Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan…
Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
2 tahun lepas, bila saya buat “Roadtrip” sekeling Semanjung Malaysia saya lalu Terengganu untuk satu hari je. Walaupun masa tu saya lalu musim hujan, saya rasa macam nak balik Terengganu satu hari nanti..
Akhirnya, lepas 2 tahun saya lawat Terengganu lagi 🙂 Sebab saya baru balik dari 3H2M camping di Pulau Kapas, Terengganu dengan geng hiking saya. Dalam blog post ni saya akan kongsi cerita dan pengalaman saya kat sana.
Kita naik bas dari Selayang pkl 2 pagi, dan sampai Marang, Terengganu dalam pkl 8 pagi. Nasib baik kita sampai Marang awal sikit, sebab kat sana ada pasar pagi baru buka 😛 Saya beli nasi dagang dan kuih dari pasar tu untuk sarapan. Kuah nasi dagang tu sedap sangat.
Pkl 9 pagi ferry kami sampai dan kita naik ferry ke Pulau Kapas, perjalanan cuma 30-45minit je, sebab Pulau Kapas tak jauh dari Marang.

Kita buat khemah kat LongSha Campsite, tepi pantai. Walaupun kalau buat khemah kira “basic” sikit (bukan “luxury” macam chalet) saya lebih suka khemah sebab rasa lebih “natural”. Saya pasang hammock antara dua pokok kelapa. Bestnya tidur dalam hammock tepi pantai!

Petang tu kita pergi hiking ke Berakit, disebalik pulau. Trek tu tak susah sangat, dan kita sampai dalam 45 minit. Kat sebalik pulau tak ada pasir, semua batu dan nampak cantik sangat. Kita lepak kat sini sikit dan beberapa orang berani terjun dari batu ke air. Saya rekomen kalau korang pergi Pulau Kapas, buat trekking ni sebab cantik sangat kat Berakit tu, tapi pastikan pakai kasut betul dan bawak air lebih (walaupun trekking x susah, jalan teruk sikit)
Malam ni kita buat BBQ dan main karok bersama (saya tak berani untuk nyani huhu, dengar je)

Lepas kita masak nasi lemak untuk sarapan, kita pergi snorkling kat pantai lain (kita naik bot ke sana). Walaupun tempat kita buat snorkling x cantik sgt (saya rasa coral kat Pulau Tioman lagi cantik) kita nampak banyak ikan “Nemo”.
Petang ni “free time” untuk buat aktiviti sendiri, sebenarnya saya tidur sikit petang tu sebab rasa penat sikit. Lepas tu beberapa orang (termasuk saya) meneroka pulau sikit, sementara semua orang lain lepak kat kedai minum dekat jeti.

Malam ni kita lepak dan main kad. Kita juga jumpa “Mat Dan”, yang mat salleh famous sebab boleh cakap loghat Terengganu. Mat Dan tinggal kat Pulau Kapas 6 tahun tak silap. Saya dan Mat Dan sembang sikit dalam bahasa melayu, tapi itu rasa pelik sikit haha
Nanti malam ni, kita ada surprise untuk orang lahir bulan ni (bulan Mac) Itu termasuk saya, dan semua orang lain baling kek dan tepung kat kami. Ni kali kedua saya kena surprise macam ni masa birthday saya, tak tahu kalau biasa untuk kena org dengan tepung masa birthday dia, atau mungkin kawan2 saya di malaysia jahat sikit haha 🙂 😉
Sebenarnya, ada gambar saya lepas kena tepung, tapi saya nampak macam zombie sikit jadi tak nak post kat sini..
Masa saya bangun hari ni, saya rasa sedih sikit sebab ni hari terakhir dan nanti kita balik KL. Hari ni kita cuma kemas barang dari campsite, lepas tu buat Majlis Penutup.


Masa kita naik bas, kita berhenti untuk makan kat tepi pantai dekat bandar Marang. Kat sana saya cuba makan makanan tradisi dari sana, termasuk Satar (macam otak-otak) dan Akok (satu jenis kuih) Serius sedap!
Juga kita berhenti dekat kedai jual keropok. Orang kata kalau lawat Terengganu wajib untuk beli keropok dan bawak balik ke KL 🙂
Trip ni memang ohsem dan hanya boleh jadi sebab Geng Trekkers Ohsem (geng hiking saya). Diaorang memang ohsem jugak dan saya nak ucapkan terima kasih kat diaorang untuk trip ni, termasuk makanan sedap dan gambar lawa 😀 Yang best sebab ada ramai orang baru join kami trip ni, dan walaupun tak kenal hari pertama sejak kita balik rasa macam dah lama kenal.
Kalau nak tengok gambar lagi dari sana, saya letak beberapa gambar bawah ni. Saya tak punya gambar ni, sebab dia ditangkap dari orang lain.
Kalau korang akan pergi Pulau Kapas, saya boleh rekomen pergi ke Campsite LongSha. Kalau nak tanya saya apa2 pasal sana boleh mesej saya 🙂
Akhirnya jerebu dah kurangkan, dan boleh nampak pemandangan cantik dan langit biru 😀
Yang ni berita baik untuk saya, sebab saya jenis orang suka pergi luar rumah dan tempat alam. Jadi untuk meraikan jerebu dikurangkan saya akan pergi taman hujung minggu ni dan seronok kat luar.
Blog berikutnya ialah Pendapat Saya 5 Taman Cantik dan Menarik dekat Kuala Lumpur.
1. Taman Tasik TititwangsaSaya suka taman ni sebab ada banyak benda dan aktiviti boleh buat kat situ. Kalau nak boleh sewa bot dan dayung sekeliling tasik tu. Lagi kalau nak boleh sewa basikal, rollerskate dan banyak lagi. Kalau berani boleh main dalam satu balon besar atas tasik (saya tak tahu nama dalam bahasa melayu, tapi dalam bahasa inggeris kita panggil itu ‘Zorb’)
Kat situ ada banyak restoran dan kedai boleh beli minuman dan ais krim. Lagi best boleh nampak pemandangan KLCC yang cantik.
2. FRIM dekat KepongTempat FRIM macam satu taman negara, sebab kat sana ada banyak hutan. Saya suka pergi sana sebab boleh pergi hiking lalu hutan dan ada banyak taman dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Sana ada jambatan atas pokok (canopy walkway) memang menarik. Saya suka FRIM sebab tak jauh dari KL, tapi bila kat sana rasa macam jauh dari bandar sebab sana senyap (aman).
3. Putrajaya Taman Perdana PutraOk, saya tahu tempat ni bukan kat KL, tapi sana tak jauh sangat dari KL dan saya rasa berbaloi untuk pergi. Taman ni di atas satu bulatan yang besar, dan sebab dia macam bukit boleh nampak pemandangan seluruh putrajaya dari atas. Jangan rasa ditipu, walaupun taman tu atas bulatan dia besar sangat dan boleh jalan-jalan kat sana dan ambil masa untuk meneroka taman tu.

Ok, korang mesti tahu pasal taman ni 🙂 Walaupun taman ni kecil sikit dan depan KLCC taman tu rasa aman. Taman tu cantik sangat sebab ada pancutan dan pemandangan banyak bagunan tinggi (termasuk KLCC). Kali pertama saya datang Malaysia saya selalu pergi taman ni dan tengok KLCC, masa malam lebih cantik. Sebenarnya saya rasa taman ni satu sebab saya jatuh cinta dengan negara ni 😛
5. Taman Tasik PerdanaTaman ni besar sangat, dan saya rasa kalau nak meneroka semua benda kat sana ambil satu atau dua hari. Yang best pasal taman ni, taman ni memang dekat pusat bandar (lebih kurang 5 minute dari Masjid Jamek naik kereta) Kat sana ada banyak jenis taman, taman burung, taman rama-rama, taman orkid, taman herba, taman kancil dan banyak lagi. Kalau nak pergi tempat lain tapi masih dalam taman, dekat sana ada Muzium Seni Islam, Muzium Polis, Planetarium, Masjid Negara. Saya suka pergi taman ni dan duduk kat sebelah tasik tu, cantik sangat.
Kalau saya ada lebih masa, nak tulis pasal taman lagi (sebab sebenarnya ada banyak kat KL). Tapi kalau saya kena pilih, yang paling favourite ‘Top 5’ saya di atas.
Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ada cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih