D’Mums Cafe – Restoran Ibarat Masakan Ibu di Johor BAHRU!

Saya jumpa hidden gems terbaru di Adda Heights, Johor Bahru iaitu D’ Mums Cafe. View di situ memang ngam sebab terletak atas bukit. 🤩 Sampai-sampai je, saya terus order apa yang menarik. Dan fuh…. Memang sedap-sedap apa yang dihidangkan. Nak tau apa yang best? Jom baca sampai habis. 🔊

Rekaan restoran berkonsepkan container, korang boleh duduk dalam bilik aircond kalau nak sejuk-sejuk. Tapi, kalau nak rasa udara segar dan pemandangan yang cantik, sesuai sangat untuk duduk luar. Di sini, setiap malam akan ramai orang tau! 😱 Jadi, pastikan korang datang dan rasa sendiri untuk tahu kenapa ramai datang ke sini. ✅

Gear Box Mantul di D’Mums Cafe

Di sini ada banyak pilihan menu yang sedap-sedap dan saya dah rasa sendiri. Tapi, antara menu yang saya nak cerita hari ini adalah Gear Box Mantul! Daging Gear Box 🍖 tu sangat tender. Sekali saya gigit terus terlerai semua daging dari tulangnya. Dan semestinya sum-sum dan kuahnya memang padu. Sekelip mata je boleh habis sebab rasanya memukau. Rasa macam nak repeat lagi bila tengok balik gambar ni.

Mee Rebus Kambing

Selalu makan mee rebus daging lembu kan? Ha, di sini ada Mee Rebus Kambing! 🤯 Memang terasa aroma kambing. Menaikkan selera weh! Kalay craving nak makan Mee Rebus, pastikan korang level up untuk order version Kambing ni tau. Kuahnya pun pekat dan hiasan atas yang rangup tu melengkapkan rasa mee rebus ni.

Kalau dah makan sekali, memang craving nak makan berkali-kali!

Mee Kolok Legend – Ayam tak kedekut!

Kalau rindu masakan Sarawak, order pula Mee Kolok Legend ni. Hirisan ayam atas dia memang tak kedekut. Rasanya cukup lengkap bagi saya. Kalau rasa jauh sangat nak ke Sarawak, boleh datang ke D’ Mums Cafe untuk mengubat kerinduan korang nak makan Mee Kolok Sarawak. 🥰

Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan makanan yang lain seperti:

  • Nasi Goreng Kambing Melalak
  • Salted Egg Chicken Rice
  • Nasi Goreng Berlambak
  • Golden Chicken Skin
  • Lamb Chop
  • Dan banyak lagi!

Ada banyak betul pilihan makanan yang ada. Masakan Melayu, Cina, Thai dan Western pun ada. 🍲🍜🍖🍔 Pilih je nak apa. Dan mereka pun ada ruang parking mereka sendiri. Jadi, tak perlu parking jauh-jauh untuk sampai ke sini.

Jadi, untuk orang JB, pastikan korang cuba hidden gems terbaru ni. Dan untuk anda yang akan singgah JB, masukkan D’ Mums Cafe dalam list lokasi tempat anda pergi di JB, okay! 👍🏻

Antara hidangan lain yang saya order

📍 D’ Mums Cafe
Jalan Adda Utama,
Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
https://goo.gl/maps/UnzJPpDApRoFQRZu7

📲 Instagram: @dmumscafe

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)