The Fortune Cookie – Biskut Beri Kata-Kata di Singapore ?

Sewaktu di Singapore haritu, saya craving nak makan makanan Chinese dan saya jumpa satu restoran makanan Chinese yang Muslim Owned iaitu πŸ“ The Fortune Cookie yang terletak di Bussorah St. Konsepnya menarik betul! Selain juga ada makanan yang sedap, mereka juga ada tradisi memberi Biskut Tilik Nasib πŸ₯  kepada pelanggan tapi kandungan ayat di dalamnya berbentuk nasihat atau pepatah Melayu. 🀣 Tercuit hati saya bila saya dan team baca kata-kata apa yang kami dapat.

The Fortune Cookie, Bussorah St

Korang boleh rasa vibe yang berbeza apabila makan di sini. ✨ Tengok la sendiri interior dia. Biarpun owner Muslim, feel dalam kedai mereka kekalkan seperti restoran Chinese. πŸ‘πŸ»Makanan yang ada di sini banyak yang unik dan juga authentic Chinese Cuisine. Nak tahu apa yang saya makan? Jom…. πŸ”Š

Lobster Flying Noodle

Hidangan pertama saya order adalah Lobster Flying Noodle. 🦞 Kagum betul tengok art yang datang sekali dengan hidangan ni. Egg noodle yang rangup dan isinya meriah tau! Ada udang galah, udang, mussels, soton dan scallops disiram dengan egg gravy. 🍝 Bila pinggan pun penuh macam ni, semestinya penuh juga perut saya bila makan Lobster Flying Noodle ni. 😁

Lotus Duck Rice

Hidangan kedua pula adalah πŸ”₯ Lotus Duck Rice. Untuk pengetahuan, itik sememangnya salah satu kegemaran saya. πŸ˜‹ Keladi, cendawan, udang kering, nasi bungkus dikukus dalam daun teratai. Di atasnya pula ada itik salai πŸ¦† dan seasonal greens. Aroma bila buka bungkusan tu memang harum dan membuka selera. πŸ’― Korang wajib cuba ni.

Char Kway Teow Kobe

Terakhir, saya tak lepaskan peluang untuk rasa Kway Teow yang ada dihidang bersama steak Kobe Striploin ni. 🀀 Mee kway teow digoreng bersama udang, cookles, tauge. Sentuhan luar biasa. Ada sampingnya, ada sekali Kobe Striploin yang empuk dan juicy! πŸ₯© Pehh… High Class betul! πŸ™ŒπŸ»

Lemongrass Beancurd

Dah selesai makan makanan yang marvellous tadi, saya akhiri pula dengan dessert Lemongrass Beancurd. Beancurd tu bukan sahaja creamy and lembut, korang juga boleh rasa perisa serai yang memberi kesegaran kepada saya. ❄️ Memang terbaik lah!

Apa-apa pun, masih ada banyak lagi hidangan lain yang unik dan sedap korang boleh cuba di sini. βœ… Sesuai juga kalau korang nak buat event dan gathering di sini. Korang kena datang dan nanti jangan lupa share kata-kata yang korang dapat dari biskut tilik nasib tu okay! πŸ€—

Lokasi

πŸ“ The Fortune Cookie
11 Bussorah St, Singapore 199432
https://goo.gl/maps/W5rCKkJcVPrWN9V26

πŸ“² Instagram: @thefortunecookie.sg
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/people/The-Fortune-Cookie/100060608989376/
πŸ“² Website: https://themalayancouncil.sg/fortune

The Malayan Council – Port Selebriti Makan di Singapura!

Sewaktu pergi Singapura haritu, ramai betul yang cadangkan supaya saya makan di The Malayan Council. Ada yang kata, biasanya selebriti atau menteri selalu makan situ… 🀩 Apa yang menarik sampai ramai ke sana? Jom tengok sendiri 😎

The Malayan Council (Bussorah)

The Malayan Council memberikan suasana yang versatile.πŸ™ŒπŸ» Mereka meraikan makanan Malay-Asian dan Western fusion dalam masakan mereka. Bukan itu je, restoran Muslim owned ni hanya guna bahan-bahan premium terpilih sahaja tau! Boleh rasa vibe mewah bila makan di sini. 🌟 Kepuasan dari segi makanan, pengalaman dan layanan dijanjikan di sini.

Smoked Duck Lemak Chili Padi di The Malayan Council

Walaupun Smoked Duck Lemak Chili Padi hasil fusion Asian-Western, Lemak Chili Padi tu memang terasa keasliannya. Saya suka betul sebab dia pair sekali dengan Smoked Duck yang sangat juicy. Smoked Duck ni dimasak dengan Unagi Sauce. Ha.. nampak tak. Ada pelbagai rasa dalam satu hidangan. Tapi tetap serasi bila makan sekali. πŸ”₯


Alamak, teringat-ingat pula dengan Smoked Duck tu…. Kena datang lagi ni.

Roti Kirai Beef Ribs

Ada orang panggil Roti Kirai… Ada juga yang panggil Roti Jala.
Tapi, premium habis tau ni. Selalu cicah dengan kuah kari je kan? Dekat sini, saya makan Roti Kirai dengan Beef Ribs yang direbus dan disalut dengan sos Sapit buatan The Malayan Council sendiri. Maknanya, dekat sini je korang boleh cari hidangan dan rasa yang sama macam ni. 🀯

Paling penting, beef ribs dia tu tender sangat tau. Empuk gila..

Classic Ondeh-ondeh Cake – sangat moist!

Dah kenyang makan, mestilah kita makan dessert pulak! Saya jatuh hati dengan kek ni sebab rasanya SEMPURNA. Bila makan tu, boleh rasa hirisan gula melaka asli dan drizzle kelapa dalam dia. πŸ’― Tak lengkap kalau tak makan kek di The Malayan Council ni.

Di The Malayan Council, makanan yang disajikan melebihi expectation saya. βœ… Patut la ramai berebut datang ke sini. Kalau nak selamat, baik buat reservation awal-awal tau. Sebab memang ramai yang suka datang dan makan di sini. Saya dah tau sebabnya kenapa.

Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan signature dishes yang lain seperti:

  • Asam Pedas Seafood Aglio Olio
  • Lamb Mandhi Kabuli
  • Barramundi Truffle Porcini
  • Durian Pengat Cake
  • Chocolate Ovaltine Cake
  • Dan banyak lagi!

Kesimpulannya, patut la ramai orang ternama datang ke sini, makanannya memang premium dan susah nak cari dekat tempat lain untuk dapat rasa yang high end macam ni. Servis pon laju dan bertaraf 5 bintang. Apa lagi ada suasana dan dekorasi yang cantik membuatkan pengalaman saya di The Malayan Council terasa sempurna. Cantik juga ni kalau nak buat gathering atau small events. Ini yang kena datang lagi ni!

Siapa yang nak pergi atau ada di Singapura tu, saya recommend korang untuk datang makan di The Malayan Council!

Kalau sesiapa yang nak buat wedding, boleh try tengok lokasi di Winstedt ni. Memang sesuai sangat nak buat wedding atau event!

The Malayan Council cawangan Winstedt

πŸ“ The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7

πŸ“ The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8

πŸ“ The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37

πŸ“ The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6

πŸ“ Fullerton Outlet (Akan dibuka pada November 2022)

Selain daripada The Malayan Council, korang boleh juga try pergi ke πŸ“ The Fortune Cookie yang turut berkonsepkan makanan Chinese halal.

πŸ“ The Fortune Cookie
11 Bussorah St,
Singapore 199432
https://goo.gl/maps/Ck6uMRfHu3kPdMTN9

πŸ“² Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
πŸ“² Instagram: @themalayancouncil