Bandingan durian Malaysia dengan durian negara-negara lain

Sebelum saya tulis, saya nak cadangkan korang baca blog ni dulu (kalau korang belum lagi) sebab blog ni jelaskan macam mana saya jadi ‘Orang sayang Durian’

Saya rasa bangga saya boleh tahan bau dan cita rasa durian, dan rasa bangga boleh panggil saya ‘Orang sayang durian’.

Dulu, saya tak nampak buah durian kat negara lain, dan saya fikir boleh cari durian kat Malaysia sahaja, dan mungkin orang kat negara lain boleh tumbuh durian tapi dia tak suka bau dan cita rasa 🙂

Tapi lepas saya duduk sini dah lama, dan mula melawat negara lain di Asia, saya baru perasan durian kat banyak negara lain. Lepas tu saya fikir nak buat misi cari dan makan durian dari semua negara Asia 🙂

Jadi, inilah bandingkan durian negara lain dan durian Malaysia:

Malaysia

Saya ada banyak pengalaman durian malaysia, jadi cakap pasal durian Malaysia dulu. Nasib baik kat Malaysia ada banyak jenis durian, dan banyak tempat boleh beli.

durian malaysiaSebab ada banyak jenis kat Malaysia, senang untuk cari durian yang sedap. Memang senang kalau masih musim buah. Kalau nak banyak buah boleh beli ‘durian kampung’ (biasanya 2 ke 3 untuk RM10). Tapi durian tu ada risiko sikit, kandang2 dia tak sedap atau ada satu biji busuk, tapi durian kampung murah. Kalau nak confirm ada yang sedap dan masak beli yang D24, Udang Merah dan lain2.

Singapura

durian singaporeOk, bahagian ni kecil sikit sebab durian kat Singapura tak ade beza sangat berbanding dengan Malaysia. (saya rasa dia tak tumbuh durian kat Singapura, dia import dari Malaysia haha) Ada satu beza antara durian Malaysia dan Singapura, durian Singapura nombor harga sama, tapi lebih mahal (kat sini kalau RM10, kat sana $10… )

Cita rasa: Sama dengan Malaysia

Rupa: Sama dengan Malaysia

Harga: 2-3 kali lebih mahal ($10 sebungkus = RM30)

Brunei

Percaya atau tak, saya pernah pergi Brunei dua kali. Kali terakhir saya pergi sana, saya makan sebuah durian kampung Brunei kat BSB (Bandar Seri Begawan). Saya beli dari pasar dekat waterfront sana.

durian bruneiDurian kat sana ada beza anatara Malaysia. Kat sana durian tu ada banyak segmen kecil, dan banyak biji. Serius lah, lepas makan sebuah durian ade banyak biji. Tengok gambar kat kiri

Durian tu rasa sedap dan manis, dia tak rasa pahit dan ade banyak lemak. Sedap! Tapi, sebab biji kecil, lepas makan setengah buah rasa kenyang 🙂

Cita rasa: Manis dan berlemak, tak pahit .

Rupa: Buah kecil, banyak biji kat dalam

Harga: Harga sama dengan Malaysia ($5 sebuah = RM15)

Myanmar

durian yangonYa, korang baca ni betul, kat Myanmar dia suka durian jugak, walaupon cuaca kat sana tak sama dengan Malaysia (kat sana lebih kering dan panas).

Durian kat sana ada dua jenis berbeza dari durian Malaysia, ada satu jenis yang besaaar. Serius besarnya, macam dua ke tiga kali lebih besar dari Malaysia, durian tu boleh memberi makan untuk satu keluarga.

Lagi, duri durian dia lebih tebal dan lebih besar dari durian Malaysia, so durian ade rupa tak cantik sangat.

Cita rasa durian Myanmar ok sikit, dia tak rasa kuat dan tak bau sangat, tapi rasa macam hambar sikit. Dia ok je, tapi tak sedap sangat.

Cita rasa: Ok je, tak sedap sikit dan pahit sikit. Hambar lah

Rupa: Besar, duri tebal dan besar. Rupa tak cantik, lebih semula jadi (macam terus dari pokok)

Harga: Harga lebih dari Malaysia* (7000 kyat sebuah = RM24)

*Tapi mungkin dia bagi saya harga tourist, dan orang dari sana bayar harga kurang

Thailand

Orang kata kat saya, orang Malaysia heboh pasal durian dari Thailand. Betul ke tak?

durian thailandSaya pergi Chiang Mai (kat Thailand Utara) dan nampak durian kat pasar malam sana. Dia tak jual sebuah durian, dia dah potong dan bunkus.

Segmen durian dia besar, saiz macam genggaman tangan. Tapi kat dalam ada biji besar, so tak ade banyak boleh makan. Durian tu rasa berkrim dan manis.

Cita rasa: Berkrim, manis

Rupa: Tak tahu rupa buah, tapi rupa segmen besar, dan kat dalam ade biji besar.

Harga: Harga kurang sikit dari Malaysia (65bhat sebungkus = RM7)

United Kingdom

durian UKOk, saya belum cuba durian kat UK,  sebab kat sana durian mahal gila dan jarang nak cari. Tapi kat sana boleh cari kedai kecil import gula2 dan puding dari Asia. Kat sana boleh beli gula2 dan puding durian je 🙂

Lain kali saya nak bawa keluarga saya dan adik beradik saya cuba durian kat London  (kalau dia tak boleh melawat saya kat sini dan cuba durian Malaysia dulu haha) Lepas tu saya boleh bandingan durian UK..

Kesimpulan

Jujurlah, saya fikir Malaysia ada durian paling best. Bukan sebab durian kat negara lain tak sedap, tapi sebab kat Malaysia ada banyak jenis dan pelbagai durian. Kat negara lain, dia tak ada banyak pilihan. Kat sini ada banyak gerai tepi jalan dan boleh pilih apa jenis durian awak nak. Sebab itu saya fikir Malaysia negara yang terbaik untuk durian.

Apa jenis durian korang suka? Letak komen di bawah 🙂

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ada cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Jalan-jalan di Malaysia Bahagian 3

Akhirnya, bahagian 3 dah sampai. Maafkan saya, sebab sebenarnya asalnya blog ni ialah Vlog, tapi saya baru belajar bahasa melayu masa tu dan rasa malu bila tengok Vlog tu. Jadi saya x publish dan biar bahagain tu.

Tapi sekarang, walaupun Roadtrip ni saya buat Disember 2013, dan bahagain 1 dan 2 saya tulis Disember 2014, bahgian 3 dah siap. Kat UK kita ade frasa “better late than never” (“lebih baik lewat, berbanding dengan yang tidak sampai” kan?)

Jom. Mula blog ni

Alor Setar

Lepas saya cari hotel kat Alor Setar, saya nak rehat sikit sebelum sambung roadtrip saya. Hari ni hari ke-empat, dan setiap hari pandu antara 6-10jam. Penat gila lah.

So pagi ni, saya meneroka bandar Alor Setar. Pergi Menara dia, pergi ke Kuala Kedah dan pandu sebelah pantai. Saya suka tempat tu sebab memang tanah rata, ade padi sepanjang boleh tengok dan dia hijau sangat. Confirm cantik. Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah:

Padi dekat Alor Setar, Kedah

Perlis

Lepas Alor Setar, saya pergi utara ke Perlis. Perlis ialah negeri yang paling kecil kat Malaysia kan? Dia rasa macam tu, sebab rasa macam tak ade ramai orang. Negeri kecil sangat, saya rasa macam baru-baru masuk negeri, tapi dah kat sempadan Thai 🙂

Bila dekat sempadan, saya nak pergi Thailand kejap, tapi tak boleh pandu kereta tu, sebab dia kereta sewa. Kat sana ade satu pakcik dengan taxi, dia kata dia boleh bawa saya per Pusat Membeli-belah kat Thailand untuk RM50 je. Tapi saya risau, RM50 pergi sana – berapa kalau nak balik? Biasanya orang dari UK risau banyak pasal benda macam ni, tak nak orang cekik darah kita lah 🙁

Dan, saya kena sampai Penang malam ni! Ade juah lagi!

*Nasib baik saya tak pergi Thailand, sebab hari tu dia ade 2 bom dekat sempadan kat Thailand, memang dekat Padang Besar… 

On the way dari Padang Besar kepada Kedah, saya nampak tanda untuk Gua Kelam. Saya tak pernah pergi Gua, jadi saya rasa “Ok, jom tengok Gua ni sekejap”.

Sebenarnya, kalau nak pergi Gua Kelam, kena lalu Taman Negara Wang Kelian. Taman tu cantik sangat, ade banyak Bukit/Gunung dan jalan raya lalu semua. Dan lagi, saya naik jalan salah dan sesat kat sana.

Chop sekejap. Saya nak bagitahu cerita ni kejap. Cerita ni pelik dan takut sikit. Saya sesat sangat dan tanya orang kat tepi jalan macam mana pergi Gua Kelam. Dia kata, “pergi terus, lepas tu kanan, lepas tu terus awak sampai kat Gua”

Tapi lepas saya pergi kanan, jalan tu jadi jalan kampung. Dan jalan tu jadi lebih sempit. Lepas 10 minit, saya pandu lalu jalan tanah dan hutan.

Saya fikir “Apa ni lah, ni tak jalan pergi  ke Gua Kelam kan”

Lepas ni, nak pusing balik. Tapi, jalan sempit sangat. Dan kereta tersangkut. Aduh….

Sesat kat Wang Kelian
Sesat kat Wang Kelian

 

Saya kelaur kereta nak ambil gambar.. tapi rasa macam tempat tu tak selamat sangat. Kita memang dekat sempadan Thailand, tak ade orang lain dan ade gunung dan bukit kat sebelah. Yang ni pertama kali saya rasa takut sikit kat negara ni. Saya kat ‘middle of nowhere’…

*Tapi benda yang palik takut ialah benda yang ni. Awal tahun 2015, berita Malaysia dan Antarabangsa dilaporkan kat Wang Kelian tu dia ade ‘kem penyeludupan manusia’ dan ramai orang meninngal dunia kat sana. Tempat kem tu kurang 500 meter dari tempat kereta saya tersangkut. Rasa macam gigil lah :O Mungkin sebab itu saya rasa tak selesa bila keluar kereta kat sana..*

Lepas kereta belum tersangkut, saya balik ke jalan utama dan pandu balik ke jalan raya. Lepas 15 minit baru nampak tanda ‘Gua Kelam’ 🙂

Gua Kelam Perlis
Masuk ke Gua Kelam ‘The Cave of Darkness’

Gua Kelam ialah tempat yang menarik, dan saya suka tempat tu. Apa yang menarik ialah lepas masuk gua tu, lepas jalan untuk 10 minit sampai kat sebelah lain bukit – dan kat sana ada taman. Ade kolam, ade kerusi, ada sungai, pun ade orang tengah buat piknik kat sana. Tapi kena lalu gua yang gelap dan kelam untuk sampai sana. Macam taman tu ‘Secret Garden’. Kelakar lah haha

Lepas Gua Kelam saya terus pandu kepada Penang. Berhenti sekejap kat satu tempat tepi jalan. Tempat tu memang cantik, ada tasik yang besar dan gunung kat belakang tu. Saya tak sempat ambil gambar, tapi saya boleh ingat pemandangan tu untuk selamanya.

Saya rasa bahagian ni dah panjang, dan ada banyak cerita. Saya boleh teruskan cerita Roadtrip saya dalam bahagian 4.

Saya nak mengaku. Saya memang suka negeri Perlis. Negeri tu ialah negeri hijau, ada banyak hutan, padang, pokok dan benda lain hijau.  Rasa macam alam kat sana. Dan lagi, kat sana senyup. Saya memang suka negeri tu dan saya harap saya boleh balik sana satu hari nanti, tengoklah mungkin satu hari nanti saya cuba duduk kat sana…

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya letak komen di bawah. Terima Kasih

Cover image dari Marufish – Flikr

 

Orang Putih vs Raja Buah – Durian Runtuh

Akhirnya musim buah dah sampai, dan ni maksudnya boleh makan banyak durian!

Satu benda pelik dan menarik pasal malaysia ialah banyak rakyat malaysia memang suka buah durian. Mereka suka durian sangat, mereka buatkan peribahasa “Durian Runtuh” – maksud “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”. Inilah contoh berapa banyak mereka suka durian sangat , dia kata durian sama dengan untung besar. Kelakar betul tak?

TAPI bila saya baru sampai malaysia saya langsung tak faham kenapa orang sini suka buah itu. Kenapa orang heboh pasal durian lah? Buah tu bau sangat (kadang2 bau macam sampah), dan bila saya cuba rasa macam dia dah busuk lah.

Cop! Sebelum awak marah kat saya untuk menghina ‘Raja Buah’, biar saya bagitahu. Sekarang saya memang suka durian dan berikut cerita macam mana saya jadi ‘orang sayangi durian’.

Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html
Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html

Sebenarnya, kalau orang barat atau ‘mat salleh’ nak suka durian, dia mesti makan tiga kali dulu. Betul! Macam ni, pertama kali dia makan dia memang tak suka (dan nak bersihkan mulut dengan sabun terus lepas makan), dan biasanya lepas ni dia tak nak cuba lagi dua kali. Kebanyakkan orang tak nak cuba lagi. Tapi dia kena cuba lagi sekali. Kali kedua sama, rasa tak baik sangat. 99% orang berhenti sekarang. Tapi orang berani cuba durian kali ketiga dan dia “dapat durian runtuh” ( “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”) dan untung itu ialah buah yang paling sedap dan enakkan. Ni menjelaskan kenapa orang putih yang tinggal kat malaysia masa yang lama suka durian, dan jarang nampak orang putih pelawat suka durian. Macam gambar di atas.

Sebab itu sekarang saya memang suka durian, dah makan 3 kali dan lepas kali ketiga makan banyak lagi. Durian ialah buah tropika saya paling suka dan makan banyak kali sebulan (kalau musim). Sebab masih musim sekarang(bila saya tulis post ni) saya kerap pergi gerai durian.

Jadi, lain kali awak nampak saya makan durian, jangan jsayan sahaja lah – cakap kat saya dan kita boleh share2 berberapa biji durian 🙂