2 tahun lepas, bila saya buat “Roadtrip” sekeling Semanjung Malaysia saya lalu Terengganu untuk satu hari je. Walaupun masa tu saya lalu musim hujan, saya rasa macam nak balik Terengganu satu hari nanti..
Akhirnya, lepas 2 tahun saya lawat Terengganu lagi 🙂 Sebab saya baru balik dari 3H2M camping di Pulau Kapas, Terengganu dengan geng hiking saya. Dalam blog post ni saya akan kongsi cerita dan pengalaman saya kat sana.
Hari pertama
Kita naik bas dari Selayang pkl 2 pagi, dan sampai Marang, Terengganu dalam pkl 8 pagi. Nasib baik kita sampai Marang awal sikit, sebab kat sana ada pasar pagi baru buka 😛 Saya beli nasi dagang dan kuih dari pasar tu untuk sarapan. Kuah nasi dagang tu sedap sangat.
Pkl 9Â pagi ferry kami sampai dan kita naik ferry ke Pulau Kapas, perjalanan cuma 30-45minit je, sebab Pulau Kapas tak jauh dari Marang.
Kita buat khemah kat LongSha Campsite, tepi pantai. Walaupun kalau buat khemah kira “basic” sikit (bukan “luxury” macam chalet) saya lebih suka khemah sebab rasa lebih “natural”. Saya pasang hammock antara dua pokok kelapa. Bestnya tidur dalam hammock tepi pantai!
Petang tu kita pergi hiking ke Berakit, disebalik pulau. Trek tu tak susah sangat, dan kita sampai dalam 45 minit. Kat sebalik pulau tak ada pasir, semua batu dan nampak cantik sangat. Kita lepak kat sini sikit dan beberapa orang berani terjun dari batu ke air. Saya rekomen kalau korang pergi Pulau Kapas, buat trekking ni sebab cantik sangat kat Berakit tu, tapi pastikan pakai kasut betul dan bawak air lebih (walaupun trekking x susah, jalan teruk sikit)
Malam ni kita buat BBQ dan main karok bersama (saya tak berani untuk nyani huhu, dengar je)
Hari kedua
Lepas kita masak nasi lemak untuk sarapan, kita pergi snorkling kat pantai lain (kita naik bot ke sana). Walaupun tempat kita buat snorkling x cantik sgt (saya rasa coral kat Pulau Tioman lagi cantik) kita nampak banyak ikan “Nemo”.
Petang ni “free time” untuk buat aktiviti sendiri, sebenarnya saya tidur sikit petang tu sebab rasa penat sikit. Lepas tu beberapa orang (termasuk saya) meneroka pulau sikit, sementara semua orang lain lepak kat kedai minum dekat jeti.
Malam ni kita lepak dan main kad. Kita juga jumpa “Mat Dan”, yang mat salleh famous sebab boleh cakap loghat Terengganu. Mat Dan tinggal kat Pulau Kapas 6 tahun tak silap. Saya dan Mat Dan sembang sikit dalam bahasa melayu, tapi itu rasa pelik sikit haha
Nanti malam ni, kita ada surprise untuk orang lahir bulan ni (bulan Mac) Itu termasuk saya, dan semua orang lain baling kek dan tepung kat kami. Ni kali kedua saya kena surprise macam ni masa birthday saya, tak tahu kalau biasa untuk kena org dengan tepung masa birthday dia, atau mungkin kawan2 saya di malaysia jahat sikit haha 🙂 😉
Sebenarnya, ada gambar saya lepas kena tepung, tapi saya nampak macam zombie sikit jadi tak nak post kat sini..
Hari ketiga
Masa saya bangun hari ni, saya rasa sedih sikit sebab ni hari terakhir dan nanti kita balik KL. Hari ni kita cuma kemas barang dari campsite, lepas tu buat Majlis Penutup.
Masa kita naik bas, kita berhenti untuk makan kat tepi pantai dekat bandar Marang. Kat sana saya cuba makan makanan tradisi dari sana, termasuk Satar (macam otak-otak) dan Akok (satu jenis kuih) Serius sedap!
Juga kita berhenti dekat kedai jual keropok. Orang kata kalau lawat Terengganu wajib untuk beli keropok dan bawak balik ke KL 🙂
Trip ni memang ohsem dan hanya boleh jadi sebab Geng Trekkers Ohsem (geng hiking saya). Diaorang memang ohsem jugak dan saya nak ucapkan terima kasih kat diaorang untuk trip ni, termasuk makanan sedap dan gambar lawa 😀 Yang best sebab ada ramai orang baru join kami trip ni, dan walaupun tak kenal hari pertama sejak kita balik rasa macam dah lama kenal.
Gambar2 dari sana
Kalau nak tengok gambar lagi dari sana, saya letak beberapa gambar bawah ni. Saya tak punya gambar ni, sebab dia ditangkap dari orang lain.
Kalau korang akan pergi Pulau Kapas, saya boleh rekomen pergi ke Campsite LongSha. Kalau nak tanya saya apa2 pasal sana boleh mesej saya 🙂