutan tak nak datang center tu sebab dia dah makan buah lain. Bila saya pergi (bulan 5) musim buah, so orang kat sana kat mukin orangutan tak datang. Lepas satu jam tunggu kat hutan (ada banyak nyamuk dan panas..) orangutan tak sampai šŸ™ Orang guide tu kata kena keluar dan cuba petang atau hari depan. Nasib baik, sebelum kita keluar taman (saya nak minum sekejap sebelum naik motor) orang tu kata ‘ada orangutan, ada orangutan’ so kita lari balik dalam hutan untuk tengok. Ada satu orangutan je, tapi memang baik untuk tengok dia. Untuk berberapa orang kat sana (orang westerner/backpacker) ni ‘once in a lifetime experience’ la šŸ™‚

Taman Negara Bako

Mesti naik bot kalau nak masuk Taman Negara Bako
Mesti naik bot kalau nak masuk Taman Negara Bako

Teka apa.. Tempat ni jauh dari pusat bandar juga tapi pon ‘worth it’ kalau ada masa. Bila sampai kat sana,orang kata tak boleh masuk taman negara sendiri. Saya fikir “eh apa ni la, kenapa tak boleh masuk taman negara”. Dia kata kena naik bot, sebab taman negara tu tak ada jalan raya. Ok tak ada masalah, tapi kena bayar lebih (untuk orang bukan warganegara malaysia harga RM20 masuk taman negara, RM20 seorang pergi, RM20 seorang balik – bukan mahal tapi saya tak tahu pasal harga sebelum sampai – nasib baik bawa duit cukup šŸ˜› ) Perjalanan bot cantik, dan taman negara tu cantik sangat. Saya pergi sana sebab nak tengok Monyet Belanda, tapi saya naik bot pukul 2, dan taman tu tutup pukul 4 (bot terakhir pukul 4) so tak ada masa untuk cari Monyet Belanda. Kat sana dia ade banyak jalan hutan untuk trekking, yang jalan pendek boleh buat kurang satu jam, jalan yang panjang satu hari tak cukup. Saya rasa kalau ada 2 hari 2 malam kat sana (boleh sewa pondok atau buat kem untuk tidur) memang bagus dan boleh buat trekking, tengok monyet, pergi air terjun, lepak kat pantai – ada banyak benda relaks. Saya pergi trekking sekejap je (1 jam je) untuk tengok hutan, lepas tu naik bot ke jeti pukul 4.

Muzium Kucing (Haiwan kucing, bukan bandar Kuching)

Dia bukan Bandar Kuching, dia haiwan kucing (Saya tak ada gambar muzium kucing huhu)
Dia bukan Bandar Kuching, dia haiwan kucing (Saya tak ada gambar muzium kucing huhu)

Kalau awak suka kucing, dan nak belajar lagi pasal kucing dan nak tengok banyak lukisan dan patung kucing pergi la. Kalau awak tak kisah pasal kucing, atau tak suka kucing jangan pergi. Yang tu cukup pasal tempat ni.. serious la.. interesting, tapi bosan sikit untuk saya.

 

Makanan dan Minuman

Orang selalu kata ‘makanan kat Kuching sedap’, jadi saya tak boleh pergi tanpa cuba makanan tu šŸ™‚ Berikut yang makanan dan minuman saya cuba, dan tempat saya boleh rekomen untuk makan dan minum.

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak rasa lain dari Laksa biasa, saya rasa lebih sedap
Laksa Sarawak rasa lain dari Laksa biasa, saya rasa lebih sedap

Jadi, laksa ada kat semua negeri (biasanya saya tak suka laksa) tapi Laksa Sarawak rasa lain sikit dan saya suka. Saya tak boleh bagitahu perisa, tapi sedap. Kat Kuching, makanan laut murah so dalam laksa tu dia bagi banyak udang (5 dan atas) (kat mamak dekat rumah saya dia bagi satu je šŸ™ ) Kalau nak cuba Laksa Sarawak sedap pergi ke restoran ‘Planet Sambal’

Umai

Yang ni makanan tradisi orang ‘melanau’. Makanan tu ialah ikan dan sayur ‘fermented’ dan rasa sikit macam kimchi. Saya cuba umai sotong dan rasa sedap. Kalau awak nak boleh cuba kat restoran ‘Planet Sambal’ juga.

Kolo Mee

Orang selalu kata mesti cuba kat Kuching, so saya cuba dua kali. Satu kat hawker cina, lagi satu kat restoran melayu. Kolo mee rasa macam maggi, sebab mee tu bukan tebal. Rasa ok la dan harga murah (RM3 je) so saya rasa awak kena cuba. Kalau nak cuba jenis cina, pergi ke hawker dibawah ‘old firestation’ dekat jalan masjid.

Makanan laut

Sotong masak masam manis, sedapnya
Sotong masak masam manis, sedapnya

Kat Kuching ada banyak restoran jual makanan laut segar, tapi ada yang satu foodcourt yang paling best dan banyak orang rekomen. Nama foodcourt tu ‘topspot foodcourt’ dan ada atas tempat letak kereta UTC Kuching. Ramai orang kat sana, dan saya faham kenapa. Makanan tu sedap gila, best saya makan kat malaysia. Harga ok juga šŸ™‚ Kat sana dia ada banyak restoran, dan awak kena pilih apa awak nak dan dia masak segar. Saya cuba sotong masak masam manis, ikan pari masak BBQ, sayur midin (awak mesti cuba ni la). Kalau kat Kuching dan nak makanan laut sedap, tempat ni yang paling sesuai šŸ™‚

Makanan ‘Tribal’

Restoran tu ada makanan tribal sedap :)
Restoran tu ada makanan tribal sedap šŸ™‚

Saya baca satu blog, orang kata ada satu restoran jual makanan ‘Kelabit’ (dia satu gang orang asal tinggal kat highlands) Saya nak pergi sana dan cuba makanan mereka. Makanan dia memang lain dari makanan melayu – dia masak lain, guna sayur lain, semua lain la – tapi sedap. Kalau awak nak pergi, pergi ke restoran ‘Tribal Stove’ dekat Hilton Hotel Kuching. Order tribal set dia (ada makan, minum dan sup untuk RM17 je) Kalau nak cuba Tuak (rice wain dia buat sendiri macam ‘moonshine’) tapi ingat tuak tu bukan halal..

Teh C

Minum ni popular kat sana, macam 3 layer tea (sirap, susu dan teh) tapi rasa lain dari KL. Rasa sedap sebab sirap dia guna macam gula melaka so rasa lain dan lagi sedap. Saya perasan satu benda kat Kuching, bila order minum dia bagi cawan yang besar :S Tapi kalau suka minum banyak (macam saya) tak ada masalah la

Transport

Kalau nak pergi seberang sungai boleh naik sampan
Kalau nak pergi seberang sungai boleh naik sampan

Kalau awak nak makan angin macam saya (nak pergi tempat jauh dari pusat bandar) saya fikir kena pergi sendiri. Dia ada bas dan teksi tapi mahal sikit dan bukan ‘flexible’. Contoh, kalau naik teksi ke taman negara (30km) dia nak tunggu untuk awak nak balik (tak ada teksi dekat taman negara) tapi awak kena bayar dia lebih, dan kalau awak nak balik lambat lagi sikit dia nak duit lagi.

Kalau pergi jalan2 dekat pusat bandar, boleh jalan la. Saya tak suka jalan sebab orang putih rasa panas senang (kalau jalan 100m je, dah peluh) tapi kalau awak orang malaysia saya rasa boleh jalan senang. Kuching ada banyak bas, tapi saya tak guna so tak tahu kalau bagus ke tak.

Saya naik motor (scooter) murah dan senang, boleh berhenti dan tengok permandangan cantik
Saya naik motor (scooter) murah dan senang, boleh berhenti dan tengok permandangan cantik

Saya rekomen awak sewa kereta atau motor, sebab kalau buat macam tu awak boleh buat apa2 awak nak, bila2 awak nak. Saya sewa motor dan rasa memang murah (RM5 sehari untuk minyak!) Kalau sewa motor atau kereta boleh pergi ‘off the beaten track’ dan explore sikit. Tapi suka hati awak la.

Kalau ada duit, boleh buat tour ke semua tempat saya dah tulis. Dekat waterfront dia ada banyak kedai jual tour dan kalau pergi dengan gang kawan atau dengan keluarga harga tak mahala sangat. Banyak orang putih kat sana naik tour ke tempat luar dari pusat bandar.

 

Ok, saya rasa blog dah panjang so nak berhenti sekarang, harap2 awak suka blog ni dan saya bagi sesetengah idea kalau awak pergi Kuching. Kalau awak ada komen pasal bahasa Melayu saya (bagus atau tak bagus) atau ada soalan boleh letak komen kat bawah šŸ™‚