Okra by SWG – Shellout Padu di Singapore

Puas saya cari makan di Singapore haritu dan saya jumpa juga salah satu port Shellout yang best iaitu di πŸ“ Okra by SWG, 10, Jalan Pisang Singapore. Kat sini memang best makan Shellout mereka tapi bukan tu je yang ada, banyak lagi menu Asian Fusion yang sedap-sedap korang boleh try tau πŸ€©πŸ˜‹ Nak tahu apa yang saya cuba? Jom…

Okra by SWG – Jalan Pisang

Vibe dia memang nice lah. Ada elemen aesthetic dan instagrammable juga. πŸ“ΈπŸ“Έ Nak makan Shellout pun mestilah ada class! Dari alas kaki sampai la ke meja makan. Interiornya cukup memukau pandangan saya. 🀩

Hampir nak buka kasut sebelum masuk bila tengok alas kaki dia tu 😁

Pertama, saya makan πŸ”₯ Bone Steak Mee Bandung. Selalu kalau saya makan Mee Bandung, mesti dapat cebisan daging sahaja. Tapi, dekat sini dia bagi Bone Steak weh! πŸ– Daging dia tu pun empuk je. Gabung sekali dengan rasa pedas dan berlemak tu, MANTAP! πŸ’₯

Itu dia πŸ”₯ Shellout yang ditunggu-tunggu. Saya tak nak pening-pening, saya terus ambil dua jenis flavour iaitu πŸ”₯ Chili Crab dan πŸ”₯ Spicy Cajun. πŸ˜‚ Yang mengagumkan – dia bukan serve dengan nasi putih biasa tau! Dia guna fragrant rice dan boleh juga tambah mantou bun. Terbaik la! πŸ’―

Antara flavour lain yang ada adalah:

  • Signature Triple Sambal
  • Lemak Chilli Padi
  • Black Peppercorn
  • Salted Egg
  • Lemon Butter & Herbs

Eh! Kalau nak makanan ringan pun ada juga sebagai starters. Macam biasa, saya order dua jugak. 😝 Hehe… Ada πŸ”₯ Truffle Fries – bukan biasa-biasa tau makan fries dengan truffle. Siap ada parmesan cheese lagi. Puas hati betul la. Ada juga πŸ”₯ Spicy Korean Chicken. Ini memang tak pernah mengecewakan. Ayam rangup dan panas bersama sos pedas Korea tu semestinya kegemaran semua.

Korang boleh juga order starters yang lain iaitu:

  • Salted Egg Chix Bites
  • Soup of the day

Tak lengkap la kalau tak segarkan tekak dengan minuman dia yang pelbagai di sini. ❄️ Ehhh. Ini semua non-alcoholic tau. βœ… Untuk bottles, saya terus ambil πŸ”₯ Ice Bucket yang ada:

  • Flying Cauldron Butterscotch Beer
  • Virgil’s Black Cherry Cream
  • Virgil’s Root Beer
  • Bundaberg Ginger Beer
  • Bundaberg Blood Orange

Mereka juga ada pelbagai mocktails. Yang saya order ni adalah πŸ”₯ Shirley Temple. Dalam tu ada grenadine syrup, club soda dan maraschino cherries. Memang refreshing la weh! ✨ Ada banyak lagi pilihan lain seperti:

  • Lychee Mojito
  • Cosmopolitan
  • Frozen Apple Margarita
  • Aurora Sunrise


Haa.. Tengok muka saya tau – tersenyum lebar! 🀣 Hihi. Makan macam-macam dan semuanya menyelerakan dekat sini. πŸ‘πŸ» Mesti la tersenyum macam tu kan. πŸ˜‹ Saya nak korang pula rasai keseronokan ni. Tempat ni sesuai sangat untuk datang makan ramai-ramai. Cepat datang singgah dan jangan segan okay! Jumpa lagi… πŸ‘‹πŸ»

πŸ“ Okra by SWG
10 Jln Pisang, Singapore 199077
https://goo.gl/maps/sSWHTWSJ9jeSJLBt7

πŸ“² Instagram: @okrabyswg
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/okrabyswg/
πŸ“² Website: okrabyswg.com

The Malayan Council – Port Selebriti Makan di Singapura!

Sewaktu pergi Singapura haritu, ramai betul yang cadangkan supaya saya makan di The Malayan Council. Ada yang kata, biasanya selebriti atau menteri selalu makan situ… 🀩 Apa yang menarik sampai ramai ke sana? Jom tengok sendiri 😎

The Malayan Council (Bussorah)

The Malayan Council memberikan suasana yang versatile.πŸ™ŒπŸ» Mereka meraikan makanan Malay-Asian dan Western fusion dalam masakan mereka. Bukan itu je, restoran Muslim owned ni hanya guna bahan-bahan premium terpilih sahaja tau! Boleh rasa vibe mewah bila makan di sini. 🌟 Kepuasan dari segi makanan, pengalaman dan layanan dijanjikan di sini.

Smoked Duck Lemak Chili Padi di The Malayan Council

Walaupun Smoked Duck Lemak Chili Padi hasil fusion Asian-Western, Lemak Chili Padi tu memang terasa keasliannya. Saya suka betul sebab dia pair sekali dengan Smoked Duck yang sangat juicy. Smoked Duck ni dimasak dengan Unagi Sauce. Ha.. nampak tak. Ada pelbagai rasa dalam satu hidangan. Tapi tetap serasi bila makan sekali. πŸ”₯


Alamak, teringat-ingat pula dengan Smoked Duck tu…. Kena datang lagi ni.

Roti Kirai Beef Ribs

Ada orang panggil Roti Kirai… Ada juga yang panggil Roti Jala.
Tapi, premium habis tau ni. Selalu cicah dengan kuah kari je kan? Dekat sini, saya makan Roti Kirai dengan Beef Ribs yang direbus dan disalut dengan sos Sapit buatan The Malayan Council sendiri. Maknanya, dekat sini je korang boleh cari hidangan dan rasa yang sama macam ni. 🀯

Paling penting, beef ribs dia tu tender sangat tau. Empuk gila..

Classic Ondeh-ondeh Cake – sangat moist!

Dah kenyang makan, mestilah kita makan dessert pulak! Saya jatuh hati dengan kek ni sebab rasanya SEMPURNA. Bila makan tu, boleh rasa hirisan gula melaka asli dan drizzle kelapa dalam dia. πŸ’― Tak lengkap kalau tak makan kek di The Malayan Council ni.

Di The Malayan Council, makanan yang disajikan melebihi expectation saya. βœ… Patut la ramai berebut datang ke sini. Kalau nak selamat, baik buat reservation awal-awal tau. Sebab memang ramai yang suka datang dan makan di sini. Saya dah tau sebabnya kenapa.

Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan signature dishes yang lain seperti:

  • Asam Pedas Seafood Aglio Olio
  • Lamb Mandhi Kabuli
  • Barramundi Truffle Porcini
  • Durian Pengat Cake
  • Chocolate Ovaltine Cake
  • Dan banyak lagi!

Kesimpulannya, patut la ramai orang ternama datang ke sini, makanannya memang premium dan susah nak cari dekat tempat lain untuk dapat rasa yang high end macam ni. Servis pon laju dan bertaraf 5 bintang. Apa lagi ada suasana dan dekorasi yang cantik membuatkan pengalaman saya di The Malayan Council terasa sempurna. Cantik juga ni kalau nak buat gathering atau small events. Ini yang kena datang lagi ni!

Siapa yang nak pergi atau ada di Singapura tu, saya recommend korang untuk datang makan di The Malayan Council!

Kalau sesiapa yang nak buat wedding, boleh try tengok lokasi di Winstedt ni. Memang sesuai sangat nak buat wedding atau event!

The Malayan Council cawangan Winstedt

πŸ“ The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7

πŸ“ The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8

πŸ“ The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37

πŸ“ The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6

πŸ“ Fullerton Outlet (Akan dibuka pada November 2022)

Selain daripada The Malayan Council, korang boleh juga try pergi ke πŸ“ The Fortune Cookie yang turut berkonsepkan makanan Chinese halal.

πŸ“ The Fortune Cookie
11 Bussorah St,
Singapore 199432
https://goo.gl/maps/Ck6uMRfHu3kPdMTN9

πŸ“² Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
πŸ“² Instagram: @themalayancouncil

TOP 5 Makanan di TASEK, KotaSAS

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu ke pergi ke πŸ“TASEK, KotaSAS. Boleh kata semua kedai makan dekat situ saya dah sampai dan makan. Dan harini, saya nak share TOP 5 Makanan di πŸ“Food Court TASEK.

1. Cendol Kepal Durian Pulut (AJA’S DOME CAFE) 🍧

Kombinasi yang cukup lazat! Kemanisan durian di campur dengan cendol yang sejuk dan berlemak tu berjaya menambat hati saya. Tambah lagi kepuasan dengan pulut tu, SEMPURNA!

2.Satay Ayam dan Daging (SYUK SATAY) πŸ—πŸ–

Satay ni dibakar panas bila korang order. Ada juga satay kambing tau! Jadi, sampai meja pon masih panas! Makan pula dengan kuah kacang yang pekat. Kalau rasa tak kenyang, boleh order nasi impit lebih sikit. πŸ‘

3. Yee Mee Ayam Cendawan (SIZZLING & CLAYPOT) 🍜

Kalau korang minat Sizzling, boleh juga cuba di sini. Meletup letup kuah tu bila sampai ke meja saya. Kuahnya pun tak kedekut. Sama juga dengan lauk dan sayur dalam tu! Berselera saya makan dan habiskan πŸ”₯

4. Nasi Lemak Sambal Kerang dan Ayam Goreng (CITARASA CIK NA) πŸ›

Apa yang special dekat sini adalah sambal kerang dia. Dia masak bila korang order je tau! Jadi, boleh rasa kerang yang fresh tu. Saya tambah juga ayam goreng untuk lagi padu!

5. Bakso Beranak (PENYET) πŸ§†

Haaa. Gemok betul bakso ni. Besar macam penumbuk πŸ‘ŠπŸ» saya pon ada. Dalam bakso tu, ada isi lagi bakso bakso kecil dan telur! Ni kalau masih lapar lepas makan, tak tahu laaa… πŸ˜‚