Rhys Makan Sambal Petai

Saya meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang . Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat.

Seawal 3 pagi, saya ke Kompleks LKIM, Kuantan untuk menimba pengalaman melihat proses borong ikan di pasar ini. Kemudiannya saya bertemu dengan pengurus restoran terkenal, Ana Ikan Bakar Petai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan makanan. Sebelum hari tamat, saya merasai sendiri keenakan juadah yang berasaskan makanan laut segar di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.

Naik Helikopter Beli Lemang To’Ki

Saya kini kembali dalam musim terbaru siri popular, Mat Salleh Cari Makan.
Kini saya akan menjelajah seluruh Pantai Timur dalam perjalanannya mengenali budaya setempat melalui hidangan setiap negeri. Dalam episod pertama Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur yang dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia, saya memulakan perjalanannya dari Bentong, Pahang.

Lemang merupakan makanan tradisional bangsa Melayu yang sering dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. Saya singgah ke restoran terkenal Lemang To’Ki yang menyediakan hidangan tradisional ini sepanjang tahun. Saya bertemu Encik Mazlan dan mempelajari ilmu pembuatan lemang secara langsung dari beliau. Tidak hairanlah sehingga ada pelanggan menaiki helikopter semata-mata merasai keenakan Lemang To’Ki.