Dalam tahun ni, saya dah pergi ke Singapura untuk kali kedua. Antara yang saya adalah nak makan di The Malayan Council. 😭 Masih teringat lagi Beef Kirai dan Smoked Duck Lemak Chili Padi… Arghh meleleh air liur. 🤤 Sedap betul!
Lepas dapat tahu yang mereka ada buka cawangan baru di Esplanade Mall, terus saya ke sana untuk rasa apa lagi kelainan yang dibawa kali ni. Nak tahu apa yang ada? Jom kita tengok 🤗

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya 🤩 – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. 👍🏻 Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! 🥰

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya 🤩 – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. 👍🏻 Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! 🥰

Yang bestnya, siap boleh nampak pemandangan Marina Bay Sands dari situ. Dan seperti kita tahu, The Malayan Council ni memang inovatif dalam menghasilkan masakan Halal Fusion mereka. ✅ Kali ni saya berpeluang rasa menu baru yang saya belum pernah rasa di cawangan Busorrah St hari tu. Tak sabar saya….

Dah lama saya teringin nak makan Beef Wellington 🥖🥩 ni. Apa yang lagi menarik, beef dalam tu bukan beef biasa-biasa – mereka guna Wagyu Beef Flank 🥩 ! Juicy weh….. Puff pastry di luarnya pula dimasak sempurna! Siap ada beef gravy lagi. Haaa.. Korang belum pernah makan Beef Wellington kan? Pastikan korang try makan dekat sini! 💯

Uish.. Selalu kalau kita makan sotong belado, mesti ambil sotong biasa 🦑 je. Tapi ni memang luar biasa sebab dia guna kaki Octopus! 🐙 Bukan setakat ada kaki Octopus tu je, ada juga king prawns, scallops, baby carrots, artichokes bersama sambal belado tu! Terasa kepedasan dia. Sentuhan berbeza betul menu yang ni. 🙌🏻

Saya teruja sangat bila menu Crispy King Prawns 🦐 ni sampai. Siap ada asap-asap. 😶🌫️ Pendapat saya, ini merupakan gubahan kreatif udang celup tepung kerana untuk ni, setiap udang yang digoreng memang dijaga kualiti dan kerangupannya dijamin – siap ada ikura topping atas tu! Dan bukan cicah dengan sos biasa je. Crispy King Prawns ini disajikan bersama yuzu pomelo kumquat mayo. Untuk penggemar udang, korang wajib try yang menu ni!

Tak lengkap la kalau kita tak makan dessert di The Malayan Council! 🍮 Kali ni saya makan Stickydate Pudding. Molten cake yang sangat lembab dihidang panas-panas bersama ice cream vanilla dan toffee sauce. Tak tahu macam mana gambarkan. 🥺 Rasanya sangat elegant!
Walaupun saya dah dua kali datang ke The Malayan Council, semestinya pengalaman saya memang tak pernah mengecewakan. 👍🏻 Saya nasihatkan kalau korang nak datang sini, sila boleh reservation dulu. Saya pergi haritu pun memang full-house. Pastikan datang dan cuba sendiri kenapa ramai ke situ! 💯💯💯

Ya! Terima kasih The Malayan Council sebab memberikan layanan terbaik! Patutlah tempat ni jadi spot terkenal untuk orang ternama. Tempatnya memang cantik tau. Sesuai sangat kalau korang nak buat event. Overall, pengalaman saya memang tip top ✨. Kalau ke Singapura lagi, mesti saya akan datang balik! 🤗 Dan mereka juga ada banyak cawangan! Kalau pergi jangan lupa bagitahu, okay!

Locations
📍 The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6
📍 The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7
📍 The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8
📍 The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37
📲 Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
📲 Instagram: themalayancouncil






Sebab ada banyak jenis kat Malaysia, senang untuk cari durian yang sedap. Memang senang kalau masih musim buah. Kalau nak banyak buah boleh beli ‘durian kampung’ (biasanya 2 ke 3 untuk RM10). Tapi durian tu ada risiko sikit, kandang2 dia tak sedap atau ada satu biji busuk, tapi durian kampung murah. Kalau nak confirm ada yang sedap dan masak beli yang D24, Udang Merah dan lain2.
Ok, bahagian ni kecil sikit sebab durian kat Singapura tak ade beza sangat berbanding dengan Malaysia. (saya rasa dia tak tumbuh durian kat Singapura, dia import dari Malaysia haha) Ada satu beza antara durian Malaysia dan Singapura, durian Singapura nombor harga sama, tapi lebih mahal (kat sini kalau RM10, kat sana $10… )
Durian kat sana ada beza anatara Malaysia. Kat sana durian tu ada banyak segmen kecil, dan banyak biji. Serius lah, lepas makan sebuah durian ade banyak biji. Tengok gambar kat kiri
Ya, korang baca ni betul, kat Myanmar dia suka durian jugak, walaupon cuaca kat sana tak sama dengan Malaysia (kat sana lebih kering dan panas).
Saya pergi Chiang Mai (kat Thailand Utara) dan nampak durian kat pasar malam sana. Dia tak jual sebuah durian, dia dah potong dan bunkus.
Ok, saya belum cuba durian kat UK, sebab kat sana durian mahal gila dan jarang nak cari. Tapi kat sana boleh cari kedai kecil import gula2 dan puding dari Asia. Kat sana boleh beli gula2 dan puding durian je 🙂