Syurga Makanan: Warong Kita, Langkawi

Abang, kakak, adik-adik, harini saya nak share satu tempat yang memang boleh jatuh cinta dengan sarapan kat tengah-tengah Langkawi ni. Betul-betul, Warong Kita ni wajib korang pergi kalau nak makan sarapan yang best gila. 🌴

 Warung Kita , Langkawi
Suasana nyaman dia Warung Kita dengan Pelbagai jenis lauk untuk sarapan.

Menu:

Sarapan Dengan Empat Jenis Nasi 🍚

Bayangkan je la, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kandar, dan nasi putih, semua datang dengan pelbagai lauk kampung yang memang sedap gila. Macam pertandingan sarapan Langkawi, dan kedai ni memang juara beb!

Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang menjadi menu utama di Warung Kita

Nasi Dagang Langkawi 🏝️

Langkawi mungkin jauh dari pantai timur, tapi Warong Kita ni boleh bawak pantai tu datang kat Langkawi. Nasi Dagang dia memang best gila. Kari ikan Aya dan acar timun tu dipadankan dengan nasi yang dicampur dengan santan, rasa sedap tu akan bermain dekat lidah korang dan membuat korang teringat-ingat rasa nasi dagang ni sampai ke dalam mimpi. 💃💥

Caption : Nasi Dagang dengan Kari Ikan Aya

Nasi Kandar Legenda 🌶️

Kalau korang datang Langkawi tak pekena Nasi Kandar kat Warong Kita, memang tak lengkap percutian korang! Tempat ni macam port rahsia untuk masakan kampung. Ada sambal paru (paru lembu, gais!), kari ayam, kari ikan Aya, dan yang paling menggoda, daging masak hitam (ye, dia hitam macam jiwa korang waktu malam), semua ada. Kalau korang pandai campur kuah, korang memang mantap! 😋🌮

 Kari Kepala Ikan Untuk dimakan dengan Nasi Dagang
Rendang Masak Hitam Warung Kita
Sambal Paru Warung Kita

Suasana:

Warong Kita ni best sangat tau guys. Dia dekat Jalan Pantai Chenang-Airport kat Langkawi, Kedah. Atmosfera dia friendly gila, rasa macam singgah makan kat rumah mak cik yang cool habis. Tempat dia pun macam kampung, tambah lagi vibe dia cozy, perfect tempat merasa budaya Malaysia sambil makan. 🍽️

Bak kata Mat Salleh, Breakfast Like A King!

Kesimpulan:

Okay, guys, cerita dia simple je: Warong Kita ni tempat magik makanan berlaku. Kalau korang nak start hari dengan sarapan Malaysia yang power atau nak makan Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang mantap, tempat ni wajib korang kunjungi. Serius, korang akan keluar dari sini dengan hati gembira dan perut kenyang. Tak payah fikir panjang, jangan tinggalkan Langkawi tanpa makan kat Warong Kita. Tempat ni macam syurga makanan dekat Langkawi! 🌟🏖️

Port makanan Brazil  di Singapura!

Dekat Singapura pun ada port makanan Brazil?! Saya berkesempatan untuk singgah dan cuba sendiri restoran masakan makanan diterbangkan dari Brazil yang memang padan dengan citarasa saya  saya geng! 😋 Ini adalah kali pertama saya mencuba makanan yang didatangkan khas dari Brazil, dekat Singapura pun ada hehe 📍 Di Casa Brazilia ni pelbagai menu makanan Brazil ada tau! Kawasan restoran ni pun selesa dan staff pun memang friendly! 😍✅. Semua menu dekat sini memang menarik untuk korang cuba!

Casa Brazilia, Singapura

Kalau korang teringin nak rasa sendiri makanan yang dari Brazil ni, korang pun tak perlu susah-susah terbang ke Brazil hehe ✈️ sebab dekat Singapura ni pun dah ada port restoran Brazil seperti Casa Brazilia ni.😋🍽️ Bahan masakan yang digunakan dekat restoran ni memang semuanya berkualiti dan segar 🥓🥩🍖 Jadi, memang dapat rasa kesegaran daging yang digunakan dan memang puas hati! 🥰💯

Menu yang ada dekat Casa Brazilia ni mesti buat korang tertarik sekali untuk cuba sebagai kali pertama untuk makan makanan dari Brazil ni! Saya ada pesan TIGA jenis dari restoran ni 👑

MAIN DISH👑
Brazilian Barbeque Cut

  • Chicken Bone In
  • Garlic Beef
  • Picanhas
  • Fillet Mignon
  • Beef Hump
  • Lamb Leg Bone In
  • Beef Rump Cap
  • Barbequed Pineapple
  • Chicken Hearts
  • Smoked Duck
  • Butter Fish

Brazilian Dessert

  • Papaya Creme de Cassis
  • Brigadeiro

Brazilian Sides
-Goat Cheese Crostini

  • Empanadas

Brazilian Compliments

  • Grilled Lettuce
  • A Soup At Brazil
  • Garlic Rice
  • Caprese Salad
  • Barbecue Garlic Bread

Menu lain pun ada geng dekat sini untuk korang cuba. Harga pun memang puas hati dengan portion dan rasa makanan itu sendiri!

1️⃣Menu yang pertama saya cuba di Casa Brazilian ialah Brazilian Barbeque Cuts, ini adalah antara menu wajib cuba kalau makan delta restoran ni 🥓🥩🍖 Paling menarik sekali staff sendiri yang akan potong daging di meja makan saya sendiri 🤩⚡ Bila makan je daging Brazilian Barbeque Cuts ni terus jatuh cinta sebab daging memang padat dan segar 😋🍽️ Pelbagai jenis cuts untuk korang pilih dalam menu ni!

Casa Brazilian Barbeque Cuts

Menu yang kedua 2️⃣ pula, ini pun adalah menu yang mesti cuba di restoran ni. Saya pesan antara menu untuk Brazilian Sides 🍹🍹 Sides yang saya pesan ini ialah Mocktail: Brazilian Pina Colada dan Rio Carnaval. Sejujurnya, kedua-dua menu ni bila korang rasa memang dapat rasa segar dan berkrim! 💯 🤤 Tak dinafikan, semua jenis menu dekat Casa Brazilia ni wajib cuba kalau singgah ke sini!

Brazillian Sides

Menu yang ketiga saya cuba ialah Brazilian Compliments. Menu kali ini memang kaya dengan rasa yang saling melengkapi ✨ Memang banyak jenis makanan dalam satu set Compliments ni sendiri. Dapat ras tekstur yang padat dan memang puas bila makan menu ni 👌🏻 Kalau korang berkesempatan untuk singgah ke Singapura, boleh cuba menu yang saya syorkan ni sebab memang berbaloi untuk cuba!🍃

Brazilian Compliments

Pada pendapat peribadi saya, menu yang saya cuba di Casa Brazilia ni memang berbaloi sebab dapat merasai makanan dari Brazil sendiri di Singapura sahaja👍🏼Ini adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain patut cuba.🍲 Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senang🥘🥗! Korang memang wajib datang untuk makan di Casa Brazilia ni! 🫱🏻‍🫲
Lokasi:

CASA BRAZILIA
📍25 Teo Hong Road, 088333, Singapore

📲 Facebook: Casa Brazilia
📲 Instagram: @casabrazilia_sg
📲 Website: https://casabrazilia.sg
📲 Contact: +65 8764 5552

Juadah Selera Kampung Rasa Premium  di Cyberjaya!

Makanan kampung rasa premium?! Baru-baru ni saya ada jumpa restoran masakan kampung yang memang padan dengan citarasa orang melayu geng! 😋 📍 Kat Kocha Lala ni pelbagai menu makanan kampung tau! Restoran dia pun dah memang cantik, ada 2 tingkat lagi 😍✅. Lepas ni kalau saya singgah Cyberjaya, memang akan rasa nak makan dekat sini lagi ✅

 Kocha Lala, Cyberjaya

Bahan-bahan masakan yang dimasak dekat Kocha Lala ni memang semuanya segar dan dimasak terus bila ada pesanan. Jadi, memang dapat rasa nikmat makan bila semua bahan segar kan? Semua menu dekat Kocha Lala ni memang padu geng sebab banyak jenis makanan yang ada! Terus rambang mata nak makan yang mana. Memang seronok kalau makan dengan keluarga dan kawan-kawan! 😋

Memang terliur bila tengok balik makanan yang saya order dekat Kocha Lala ni, saya order TIGA jenis menu yang paling kena cuba dekat Kocha Lala ni 👑

MAIN DISH👑

  • Nasi Lemak bersama Sambal Sotong
  • Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak
  • Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Banyak lagi menu lain yang ada dekat restoran ni, harga pun memang berbaloi dan puas hati sebab boleh pilih banyak jenis makan yang ada dekat sini!

Menu yang 1️⃣, saya pesan menu mereka yang wajib cuba bila singgah dekat Kocha Lala ni mestilah Nasi Lemak Sambal Sotong 🍲. Sambal sotong ni memang kaw sebab ada rasa pedas dan rasa nak tambah lagi bila makan tu⚡ Sotong yang mereka gunakan pun besar dan segar memang puas hati, akan bertambah-tambah kalau makan ni! 🦑😋🍽️

Nasi Lemak bersama Sambal Sotong

Menu yang 2️⃣ ni pula, saya cuba Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak🥘 Sejujurnya, memang puas makan ni sebab ikan pun besar dan isi padat weh! 💯 Kuah Ikan Jenahak Tempoyak ni ada rasa sedikit pedas 🔥 manis, masam dan paling penting tekstur kuah pekat sedikit dan memang kena dengan citarasa saya 🤤 Memang tak pelik lah kalau menu ni antara yang wajib cuba dekat Kocha Lala ni!

Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak

Untuk menu yang terakhir ni pula, saya makan Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar ✨ Tak dinafikan, bila makan menu ni dapat rasa aroma udang yang segar dan tekstur kuah pun pekat, memang layan bila makan Mee Bandung ni👌🏻 Untuk penggemar makanan Johor, Mee Bandung dekat Kocha Lala ni patut ada dalam senarai patut cuba kalau makan dekat restoran ni!🍃

Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Akhir sekali, menu lain pun kena cuba juga terutama sekali Daging Burung Unta Masak Asam Ala Utara, pertama kali saya cuba menu ni dan memang syorkan korang untuk cuba 👍🏼 Antara menu lain yang memang saya recommend untuk cuba ialah

  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Udang Galah Goreng Kunyit
  • Rendang Ayam Pencen
  • Oreo Goreng Kocha Lala

Pada pendapat saya sendiri, semua menu yang ada di Kocha Lala ni sangat berpuas hati dengan harga dan berbaloi dengan portion makanan dekat sini 👍🏼Ini adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain juga patut cuba.🍲 Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senang🥘🥗! Korang memang wajib datang untuk makan dekat Restoran Kocha Lala ni! 🫱🏻‍🫲
Lokasi:

KOCHA LALA
📍D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

📲 Facebook: https://www.facebook.com/kochalalakafekampung/
📲 Instagram: @kochalalacyberjaya
📲 Website: https://kochalala.com/