Otak Otak Ikan Tenggiri

Penjelajahan saya ke Pantai Timur diteruskan lagi ke Kemaman, Terengganu. Kemaman merupakan salah satu pintu gerbang ke negeri Terengganu menjanjikan keunikkan dan pengalaman menarik untuk merasai sendiri otak-otak asli daripada isi ikan yang sebenar.

Saya bertemu Pn. Che Wan Sainah untuk mendalami cara pembuatan otak-otak asli gabungan dari isi ikan sebenar dan sambal resipi turun temurun Otak Otak Che Wan. Berbekalkan pengalaman selama 33 tahun dalam mengusahakan perusahan otak-otak dan satar.

Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki

Saya kini kembali dalam musim terbaru siri popular, Mat Salleh Cari Makan.
Kini saya akan menjelajah seluruh Pantai Timur dalam perjalanannya mengenali budaya setempat melalui hidangan setiap negeri. Dalam episod pertama Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur yang dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia, saya memulakan perjalanannya dari Bentong, Pahang.

Lemang merupakan makanan tradisional bangsa Melayu yang sering dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Saya singgah ke restoran terkenal Lemang To’Ki yang menyediakan hidangan tradisional ini sepanjang tahun. Saya bertemu Encik Mazlan dan mempelajari ilmu pembuatan lemang secara langsung dari beliau. Tidak hairanlah sehingga ada pelanggan menaiki helikopter semata-mata merasai keenakan Lemang To’Ki.

Kacang Pool Haji di Johor Bahru

Kacang Pool merupakan makanan yang sinonim dengan masyarakat Johor, namun begitu hidangan ini bukan pula makanan tradisional yang berusia ratusan tahun, malah tidak lebih 2 dekad usianya.

Hidangan yang datang dari Arab ini merupakan hasil cetusan ilham Haji Makpol, pengusaha warung makan ketika itu. Ketika perjalanannya menunaikan haji, beliau mendapati hidangan berasaskan kacang parang ini sangat terkenal di Mekah. Haji Makpol berusaha membina semula hidangan ini sesuai dengan lidah dan rasa warga tempatan.

Walaupun pada mulanya pelbagai cabaran dihadapi untuk mempromosikan hidangan ini, berkat usaha beliau, Kacang Pool kini merupakan makanan yang sangat terkenal bukan sahaja di Johor malah di seluruh Malaysia.