Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan…
Masa saya datang untuk interview kat Malaysia Hari Ini, bulan April 2016.
Kalau rajin, tengok bahagian pasal baju Johor tu 😀
EDIT:
Perhatian semua, sejak tahun 2017 semua puncak Bukit Tabur adalah DITUTUP atas arahan Pejabat Hutan Daerah Selangor. Maksudnya tidak boleh naik mana-mana puncak di Bukit Tabur buat sementara waktu. Jika masuk, boleh dikenakan denda sehingga RM5000 ataupun penjara. Blog ini adalah tulisan saya dari tahun 2016 bila semua puncak masih buka.
Attention, since 2017 all of Bukit Tabur’s hills have been closed by the Selangor Forestry Office and it is not possible to enter any of the hills during this time. If you enter illegally, you face the possibility of a fine and potential prison sentence. This blog is my writings from 2016 when the hills were still open for visitors.
Bukit Tabur ialah satu kumpulan bukit dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur. Bukit Tabur ada 5 bukit/puncak, semua merupakan genting quartz. Bukit Tabur ialah satu tempat sangat popular untuk hikers dari seluruh Lembah Klang, sebab di atas Bukit ada pemandangan cantik.
Dalam blog post ni, saya akan kongsi informasi sikit pasal setiap puncak Bukit Tabur dengan tip2 dari pengalaman saya. Dulu saya nak kongsi gambar2 dari Bukit Tabur:
Walaupun pemandangan dari Bukit Tabur cantik, dan hiking kat sana tak mencabar sangat, Bukit Tabur ialah bahaya. Itu bahaya sebab ada banyak tempat curam, dan kalau orang tak hati2 aksiden boleh terjadi. Juga, ada banyak kes org jatuh dari atas Bukit Tabur. Sebab itu, saya rekomen sesiapa nak naik sana naik dengan orang ada pengalaman hiking, dan lagi bila naik hati2 dan jangan ambil risiko.
Sebelum saya nak cakap pasal setiap Bukit Tabur, saya nak share barang wajib dibawak ke semua puncak Bukit Tabur (dari pendapat saya):
Ok, jom, saya akan cakap pasal setiap puncak Bukit Tabur. Bermula dengan yang puncak saya naik pertama..
Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati
Tempoh naik sampai ke puncak: 3 jam
Tempoh pergi balik: 4 jam (sebab turun lalu trek lain)
Benda positif:
Benda negatif:
Summary
Bukit Tabur West ialah puncak Bukit Tabur yang paling popular dan yang paling tinggi. Ini sebab ada banyak tempat dengan view cantik, dan banyak tempat boleh ambil gambar lawa. Juga paling popular, Tabur West yang paling bahaya sebab ada banyak tempat curam (kena panjat batu). Juga hanya Tabur West ada ranger minta permit sebelum naik (walaupun permit wajib untuk semua puncak, cuma ada ranger check dekat pintu masuk ke Tabur West)
Juga Tabur West makan stamina orang sebab trail tu naik turun, naik turun lebih dari 5 kali sebelum sampai puncak. Kalau nak lihat pemandangan cantik, tapi tak nak sampai puncak atau tak nak lalu tempat curam dan bahaya, Tabur West ada satu puncak tipu lebih kurang 45minute dari pintu masuk. Sini boleh ambil gambar lepas tu patah balik ke pintu masuk.
Kalau nak teruskan ke puncak, lebih senang turun lalu trek lain. Di hujung bukit ada trek turun lalu kebun orang, lepas tu sampai dekat parking.
Tip2 untuk Tabur West
Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati (bukan tempat sama dengan Bukit Tabur West tapi dekat je, Bukit Tabur East ikut paip besar)
Tempoh naik sampai ke puncak: 1.5 jam
Tempoh pergi balik: 2 jam (sebab turun lalu trek lain)
Benda positif:
Benda negatif:
Summary
Bukit Tabur East ialah satu puncak Bukit Tabur terletak sebelah Bukit Tabur West. View dari atas cantik sangat, dan kalau nak ambil gambar profile cantik ada banyak tempat sesuai masa naik. Bukit Tabur East juga trek senang, dan cuma ada satu tempat kena panjat batu dan pakai tali.
Trek ke puncak kira santai, sebab tak susah sangat. Trek turun juga santai tapi juah sikit, dan masa turun lalu kebun dan kawasan perumahan.
Tip2 untuk Tabur East
Lokasi pintu masuk: Kawasan pembinaan, belakang Zoo Negara. Park kat situ lepas tu lalu kebun.
Tempoh naik sampai ke puncak: 45 minit
Tempoh pergi balik: 1.5 jam (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)
Benda positif:
Benda negatif
Summary
Bukit tabur far east kira yang paling senang (pendapat saya) Boleh sampai puncak dalam 45minit sahaja. Kebanyakan trek jalan hutan, dan untuk 30minit pertama pacak sikit, lepas tu naik batu sikit dan dah sampai atas.
Masa saya naik pertama saya tak percaya dah sampai puncak, sebab memang cepat. Permandangan cantik juga sebab boleh nampak Empangan Klang Gates, dan kalau sampai awal pagi semua berkabus.
Kalau rajin lepas turun dari Far East boleh terus sambung ke Tabur Extreme juga. Satu barang nasihat saya kasi, masa naik Bukit Tabur Far East tolong jangan masuk kawasan orang kat situ. Situ ada banyak anjing2 garang dan kalau group kecil anjing tu akan serang (saya pernah kena sekali sampai halau anjing dengan “selfie stick” saya) Saya rekomen lepas keluar tempat pembinaan ( masuk pintu pagar hijau) jalan straight je sampai lagi pintu pagar hijau, lepas tu jalan straight je sampai nampak trek pacak kat kanan. Kalau buat macam ni, korang boleh elak anjing tu dan terus sampai kebun tanpa lalu kawasan anjing. Sebab tempat masuk sama dengan Extreme, nasihat ni boleh guna kalau naik Extreme juga.
Tip2 untuk Tabur Far East
Lokasi pintu masuk:
Tempoh naik sampai ke puncak: 2 jam lebih
Tempoh pergi balik: 3 jam lebih (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Far East atau Tabur Extra masa sama)
Benda positif:
Benda negatif
Summary
Bukit Tabur Extreme memang kira extreme kalau naik dari Bukit Tabur Far East, sebab jalan jauh sangat dan masa naik rasa senang penat. Trek tu bukan berbatu macam Tabur lain, tapi jalan hutan.
Trek tu cuma ada satu tempat bertali dan situ bukan curam sangat. Bukit Tabur Extreme ada permandangan paling cantik di semua Bukit Tabur (pendapat saya) sebab boleh nampak tulang belakang Tabur East dan Tabur West dari atas. Pendapatan saya, lebih baik kalau tapau Extreme dengan Far East atau Extreme dengan Extra, sebab Extreme terletak antara dua2. Kalau naik dari Far East perjalanan makan 2 jam lebih dari parking, kalau dari Extra makan lebih kurang 2 jam juga dari parking.
Tip2 untuk Tabur Extreme
Lokasi pintu masuk: Laluan ATV, Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)
Tempoh naik sampai ke puncak: 1 jam
Tempoh pergi balik: 2 jam lebih (turun lalu trek ATV, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)
Benda positif:
Benda negatif
Summary
Bukit Tabur Extra juga dipanggil “Bukit Batu Gajah” dan dia terletak belakang Kampung Kemensah.
Biasanya ni yang Tabur orang buat terakhir untuk dapat “graduate” sahaja. Bukit Tabur Extra sahaja tak beberapa menarik sebab tak ada permandangan dari puncak, semua berhutan dan pokok2.
Trek dia buat saya keliru sangat sebab ada banyak jalan/trek di situ, tapi bila jumpa trek betul boleh sampai puncak dalam 1 jam sahaja.
Saya rekomen tapau Extra sekali dengan Extreme kalau nak dapat permandangan cantik. Dari Extra ke Extreme trek jelas dan tak sampai sejam. Tapi kena hati2 masa naik sebab banyak tempat curam dan kena pakai tali. Berbanding dengan trek Far East ke Extreme, tak jauh tapi lagi bahaya. Saya rekomen kalau naik Tabur Extra, patut pergi dengan orang pernah naik, sebab macam saya cakap tadi ada banyak trek dan senang jadi sesat situ.
Tip2 untuk Tabur Extra
Semua Bukit Tabur ada benda positif dan negatif, tapi semua berbaloi untuk naik kalau korang rajin. Ada orang pernah tapau semua dalam satu trip, tapi saya rasa yang tu agak mencabar, jadi lebih baik buat setiap bukit induvidi (selain dari Extreme dan Far East atau Extra)
Dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari yang paling senang sampai yang paling susah:
Juga, dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari permandangan yang paling cantik sampai yang paling tak cantik:
Saya harap blog ni boleh tolong orang lain naik Bukit Tabur. Lagi sekali saya nak ingatkan korang, Bukit Tabur agak bahaya jadi tolong jangan ambil risiko dan pastikan naik dengan orang pengalaman hiking 🙂 Selamat mendaki!
2 tahun lepas, bila saya buat “Roadtrip” sekeling Semanjung Malaysia saya lalu Terengganu untuk satu hari je. Walaupun masa tu saya lalu musim hujan, saya rasa macam nak balik Terengganu satu hari nanti..
Akhirnya, lepas 2 tahun saya lawat Terengganu lagi 🙂 Sebab saya baru balik dari 3H2M camping di Pulau Kapas, Terengganu dengan geng hiking saya. Dalam blog post ni saya akan kongsi cerita dan pengalaman saya kat sana.
Kita naik bas dari Selayang pkl 2 pagi, dan sampai Marang, Terengganu dalam pkl 8 pagi. Nasib baik kita sampai Marang awal sikit, sebab kat sana ada pasar pagi baru buka 😛 Saya beli nasi dagang dan kuih dari pasar tu untuk sarapan. Kuah nasi dagang tu sedap sangat.
Pkl 9 pagi ferry kami sampai dan kita naik ferry ke Pulau Kapas, perjalanan cuma 30-45minit je, sebab Pulau Kapas tak jauh dari Marang.

Kita buat khemah kat LongSha Campsite, tepi pantai. Walaupun kalau buat khemah kira “basic” sikit (bukan “luxury” macam chalet) saya lebih suka khemah sebab rasa lebih “natural”. Saya pasang hammock antara dua pokok kelapa. Bestnya tidur dalam hammock tepi pantai!

Petang tu kita pergi hiking ke Berakit, disebalik pulau. Trek tu tak susah sangat, dan kita sampai dalam 45 minit. Kat sebalik pulau tak ada pasir, semua batu dan nampak cantik sangat. Kita lepak kat sini sikit dan beberapa orang berani terjun dari batu ke air. Saya rekomen kalau korang pergi Pulau Kapas, buat trekking ni sebab cantik sangat kat Berakit tu, tapi pastikan pakai kasut betul dan bawak air lebih (walaupun trekking x susah, jalan teruk sikit)
Malam ni kita buat BBQ dan main karok bersama (saya tak berani untuk nyani huhu, dengar je)

Lepas kita masak nasi lemak untuk sarapan, kita pergi snorkling kat pantai lain (kita naik bot ke sana). Walaupun tempat kita buat snorkling x cantik sgt (saya rasa coral kat Pulau Tioman lagi cantik) kita nampak banyak ikan “Nemo”.
Petang ni “free time” untuk buat aktiviti sendiri, sebenarnya saya tidur sikit petang tu sebab rasa penat sikit. Lepas tu beberapa orang (termasuk saya) meneroka pulau sikit, sementara semua orang lain lepak kat kedai minum dekat jeti.

Malam ni kita lepak dan main kad. Kita juga jumpa “Mat Dan”, yang mat salleh famous sebab boleh cakap loghat Terengganu. Mat Dan tinggal kat Pulau Kapas 6 tahun tak silap. Saya dan Mat Dan sembang sikit dalam bahasa melayu, tapi itu rasa pelik sikit haha
Nanti malam ni, kita ada surprise untuk orang lahir bulan ni (bulan Mac) Itu termasuk saya, dan semua orang lain baling kek dan tepung kat kami. Ni kali kedua saya kena surprise macam ni masa birthday saya, tak tahu kalau biasa untuk kena org dengan tepung masa birthday dia, atau mungkin kawan2 saya di malaysia jahat sikit haha 🙂 😉
Sebenarnya, ada gambar saya lepas kena tepung, tapi saya nampak macam zombie sikit jadi tak nak post kat sini..
Masa saya bangun hari ni, saya rasa sedih sikit sebab ni hari terakhir dan nanti kita balik KL. Hari ni kita cuma kemas barang dari campsite, lepas tu buat Majlis Penutup.


Masa kita naik bas, kita berhenti untuk makan kat tepi pantai dekat bandar Marang. Kat sana saya cuba makan makanan tradisi dari sana, termasuk Satar (macam otak-otak) dan Akok (satu jenis kuih) Serius sedap!
Juga kita berhenti dekat kedai jual keropok. Orang kata kalau lawat Terengganu wajib untuk beli keropok dan bawak balik ke KL 🙂
Trip ni memang ohsem dan hanya boleh jadi sebab Geng Trekkers Ohsem (geng hiking saya). Diaorang memang ohsem jugak dan saya nak ucapkan terima kasih kat diaorang untuk trip ni, termasuk makanan sedap dan gambar lawa 😀 Yang best sebab ada ramai orang baru join kami trip ni, dan walaupun tak kenal hari pertama sejak kita balik rasa macam dah lama kenal.
Kalau nak tengok gambar lagi dari sana, saya letak beberapa gambar bawah ni. Saya tak punya gambar ni, sebab dia ditangkap dari orang lain.
Kalau korang akan pergi Pulau Kapas, saya boleh rekomen pergi ke Campsite LongSha. Kalau nak tanya saya apa2 pasal sana boleh mesej saya 🙂