Bandingan durian Malaysia dengan durian negara-negara lain

Sebelum saya tulis, saya nak cadangkan korang baca blog ni dulu (kalau korang belum lagi) sebab blog ni jelaskan macam mana saya jadi ‘Orang sayang Durian’

Saya rasa bangga saya boleh tahan bau dan cita rasa durian, dan rasa bangga boleh panggil saya ‘Orang sayang durian’.

Dulu, saya tak nampak buah durian kat negara lain, dan saya fikir boleh cari durian kat Malaysia sahaja, dan mungkin orang kat negara lain boleh tumbuh durian tapi dia tak suka bau dan cita rasa 🙂

Tapi lepas saya duduk sini dah lama, dan mula melawat negara lain di Asia, saya baru perasan durian kat banyak negara lain. Lepas tu saya fikir nak buat misi cari dan makan durian dari semua negara Asia 🙂

Jadi, inilah bandingkan durian negara lain dan durian Malaysia:

Malaysia

Saya ada banyak pengalaman durian malaysia, jadi cakap pasal durian Malaysia dulu. Nasib baik kat Malaysia ada banyak jenis durian, dan banyak tempat boleh beli.

durian malaysiaSebab ada banyak jenis kat Malaysia, senang untuk cari durian yang sedap. Memang senang kalau masih musim buah. Kalau nak banyak buah boleh beli ‘durian kampung’ (biasanya 2 ke 3 untuk RM10). Tapi durian tu ada risiko sikit, kandang2 dia tak sedap atau ada satu biji busuk, tapi durian kampung murah. Kalau nak confirm ada yang sedap dan masak beli yang D24, Udang Merah dan lain2.

Singapura

durian singaporeOk, bahagian ni kecil sikit sebab durian kat Singapura tak ade beza sangat berbanding dengan Malaysia. (saya rasa dia tak tumbuh durian kat Singapura, dia import dari Malaysia haha) Ada satu beza antara durian Malaysia dan Singapura, durian Singapura nombor harga sama, tapi lebih mahal (kat sini kalau RM10, kat sana $10… )

Cita rasa: Sama dengan Malaysia

Rupa: Sama dengan Malaysia

Harga: 2-3 kali lebih mahal ($10 sebungkus = RM30)

Brunei

Percaya atau tak, saya pernah pergi Brunei dua kali. Kali terakhir saya pergi sana, saya makan sebuah durian kampung Brunei kat BSB (Bandar Seri Begawan). Saya beli dari pasar dekat waterfront sana.

durian bruneiDurian kat sana ada beza anatara Malaysia. Kat sana durian tu ada banyak segmen kecil, dan banyak biji. Serius lah, lepas makan sebuah durian ade banyak biji. Tengok gambar kat kiri

Durian tu rasa sedap dan manis, dia tak rasa pahit dan ade banyak lemak. Sedap! Tapi, sebab biji kecil, lepas makan setengah buah rasa kenyang 🙂

Cita rasa: Manis dan berlemak, tak pahit .

Rupa: Buah kecil, banyak biji kat dalam

Harga: Harga sama dengan Malaysia ($5 sebuah = RM15)

Myanmar

durian yangonYa, korang baca ni betul, kat Myanmar dia suka durian jugak, walaupon cuaca kat sana tak sama dengan Malaysia (kat sana lebih kering dan panas).

Durian kat sana ada dua jenis berbeza dari durian Malaysia, ada satu jenis yang besaaar. Serius besarnya, macam dua ke tiga kali lebih besar dari Malaysia, durian tu boleh memberi makan untuk satu keluarga.

Lagi, duri durian dia lebih tebal dan lebih besar dari durian Malaysia, so durian ade rupa tak cantik sangat.

Cita rasa durian Myanmar ok sikit, dia tak rasa kuat dan tak bau sangat, tapi rasa macam hambar sikit. Dia ok je, tapi tak sedap sangat.

Cita rasa: Ok je, tak sedap sikit dan pahit sikit. Hambar lah

Rupa: Besar, duri tebal dan besar. Rupa tak cantik, lebih semula jadi (macam terus dari pokok)

Harga: Harga lebih dari Malaysia* (7000 kyat sebuah = RM24)

*Tapi mungkin dia bagi saya harga tourist, dan orang dari sana bayar harga kurang

Thailand

Orang kata kat saya, orang Malaysia heboh pasal durian dari Thailand. Betul ke tak?

durian thailandSaya pergi Chiang Mai (kat Thailand Utara) dan nampak durian kat pasar malam sana. Dia tak jual sebuah durian, dia dah potong dan bunkus.

Segmen durian dia besar, saiz macam genggaman tangan. Tapi kat dalam ada biji besar, so tak ade banyak boleh makan. Durian tu rasa berkrim dan manis.

Cita rasa: Berkrim, manis

Rupa: Tak tahu rupa buah, tapi rupa segmen besar, dan kat dalam ade biji besar.

Harga: Harga kurang sikit dari Malaysia (65bhat sebungkus = RM7)

United Kingdom

durian UKOk, saya belum cuba durian kat UK,  sebab kat sana durian mahal gila dan jarang nak cari. Tapi kat sana boleh cari kedai kecil import gula2 dan puding dari Asia. Kat sana boleh beli gula2 dan puding durian je 🙂

Lain kali saya nak bawa keluarga saya dan adik beradik saya cuba durian kat London  (kalau dia tak boleh melawat saya kat sini dan cuba durian Malaysia dulu haha) Lepas tu saya boleh bandingan durian UK..

Kesimpulan

Jujurlah, saya fikir Malaysia ada durian paling best. Bukan sebab durian kat negara lain tak sedap, tapi sebab kat Malaysia ada banyak jenis dan pelbagai durian. Kat negara lain, dia tak ada banyak pilihan. Kat sini ada banyak gerai tepi jalan dan boleh pilih apa jenis durian awak nak. Sebab itu saya fikir Malaysia negara yang terbaik untuk durian.

Apa jenis durian korang suka? Letak komen di bawah 🙂

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ada cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)

10 thoughts on “Bandingan durian Malaysia dengan durian negara-negara lain”

  1. ‘ orang sayang durian ‘ = durian lover ya?
    hantu durian lebih sesuai rasanya ..
    🙂

    tulisan awak lebih bagus dari kebanyakan blog orang Malaysia

  2. awak kena cuba makan tempoyak pulak….datang ke pahang untuk misi gulai tempoyak ikan patin..by the way,tempoyak ni diperbuat daripada durian jugak (just in case awak belum tahu lagi tempoyak tu apa)

  3. Percaya atau tidak, ada banyak negara di Asia Tenggara ada durian. Durian Thailand ada banyak jenis. Kebanyakkan durian yang di eksport datang dari Thailand. Thailand ada durian yang murah giler dan mahal giler. Kalau beli durian yang dah buka (contoh dalam gambar Singapore dan Thailand) biasanya lebih mahal. Cuma di Malaysia, banyak tempat boleh cari durian murah. Harga durian pun berbeza ikut jenis dia. Durian kampung memang lebih murah, tapi rasa dia biasanya ada pahit2 sikit (bitter taste). Kalau durian hutan rasa bitter tu lebih.
    Oh, Indonesia pun ada durian tapi saya pun tak pernah cuba.

  4. Haha…saya sedang mencari informasi tentang durian musang king dan terjumpa blog anda…bagus bahasa malaysia anda sangat baik cuma perlu lebih banyak latihan lagi…’orang sayang durian’..kata lain yg lebih tepat adalah pencinta durian @durian lovers…apapun selamat maju jaya untuk anda..

  5. Perbandingan yang sangat bagus tentang durian antara negara-negara yang kamu lawati.

  6. Kenapa durian dipanggil “king of fruit” atau raja buah kerana kepelbagaian yang boleh dibuat dengan durian. Boleh buat serawa durian (durian cook with coconut milk and brown sugar or gula melaka),. serawa ini boleh dimakan dengan roti atau roti jala. durian juga boleh buat makan dengan nasi dan pulut. durian juga boleh ditukar menjadi tempoyak ( fermented durian with salt and sugar) yang digunakan dalam membuat masakan ikan patin di temerloh. ikan patin temerloh tempoyak adalah yang tersedap di malaysia. saya hanya makan ikan patin masak tempoyak di temerloh sahaja.

Leave a Reply