TOP 5 Makanan di TASEK, KotaSAS

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu ke pergi ke πŸ“TASEK, KotaSAS. Boleh kata semua kedai makan dekat situ saya dah sampai dan makan. Dan harini, saya nak share TOP 5 Makanan di πŸ“Food Court TASEK.

1. Cendol Kepal Durian Pulut (AJA’S DOME CAFE) 🍧

Kombinasi yang cukup lazat! Kemanisan durian di campur dengan cendol yang sejuk dan berlemak tu berjaya menambat hati saya. Tambah lagi kepuasan dengan pulut tu, SEMPURNA!

2.Satay Ayam dan Daging (SYUK SATAY) πŸ—πŸ–

Satay ni dibakar panas bila korang order. Ada juga satay kambing tau! Jadi, sampai meja pon masih panas! Makan pula dengan kuah kacang yang pekat. Kalau rasa tak kenyang, boleh order nasi impit lebih sikit. πŸ‘

3. Yee Mee Ayam Cendawan (SIZZLING & CLAYPOT) 🍜

Kalau korang minat Sizzling, boleh juga cuba di sini. Meletup letup kuah tu bila sampai ke meja saya. Kuahnya pun tak kedekut. Sama juga dengan lauk dan sayur dalam tu! Berselera saya makan dan habiskan πŸ”₯

4. Nasi Lemak Sambal Kerang dan Ayam Goreng (CITARASA CIK NA) πŸ›

Apa yang special dekat sini adalah sambal kerang dia. Dia masak bila korang order je tau! Jadi, boleh rasa kerang yang fresh tu. Saya tambah juga ayam goreng untuk lagi padu!

5. Bakso Beranak (PENYET) πŸ§†

Haaa. Gemok betul bakso ni. Besar macam penumbuk πŸ‘ŠπŸ» saya pon ada. Dalam bakso tu, ada isi lagi bakso bakso kecil dan telur! Ni kalau masih lapar lepas makan, tak tahu laaa… πŸ˜‚

Anak Rhys “Hantu” Satay Muar..

Perghh, rasa macam dah lama Rhys tak buat video… rindu jalan-jalan dan makan-makan.. ?

Sekarang Malaysia dah masuk ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) maksudnya kita dah boleh merentas negeri dan berjalan-jalan kalau kita ikut SOP.

Ini kali pertama Rhys keluar berjalan dengan keluarga sejak Mac lalu, dan juga kali pertama family rhys masuk video… ?

Weekend lepas kami ke Muar, Johor untuk misi makan sarapan satay dan jalan-jalan di Muar. Rhys cuba buat vlog sikit tentang aktiviti-aktiviti Rhys semasa di Muar.

Harap korang semua suka vlog style macam ni (ni rhys shoot dan edit semua sendiri tau… jadi maaf kalau kualiti agak kurang haha)

Dan ye betul… Leo memang kuat makan hahaha…. nak jadi food reviewer macam bapak dia kot ?

Enjoy!

Aku secucuk satay.. Sate Maharani Muar

Di mana pun di muka bumi ini, setiap budaya mempunyai versi daging di atas lidi masing-masing. Di Jepun adanya Yakitori, di Negara-negara Caucasus – Shashlik, Turki – Shish Kebab dan di Nusantara, itulah Sate.

Sate merupakan makanan yang sudah bertapak di Malaysia ratusan tahun lamanya. Berasal dari Kepulauan Jawa, Sate tiba di Malaysia melalui penghijrahan etnik Jawa ke negeri-negeri seluruh Malaysia, termasuklah Muar, Johor.

Uniknya hidangan Sate di Muar bukan sahaja pada rasanya tetapi hidangan ini disajikan sebagai sarapan. Di bandar Muar sahaja, terdapat tidak kurang dari 15 gerai dan restoran yang menyajikan Sate sebagai sarapan.

Sate merupakan hidangan berasaskan daging seperti ayam dan lembu. Organ dalaman seperti perut juga digunakan untuk membuat sate. Kebiasaanya daging di selang selikan bersama lemak dan dicucuk menggunakan lidi buluh.

Sate diperap menggunakan rempah ratus seperti kunyit, jintan manis, serai, dan lain-lain. Sate kemudiannya di panggang di atas bara cukup sekadar memasak daging tersebut. Proses ini amat rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mengelak lidi terbakar dan daging terlebih masak.

Sate kebiasaanya dihidang bersama nasi impit dan juga kuah kacang. Di Muar ini, sate dihidang terlebih dahulu, kemudiannya lidi sate yang dimakan dikira untuk bayaran.

Nak tahu bagaimanakah rasa sate di R&H Cafe Muar? Tengoklah video sini