Dโ€™Mums Cafe – Port Makan Sepanjang Hari di Johor Bahru! ๐Ÿ›๐Ÿฒ๐Ÿšโ˜•

Sebelum ini, saya pernah ke Dโ€™Mums Cafe untuk menikmati sajian apa yang ada di sana. Waktu tu, waktu operasi mereka dibuka dari petang hingga ke malam sahaja. Baru-baru ni, mereka sudah melancarkan menu sarapan dan tengahari pula – secara langsung memanjangkan waktu operasi dari 7:00AM-12:00AM di Adda Heights, Johor Bahru ni. Apa pula yang disajikan kali ni? Jom kita tengok. ๐Ÿ”Š

Saya sangat terkejut apabila datang untuk menikmati sarapan di sini sebab hidangannya sangat besar! ๐Ÿ˜ฑ Kalau korang jenis yang selalu lapar dan perlukan makanan berat pagi-pagi, inilah tempatnya. Mesti tak menyesal dan masuk kerja pun dalam keadaan bertenaga. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Tak sah la kalau tak ada Lotong Kering Sultan di Johor Bahru! Kenapa ada nama Sultan? ๐Ÿ‘‘ Haa.. Tengok apa yang dihidangkan sekali dalam pinggan tu.. Ini bukan Lontong Kering biasa. Siapa ada Sambal Paru, Ayam Goreng dan semestinya Sambal Jawa. ๐ŸŒŸ Pehโ€ฆ Memang tak kedekut langsung! ๐Ÿ‘๐Ÿป

Untuk penggemar nasi lemak, sila cuba Nasi Lemak Madu 3 ni. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Ada 3 lauk dalam satu pinggan! Nasib baik โ€˜maduโ€™ tu semua berbaik dalam perut saya.. ๐Ÿ™ˆ Dalam pinggan tu ada Sambal Paru, Rendang Puyuh dan Telur Mata. Bila makan ni memang senang hati dan perut la.. ๐Ÿค—

Nasi Ambeng Otai

Lagi special, korang boleh juga order Nasi Ambeng Otai untuk sarapan di sini. ๐Ÿ’ฏ Walaupun ini hidangan untuk seorang makan, portionnya memang boleh kongsi dua orang! ๐Ÿ”ฅ Atas pinggan ni ada nasi putih, mee goreng, telur masin, sambal paru, sambal jawa dan ayam goreng. Haa.. Nak apa lagi? Masih tak cukup ke? Minta je tambah kalau nakโ€ฆ Tapi saya cabar habiskan ni dulu.. ๐Ÿ””

Dah makan kenyang-kenyang, jangan tertidur pula dekat tempat kerja nanti tau..

Lontong dan Soto Ayam

Selain yang di atas, ada juga hidangan yang lain seperti:

  • Lontong
  • Soto Ayam
Kari Kepala Ikan – Rasa kari yang pekat dan terangkat!

Bila dah lapar untuk makan tengahari, saya datang lagi sekali sebab menunya berbeza! ๐Ÿคฏ Ada lauk-pauk yang menaikkan selera saya. Tak boleh tahan betul bila nampak Kari Kepala Ikan ni! Terus saya ambil satu kepala. Rasa dia memang pekat dan memukau. Tak tengok tempat lain, terus fokus nikmati lauk yang ni. ๐Ÿคค

Antara lauk lain yang saya ambil adalah Patin Temerloh Tempoyak dan Urat Masak Padang. ๐Ÿ’ฅ Korang memang kena cuba yang ni dan ada banyak lagi lauk lain. Korang boleh pilih lauk mana yang lebih kena dengan selera korang. โœจ

Walaupun ini kali kedua saya datang sini, tapi tak rasa macam pernah datang sebab apa yang dihidangkan memang lain. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Hidangan untuk sarapan ada, lauk tengahari ada dan makan malam pun ada!โœ… Istimewa betul Dโ€™Mums Cafe ni. Jadi, apa tunggu lagi.. Saya dah carikan port makan terbaru untuk anda semua. Sekarang, korang pula kena datang dan cuba sendiri! ๐Ÿ”Ž

Antara hidangan makan malam

Lokasi

๐Ÿ“ Dโ€™ Mums Cafe
Jalan Adda Utama,
Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
https://goo.gl/maps/UnzJPpDApRoFQRZu7
Waktu Operasi: 7:00AM – 12:00AM

๐Ÿ“ฒ Instagram: @dmumscafe

The Malayan Council (Esplanade Mall) – Fine Dining dengan View Marina Bay di Singapore?

Dalam tahun ni, saya dah pergi ke Singapura untuk kali kedua. Antara yang saya adalah nak makan di The Malayan Council. ๐Ÿ˜ญ Masih teringat lagi Beef Kirai dan Smoked Duck Lemak Chili Padiโ€ฆ Arghh meleleh air liur. ๐Ÿคค Sedap betul!

Lepas dapat tahu yang mereka ada buka cawangan baru di Esplanade Mall, terus saya ke sana untuk rasa apa lagi kelainan yang dibawa kali ni. Nak tahu apa yang ada? Jom kita tengok ๐Ÿค—

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya ๐Ÿคฉ – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. ๐Ÿ‘๐Ÿป Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! ๐Ÿฅฐ

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya ๐Ÿคฉ – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. ๐Ÿ‘๐Ÿป Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! ๐Ÿฅฐ

Yang bestnya, siap boleh nampak pemandangan Marina Bay Sands dari situ. Dan seperti kita tahu, The Malayan Council ni memang inovatif dalam menghasilkan masakan Halal Fusion mereka. โœ… Kali ni saya berpeluang rasa menu baru yang saya belum pernah rasa di cawangan Busorrah St hari tu. Tak sabar sayaโ€ฆ.

Beef Wellington di The Malayan Council (Esplanade Mall)

Dah lama saya teringin nak makan Beef Wellington ๐Ÿฅ–๐Ÿฅฉ ni. Apa yang lagi menarik, beef dalam tu bukan beef biasa-biasa – mereka guna Wagyu Beef Flank ๐Ÿฅฉ ! Juicy wehโ€ฆ.. Puff pastry di luarnya pula dimasak sempurna! Siap ada beef gravy lagi. Haaa.. Korang belum pernah makan Beef Wellington kan? Pastikan korang try makan dekat sini! ๐Ÿ’ฏ

Octopus Belado

Uish.. Selalu kalau kita makan sotong belado, mesti ambil sotong biasa ๐Ÿฆ‘ je. Tapi ni memang luar biasa sebab dia guna kaki Octopus! ๐Ÿ™ Bukan setakat ada kaki Octopus tu je, ada juga king prawns, scallops, baby carrots, artichokes bersama sambal belado tu! Terasa kepedasan dia. Sentuhan berbeza betul menu yang ni. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Crispy King Prawns – sangat rangup!

Saya teruja sangat bila menu Crispy King Prawns ๐Ÿฆ ni sampai. Siap ada asap-asap. ๐Ÿ˜ถโ€๐ŸŒซ๏ธ Pendapat saya, ini merupakan gubahan kreatif udang celup tepung kerana untuk ni, setiap udang yang digoreng memang dijaga kualiti dan kerangupannya dijamin – siap ada ikura topping atas tu! Dan bukan cicah dengan sos biasa je. Crispy King Prawns ini disajikan bersama yuzu pomelo kumquat mayo. Untuk penggemar udang, korang wajib try yang menu ni!

Stickydate Pudding

Tak lengkap la kalau kita tak makan dessert di The Malayan Council! ๐Ÿฎ Kali ni saya makan Stickydate Pudding. Molten cake yang sangat lembab dihidang panas-panas bersama ice cream vanilla dan toffee sauce. Tak tahu macam mana gambarkan. ๐Ÿฅบ Rasanya sangat elegant!

Walaupun saya dah dua kali datang ke The Malayan Council, semestinya pengalaman saya memang tak pernah mengecewakan. ๐Ÿ‘๐Ÿป Saya nasihatkan kalau korang nak datang sini, sila boleh reservation dulu. Saya pergi haritu pun memang full-house. Pastikan datang dan cuba sendiri kenapa ramai ke situ! ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ

Ya! Terima kasih The Malayan Council sebab memberikan layanan terbaik! Patutlah tempat ni jadi spot terkenal untuk orang ternama. Tempatnya memang cantik tau. Sesuai sangat kalau korang nak buat event. Overall, pengalaman saya memang tip top โœจ. Kalau ke Singapura lagi, mesti saya akan datang balik! ๐Ÿค— Dan mereka juga ada banyak cawangan! Kalau pergi jangan lupa bagitahu, okay!

Mocktails dan Butterbeer

Locations

๐Ÿ“ The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6

๐Ÿ“ The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7

๐Ÿ“ The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8

๐Ÿ“ The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37

๐Ÿ“ฒ Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
๐Ÿ“ฒ Instagram: themalayancouncil

That Duck Place – Itik Panggang Terpaling Juicy di Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, saya memang menggemari ๐Ÿฆ† Itik Panggang! Apa lagi bila panas-panas, kulitnya crispy je tapi isinya cukup juicy. Korang pernah makan tak itik panggang macam tu? Saya dah jumpa port baru untuk dapat itik panggang yang sedap iaitu di ๐Ÿ“ That Duck Place yang terletak di KL Eco City Mall. Jom tengok apa adaโ€ฆ

Bila saya pergi haritu, memang ramai orang apalagi waktu lunch. Walaupun ramai, pengurusan pelanggan mereka sangat efektif dan begitu memudahkan pelanggan. Korang hanya order di meja sahaja. Bila nombor dipanggil, baru lah pergi ambil makanan tersebut. Jadi, korang tak perlu beratur walaupun ramai orang. โœ…

Happy Hour Combo B

Best betul kalau makan ramai-ramai dekat sini sebab korang boleh dapat harga istimewa ketika Happy Hour dari 3pm ke 8pm. Kalau tak nak makan dekat sini, take-away pun boleh! Tetap dapat harga istimewa macam tu. ๐Ÿค‘ Rasa-rasa, Rhys boleh habis tak makan set Combo B ni sorang-sorang? ๐Ÿ˜

Crispy Roast Duck

Itu dia Itik Panggang yang saya cakap tadi! Kulitnya crispy dan dalamnya sangat juicy. ๐Ÿคค Nampak tak kuah dia tu, itu juice dari itik tu sendiri tau – bukan sup. Marvellous! ๐Ÿ’ฏ Kalau tak minat Crispy Roast Duck pun tak apa. Korang boleh pilih dalam pilihan yang ada di bawah:

  • Crispy Roast Duck
  • Pipa Roast Duck
  • Hainanese Steamed Chicken
  • Soy Sauce Chicken
  • Crispy Roast Chicken

Ha.. Kalau ada yang kurang gemar itik, boleh la tukar ke pilihan ayam.

Hidangan lain yang termasuk dalam Combo B

Dalam Combo B ni, ada juga:

  • Sayur – Beansprout (atau) Baby Romaine Lettuce (atau) Chinese Lettuce
  • Crispy Fried Beancurd Sheets (5pcs)
  • Tofu with Fried Shallots
  • Drinks (4x)
  • Rice (4x)

Jadi, memang puas hati dan kenyang bila order combo ni. Walaupun saya cabar diri untuk makan sorang-sorang, apakan daya, saya tewas! ๐Ÿ˜ซ Sebab portion dia bagi memang untuk 4 orang makan.

Mereka juga mempunyai Combo A dan Set Value Lunch serendah RM9.90 tau. โœ… Yang sukakan rasa itik panggang dan makanan hainan, korang kena cuba makanan di sini. Rasa yang puas hati dan sedap ๐Ÿ‘๐Ÿป. Saya syorkan korang datang sendiri dan jangan lupa tebus Wonton Soup percuma dengan code: MSCM di That Duck Place! ๐Ÿ”Š

Tebus Wonton Soup Percuma dengan code: MSCM

Lokasi

๐Ÿ“ That Duck Place
L2-23, Level 2, KL ECO City Mall,
Jalan Pantai Baharu, Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://goo.gl/maps/7Vjmn3haHRtUSbCv7

๐Ÿ“ฒ Instagram: @thatduckplace
๐Ÿ“ฒ Facebook: @thatduckplace