Kelab Kopi Lama – Koptiam Menarik di Johor Bahru!

kelab kopi lama johor bahru

Nak tahu tak satu-satunya Kopitiam Melayu di JB… Haah Kelab Kopi Lama adalah tempatnya! Tapi apa yang istimewa dekat sini? meh kita tengok 💁‍♂️

Bermula pada tahun 2020, Kelab Kopi Lama merupakan satu kopitiam bertema tradisional terletak di Kempas, Johor Bahru. Penuh dengan vibes seperti kopitiam lama, apa yang membuat Kelab Kopi Lama special bagi saya adalah mereka punya pilihan makanan – sebab ada pelbagai jenis masakan dihidangkan sepanjang hari.

Set Koptiam di Kelab Kopi Lama

Bukan kopitiam namanya kalau tak ada set “standard” kopitiam – iatu Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Kopi O. Di Kelab Kopi Lama ni mereka hidang semua ni dalam ‘Set Kopitiam’ – dalam ni ada Roti Bakar, Telur Sparuh Masak, Kopi O – dan juga jemput-jemput ikan bilis 😋

Bagi saya apa yang membezakan set ni adalah mereka hidangkan sepanjang hari – sampai malam boleh lepak mengopi dan mengunyah ni!

Nasi Dagang dan Putu Mayam

Seterusnya kita ada makanan yang sangat sesuai untuk sarapan – Nasi Dagang dan Putu Mayam. Untuk orang yang suka breakfast yang berat dan mengenyangkan makanan ni sangat sesuai.

Bagi saya, yang specialnya adalah semua masakan sini dimasak oleh chef yang berpengalaman 👨‍🍳

Nasi Padang di Kelab Kopi Lama – banyak sangat pilihan lauk!

Tadi kita makan breakfast kan, sekarang kita nak makan lunch pula! Apa lagi, kita makan nasi padang.

Di Kelab Kopi Lama – nasi padang antara speciality mereka – seawal pukul 11 pagi orang dah mula datang dan beratur untuk ambil nasi padang sini. Antara pelbagai pilihan nasi padang yang “standard” mereka juga ada pilihan-pilihan rare seperti Gulai Urat Keting, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Baung dan Gulai Minang. No wonder orang ramai suka lunch dekat sini!

Selain itu mereka ada pelbagai pilihan makanan yang lain seperti:

  • Nasi Lemak Kukus Basmathi
  • Lontong
  • Mi Kari
  • Putu Mayam
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Pelbagai pilihan kuih-muih
  • Bubur Manis
  • Pelbagai pilihan produk (Sambal, Kuih Balang dsb)
  • dan banyak lagi!

Apa yang betul-betul buat saya suka Kelab Kopi Lama sebenarnya adalah dia punya “vibe” dalam kedai, sebab bila kita masuk kita dapat rasa suasana koptiam, dengan decor dan environment – sampai muzik mereka main pun tambah pada suasana. Lagi satu bonus adalah pelbagai pilihan makanan, saya pun tak sempat cuba semua tau! Nampaknya kena datang balik next time saya ke JB ni!

Kalau korang semua di JB dan rasa nak cari tempat lain dari yang lain, saya syorkan datang dan lepak di Kelab Kopi Lama ni!

📍 Kelab Kopi Lama

Lokasi: 2, Jln Kempas Utama 1/1, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

https://goo.gl/maps/8P1Nde6RHkpPyyqV8

📲 Facebook: facebook.com/kelabkopilama/

📲 Instagram: @kelabkopilama

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)