Club Cari Makan: Makan Tanpa Henti dengan FREE 30-Day Trial!

🎉Kami teruja nak share berita menarik dengan korang. 

Kalau korang follow Club Cari Makan (CCM), 😋  mesti korang tau yang kami ni suka share keseronokan makan-makan dan makanan yang sedap-sedap, menyelerakan dengan semua. Kali ni, CCM nak bagi korang lagi satu benda yang best!

Jom join FREE 30-Day Trial Membership kami! 🔥

Ye, ini bukan cobaan, ini betul-betul!💥 CCM nak bagi korang free subscription selama 30 hari untuk korang explore semua benefits yang korang boleh dapat bila join club eksklusif ni.

Jom grab chance ni sementara peluang ada. 🤩 DAFTAR JADI MEMBER sekarang di website: carimakan.my

Dapatkan Diskaun 10% Untuk Setiap Bil!

Imagine korang boleh dapat diskaun 10% untuk setiap bil korang bila korang makan kat mana-mana partner restaurant CCM. 🤯 Memang win gila! Tak kira korang nak makan pasta creamy ke kari pedas, kita cover untuk meal breakfast, lunch, dinner!

Tapi Tunggu, Ada Lagi!

Menjadi ahli CCM bukan saja tentang diskaun (walaupun kami akui, diskaun kami memang terbaik). ✅ Jom tengok apa lagi yang korang boleh dapat:

1. Menang Voucher & Hadiah 🎉: Setiap bulan, korang boleh menang voucher menarik dan makan free dengan ahli CCM yang lain. Siapa cakap tak ada free meal juga?

2. Group Komuniti Eksklusif Ahli 💬 : Dapatkan info terkini tentang dunia food kat group komuniti eksklusif kami. Dapat latest update untuk korang jadi yang terawal grab promo-promo the best!

3. Jemputan Eksklusif 🏆 : 

Jadi tetamu kehormat untuk launchings restaurant dan review food. Rasai sendiri kelazatan makanan yang terbaru sebelum orang lain!

4. Tawaran & Promosi Terbaik 🔥 : Dapatkan tawaran dan promosi paling menarik dari partner restaurant kami. Beat the crowd dan nikmati makan sedap-sedap!

5. Bersembang & Makan-makan 👫 : Sertai gathering kami dan berkawan dengan orang yang sama minat dengan korang tentang food. Sambil makan, sambil borak. Syok juga!

Dah ready ke nak rasa benefit jadi ahli CCM ni? Dengan FREE 30-day trial, korang tak rugi apa-apa. Tak payah fikir panjang, jadi je member dan enjoy dulu. 

DAFTAR sekarang di carimakan.my

Jom, kita serbu, nikmati diskaun dan enjoy setiap meal!

Kelab Kopi Lama – Koptiam Menarik di Johor Bahru!

Nak tahu tak satu-satunya Kopitiam Melayu di JB… Haah Kelab Kopi Lama adalah tempatnya! Tapi apa yang istimewa dekat sini? meh kita tengok 💁‍♂️

Bermula pada tahun 2020, Kelab Kopi Lama merupakan satu kopitiam bertema tradisional terletak di Kempas, Johor Bahru. Penuh dengan vibes seperti kopitiam lama, apa yang membuat Kelab Kopi Lama special bagi saya adalah mereka punya pilihan makanan – sebab ada pelbagai jenis masakan dihidangkan sepanjang hari.

Set Koptiam di Kelab Kopi Lama

Bukan kopitiam namanya kalau tak ada set “standard” kopitiam – iatu Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Kopi O. Di Kelab Kopi Lama ni mereka hidang semua ni dalam ‘Set Kopitiam’ – dalam ni ada Roti Bakar, Telur Sparuh Masak, Kopi O – dan juga jemput-jemput ikan bilis 😋

Bagi saya apa yang membezakan set ni adalah mereka hidangkan sepanjang hari – sampai malam boleh lepak mengopi dan mengunyah ni!

Nasi Dagang dan Putu Mayam

Seterusnya kita ada makanan yang sangat sesuai untuk sarapan – Nasi Dagang dan Putu Mayam. Untuk orang yang suka breakfast yang berat dan mengenyangkan makanan ni sangat sesuai.

Bagi saya, yang specialnya adalah semua masakan sini dimasak oleh chef yang berpengalaman 👨‍🍳

Nasi Padang di Kelab Kopi Lama – banyak sangat pilihan lauk!

Tadi kita makan breakfast kan, sekarang kita nak makan lunch pula! Apa lagi, kita makan nasi padang.

Di Kelab Kopi Lama – nasi padang antara speciality mereka – seawal pukul 11 pagi orang dah mula datang dan beratur untuk ambil nasi padang sini. Antara pelbagai pilihan nasi padang yang “standard” mereka juga ada pilihan-pilihan rare seperti Gulai Urat Keting, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Baung dan Gulai Minang. No wonder orang ramai suka lunch dekat sini!

Selain itu mereka ada pelbagai pilihan makanan yang lain seperti:

  • Nasi Lemak Kukus Basmathi
  • Lontong
  • Mi Kari
  • Putu Mayam
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Pelbagai pilihan kuih-muih
  • Bubur Manis
  • Pelbagai pilihan produk (Sambal, Kuih Balang dsb)
  • dan banyak lagi!

Apa yang betul-betul buat saya suka Kelab Kopi Lama sebenarnya adalah dia punya “vibe” dalam kedai, sebab bila kita masuk kita dapat rasa suasana koptiam, dengan decor dan environment – sampai muzik mereka main pun tambah pada suasana. Lagi satu bonus adalah pelbagai pilihan makanan, saya pun tak sempat cuba semua tau! Nampaknya kena datang balik next time saya ke JB ni!

Kalau korang semua di JB dan rasa nak cari tempat lain dari yang lain, saya syorkan datang dan lepak di Kelab Kopi Lama ni!

📍 Kelab Kopi Lama

Lokasi: 2, Jln Kempas Utama 1/1, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

https://goo.gl/maps/8P1Nde6RHkpPyyqV8

📲 Facebook: facebook.com/kelabkopilama/

📲 Instagram: @kelabkopilama