Sewaktu pergi Singapura haritu, ramai betul yang cadangkan supaya saya makan di The Malayan Council. Ada yang kata, biasanya selebriti atau menteri selalu makan situβ¦ π€© Apa yang menarik sampai ramai ke sana? Jom tengok sendiri π
The Malayan Council memberikan suasana yang versatile.ππ» Mereka meraikan makanan Malay-Asian dan Western fusion dalam masakan mereka. Bukan itu je, restoran Muslim owned ni hanya guna bahan-bahan premium terpilih sahaja tau! Boleh rasa vibe mewah bila makan di sini. π Kepuasan dari segi makanan, pengalaman dan layanan dijanjikan di sini.
Walaupun Smoked Duck Lemak Chili Padi hasil fusion Asian-Western, Lemak Chili Padi tu memang terasa keasliannya. Saya suka betul sebab dia pair sekali dengan Smoked Duck yang sangat juicy. Smoked Duck ni dimasak dengan Unagi Sauce. Ha.. nampak tak. Ada pelbagai rasa dalam satu hidangan. Tapi tetap serasi bila makan sekali. π₯
Alamak, teringat-ingat pula dengan Smoked Duck tuβ¦. Kena datang lagi ni.
Ada orang panggil Roti Kirai⦠Ada juga yang panggil Roti Jala.
Tapi, premium habis tau ni. Selalu cicah dengan kuah kari je kan? Dekat sini, saya makan Roti Kirai dengan Beef Ribs yang direbus dan disalut dengan sos Sapit buatan The Malayan Council sendiri. Maknanya, dekat sini je korang boleh cari hidangan dan rasa yang sama macam ni. π€―
Paling penting, beef ribs dia tu tender sangat tau. Empuk gila..
Dah kenyang makan, mestilah kita makan dessert pulak! Saya jatuh hati dengan kek ni sebab rasanya SEMPURNA. Bila makan tu, boleh rasa hirisan gula melaka asli dan drizzle kelapa dalam dia. π― Tak lengkap kalau tak makan kek di The Malayan Council ni.
Di The Malayan Council, makanan yang disajikan melebihi expectation saya. β Patut la ramai berebut datang ke sini. Kalau nak selamat, baik buat reservation awal-awal tau. Sebab memang ramai yang suka datang dan makan di sini. Saya dah tau sebabnya kenapa.
Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan signature dishes yang lain seperti:
- Asam Pedas Seafood Aglio Olio
- Lamb Mandhi Kabuli
- Barramundi Truffle Porcini
- Durian Pengat Cake
- Chocolate Ovaltine Cake
- Dan banyak lagi!
Kesimpulannya, patut la ramai orang ternama datang ke sini, makanannya memang premium dan susah nak cari dekat tempat lain untuk dapat rasa yang high end macam ni. Servis pon laju dan bertaraf 5 bintang. Apa lagi ada suasana dan dekorasi yang cantik membuatkan pengalaman saya di The Malayan Council terasa sempurna. Cantik juga ni kalau nak buat gathering atau small events. Ini yang kena datang lagi ni!
Siapa yang nak pergi atau ada di Singapura tu, saya recommend korang untuk datang makan di The Malayan Council!
Kalau sesiapa yang nak buat wedding, boleh try tengok lokasi di Winstedt ni. Memang sesuai sangat nak buat wedding atau event!
π The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7
π The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8
π The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37
π The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6
π Fullerton Outlet (Akan dibuka pada November 2022)
Selain daripada The Malayan Council, korang boleh juga try pergi ke π The Fortune Cookie yang turut berkonsepkan makanan Chinese halal.
π The Fortune Cookie
11 Bussorah St,
Singapore 199432
https://goo.gl/maps/Ck6uMRfHu3kPdMTN9
π² Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
π² Instagram: @themalayancouncil