Singgah makan-makan di Perak

Dalam perjalanan saya balik ke KL dari Kedah haritu, saya sempat singgah di beberapa lokasi di Perak! Mari tengok tempat-tempat yang saya singgah

๐Ÿ“ Roti Bakar Arang Fadzil House

Ini memang lokasi sarapan terbaik di Taiping. Roti Bakar dia pon dibakar menggunakan arang. Memang special bila makan dengan telur goyang dan baked beans . Ada juga pilihan lain seperti roti bakar biasa dan Kari set๐Ÿ”ฅ

Lokasi: 1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/Sb32jDfJLcHCukcNA

๐Ÿ“ Doli Kueyteow Goreng

Yes! Dimasak menggunakan โ˜„๏ธ ARANG juga menjadi sebab tarikan utama di sini. Apabila rasa arang dan ramuan tu sudah sebati, memang terangkat rasa dia ๐Ÿ’ฅ

Lokasi: 5, Regat Tupai, Medan Taiping, 34000 Taiping, Perak

https://goo.gl/maps/wN8WkD77uJsT9a6Q9

๐Ÿ“ Nasi Bamboo Sg Klah

Siapa je yang tak tahu tempat ni. Memang lokasi utama ๐Ÿ mat motor@rider. Saya pon selalu singgah kalau lalu Sungkai. Ada lebih 100 pilihan lauk ๐Ÿ˜ฑ Puas hati betul dapat makan sini ๐Ÿ˜

Lokasi: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

https://goo.gl/maps/vrTXKVJe1n9BDPHn7

Tempat Makan Menarik di Alor Setar

Berakhir sudah short trip ๐Ÿš— saya ke Alor Setar, Kedah. Nak tahu tak saya makan dekat mana lagi di sana? ๐Ÿค” Boleh save awal-awal info ni untuk kegunaan korang ke sana nanti ๐Ÿ“ฒ

Jom kita start ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1. ๐Ÿ“ Petronas Tg Bendahara

Tempat WAJIB Rhys akan pergi untuk cari sarapan adalah di ๐Ÿ“Petronas Jln Tg Bendahara ๐Ÿ’ฏ Ada banyak sangat option sarapan di sini dari kuih-kuih ke makanan berat. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป\

2.๐Ÿ“ Kafe Adik Abang

Dekat sini, SEMUA lauk ada. Haaโ€ฆ Saya berani cakap macam tu sebab ada banyak sangat pilihan lauk. Port nasi berlauk yang memang wajib pergi. Tapi, bagi saya yang istimewa dekat sini adalah Gulai Batang Pisang ๐Ÿ’ฏ

3. ๐Ÿ“Iman Koeyteow Kerang

Koeyteow dekat sini memang berhantu. Asyik teringat-ingat je walaupon saya dah balik. Apa taknya, owner sendiri yang masak tau. Tapi, kali ni saya cuba pula Keoyteow Udang Besar ๐Ÿค Tetap padu ๐Ÿ‘

4. ๐Ÿ“Nasi Kandar Yasmeen

Nasi Kandar ni one of my favourites. ๐Ÿคค Layan betul tau.. Bau nasi tu pon dah menaikkan selera. Yang paling penting, kena ambil ayam goreng tu. Panas-panas dengan crispy lagi.. fuhhh

Makanan Menarik di Penang

Hi semua. Apa khabar? Rhys nak share sikit dekat mana dan apa yang Rhys makan dekat Penang haritu.

Jom lapar sama-sama tengok ni hehe

1. ๐Ÿ“ Restoran Kapitan, Lebuh Chulia

Rhys order Nasi Briyani Claypot Lamb, Roti Naan Garlic dan Butter Chicken. Briyani, yogurt dan rempah lamb tu memang kena rasa dia. Roti Naan ni memang sedap sangat! Cicah sekali dengan Butter Chicken Bertambah padu dan meletop

2. ๐Ÿ“Astaka Taman Tun Sardon

Port sarapan TERBAIK dekat sini. Banyak sangat pilihan dan ada juga yang RARE macam Kuih Serabei. Nasi Lemuni pon susah nak jumpa dekat tempat lain. Sandwich SPECIAL ni pula macam french toast tapi dalam dia ada isi yang pelbagai.

3. ๐Ÿ“Laksa Pokok Janggus

Siapa tak tahu laksa famous di Balik Pulau ni. Orang dari jauh sanggup datang untuk rasa. Bukan ada itu je, banyak lagi boleh order. Rhys tambah Mee udang dan Pisang Goreng yang rangup ni. Makan panas-panas lagi syok!

4. ๐Ÿ“Kedai Makanan Lidiana

Ini memang first time Rhys sampai. Ramai juga tau yang recommend. Ayam masak kicap dia tu memang sedap. Kuah dia pekat dan likat. Boleh tengok sendiri sampai terpantul kilat dia tu. Siapa tak tahu lagi boleh try kedai ni